Kelmarin kecoh berita mengenai ketua sendikit haram yang menawarkan ganjaran wang tunai kepada sesiapa yang berjaya menghapuskan anjing pengesan cd cetak rompak.

Anjing pengesan dari jenis `Labrador’ ini di import khas dari Ireland Utara dikatakan dapat menghidu CD cetak rompak,buktinya kejayaan KPDNHEP memberkas kegiatan cetak rompak yang bernilai RM10juta di sebuah pusat membeli-belah di Johor Bahru selasa lepas.

Lucky dan Flo (nama dua ekor anjing) yang dilatih khas itu mampu menghidu ‘poly-carbonate’ iaitu bahan mentah yang digunakan untuk membuat DVD, VCD dan CD pada jarak 5 meter.

Kaedah ini nampaknya berkesan bagi membuatkan sendikit haram ini cuak untuk ‘berniaga’ cd cetak rompak dikawasan umum terutamanya di pusat-pusat membeli belah.

Tetapi adakah dengan kaedah ini dapat menghapuskan cetak rompak keseluruhannya?

Adakah dengan menghapuskan kegiatan CD cetak rompak ini dapat memulihkan semula industri cakra optik orie negara?

Pendapat saya ianya mungkin sedikit akan menaikkan penjualan CD orie.Ini kerana ,bagi mereka yang berpendapatan tinggi dan sederhana ada kemungkinan yang mereka membeli CD orie setelah mendapati CD cetak rompak semakin sukar didapati.

Tetapi bagi mereka yang berpendapatan rendah,mungkin mereka akan melupakan terus hasrat ingin memiliki CD orie berikutan harganya yang agak mahal.

Golongan berpendapatan tinggi dan sedarhana  pun belum tentu akan membeli CD yang orie memandangkan mereka ini kebanyakannya mempunyai akses jalur lebar dirumah yang membulehkan mereka memuat turun lagu-lagu baru antarabangsa mahupun tempatan dengan mudah.

Maka,apakah cara yang terbaik bagi menangani masalah ini?pelbagai inisiatif dilakukan oleh pihak yang terbabit bagi mempromosi CD orie,tetapi sambutannya masih kurang memberangsangkan.

Pendapat saya,penglibatan semua pihak samada pengurusan mahupun artis sendiri perlu untuk mencapai matlamat ini.

Satu kaedah yang saya rasa buleh menggalakkan penjualan CD orie ialah dengan memperkenalkan satu laman web berdaftar bagi setiap album/artis.

Apa istimewanya lamanweb berdaftar ini?

Laman web berdaftar ini adalah satu platform dimana peminat(yang membeli cd orie) dapat berinteraksi  dan mengikuti perkembangan artis kesayangan mereka.

Setiap CD orie akan disertakan dengan ID unik dan kata laluan yang membulehkan pembeli memasuki laman web ekslusif ini.ID ini kemudiannya akan diproses bersama indentiti(contoh no kad pengenalan) dan alamat pembeli supaya hanya seorang saya yang buleh menggunakan satu-satu ID supaya jika ID digunakan oleh orang lain,pengguna buleh meminta bahagian pengurusan menghantar password melalui email/pos terus ke rumah.

Saya fikir tidak sudah untuk melaksanakan kaedah seperti ini.Mewujudkan satu laman web pun bukan lah memerlukan modal yang besar seperti dahulu.

Apa pendapat anda?



8 Responses to “Website berdaftar atasi masalah CD orie?”
  1. cikgu azleen says:

    kenapa tak de pihak yang cuba jual lagu dalam bentuk MP3 dan bleh di download terus je? Ala.. macam mp3.com dgn amazon.com.. ada satu lagi kalau tak silap aku.. tapi aku tak ingat..

    tapi jual mp3 ni, jangan lah plak cas mahal.. aku rasa kalau dornag jual satu lagu RM1 - RM3 jer, mesti ramai yang akan beli.. sbb nya studet pun mampu bayar..

  2. onlinebisnes says:

    tul tu cikgu azleen,
    penjualan mp3 melalui internet juga satu alternatif yg baik.
    tetapi pemasaran konventional masih menjadi pilihan majoriti peminat di sini.Masih ramai yg prefer CD yang mana dapat di kumpul (koleksi) didengar,pegang dan rasa.

    Tapi kalau industri musik kita nak maju,saya rasa patut pandang jauh kehadapan.Masa akan datang medium secara online akan menjadi pilihan.Bukan maknanya lupuskan offline terus,tetapi kalau kita gabungkan kedua-dua nya lagi bagus.
    Peminat zaman sekarang semakin bijak dan matang,terutamanya mereka yg beli cd orie mesti mahukan sesuatu yg lebih,mahukan lebih perhatian,lebih mesra dan dekat kepada artis kesayangan mereka.Sepatutnya peluang inilah yang seharusnya diambil oleh pihak pengurusan artis agar dapat menambat hati peminat dalam jangka masa panjang.

  3. mdhilmi says:

    Cikgu Azleen,
    Tau x ada satu company kat malaysia nih ada menyediakan perkhidmatan download lagu secara sah. Bole download lagu ke hp atau order CD. Tp harga untuk satu lagu RM4, Cd lak kalo x salah RM29.90. Jadi kita memang ada pilihan untuk download lagu kegemaran sahaja.Sistem yang company ni buat memang canggih, saya ada berjumpa dengan pengurus teknikal dia dan bercadang nak join venture, tp sebab sy belum ada company sendri, terpaksa la tangguh hasrat.

    Untuk jadi agen, kena ada syarikat sendri la plak. Tu la masalahnya kalo nak buat secra sah ni.

    Saya lupa plak website dan nama company tuh. Tp ada bunyi “mix” gak la..

  4. onlinebisnes says:

    aha,saya pun sebenarnya ade jumpe satu ads kat paper bebaru ni.
    tapi yg saya perasan kompeni tu bulehkan kita compile satu cd dengan lagu kegemaran kita,kemudian dia akan hantar cd tu ke rumah kita.
    Tapi yg buleh direct download satu2 track selepas bayar ni tak jumpe lagi.

  5. irfan says:

    cara2 piracy tersebar ;

    artis buat lagu
    jual cd
    org jahat beli yang original & distribute
    org lain download.

    tak kira mcm mana cara kita buat, kalau ada orang yang distributekan secara tak sah, sama je.

    bende yg harga seringgit pun ada orang cetak rompak.

  6. admin says:

    seabb itu lah saya cadangkan satu wesbite komuniti iklusif khas untuk pembeli cd orie supaya hanya pembeli cd orie sahaja yang buleh akses ke laman tersebut.

    dan di laman tersebut ada moderator yang monitor setiap members.Sebarang aktiviti mencurigakan seperti duplicate ip yang memungkinkan ada orang menggunakan ID yang di edarkan bersama cd orie buleh disemak dan diambil tindakan lanjut seperti ban user tersebut dari akses.

  7. Faisal says:

    bagaimana cara pasarkan MP3 hasil karya sendiri lewat internet?

    ato ada produser yang tertarik dengan karya kita?

    fsllbz@yahoo.com
    CP:081 333 00 1981

  8. Faisal says:

    kok ada pemesanan ke alamat dan no tlp kita? mereka tau dari mana? apa web ini mengiklankan kita?

Leave a Reply