Gambar Kereta Proton Gen2 Sedan Versi Baru
Posted by: khairul in auto, tags: gen2-sedan, protonProton Sedan Gen2.
Sehari dua ini saya lihat banyak dah gambar kereta proton gen2 sedan tersebar samada di blog ataupun forum.Maka saya pun taknak ketinggalan mengulas tajuk yang sedang “hot” ini.
Semua orang tahu yang Proton sekarang ni sedang menghadapi krisis dalaman berkenaan “partnership” dengan kompeni automotif luar.Adakah mereka betul-betul terdesak ketika ini?Tak usah bimbang,bukan ke “Orang Besar” kita sudah bilang yang Proton ini tak akan “bungkus”.Ye la ~ itu kan produk juga aset negara mestilah orang utama negara pun kene “backup”.
Ok lah cakap banyak tak mau,ni diantara gambar-gambar proton gen2 sedan baru yang dapat saya “kutip” di internet :-






Ni pula diantara kebarangkalian spesifikasi proton sedan gen2 :-
Versi Budget :
- 1.6MT SOLID - RM45,350.00
- 1.6MT METALLIC - RM45,800.00
- 1.6AT SOLID - RM48,350.00
- 1.6AT METALLIC - RM48,800.00
Versi Pertengahan :
- 1.6MT METALLIC - RM49,800.00
- 1.6AT METALLIC - RM52,800.00
Versi Premium :
- 1.6AT METALLIC - RM55,800.00
Berikut pula ialah sebahagian perubahan dan perbandingan model GEN.2 sedan dengan GEN.2 versi lama:-
1) Makanisma buka tutup pintu telah di naik taraf
2) Bekas takungan minyak hitam telah di perkukuhkah supaya tidak mudah retak
3) Power Windows atau pembuka tingkap automatik juga telah dinaik taraf
4) Pemegang atau pengukuh badan hadapan telah ditambah satu lapisan getah (gasket) supaya pegangan lebih fleksibel dan kurang geseran.
5)Bekas tempat letak barang dibahagian tengah tempat duduk depan sudah ada.
6) Ruang belakang dah ditinggikan dalam 4 cm.
7) Lokasi actuator telah diubah bagi menghilangkan bau semacam dari luar.
8)Boot belkang dah ada kunci.
Ni antara komen saya di salah satu forum tempatan :-
aku pun ada komen pasal proton dari topik2 lepas…
part engineering tu mmg tak nafikan kita ada kemampuan..ya kita banyak belajar sejak proton buat kejesama dengan lotus..
tapi kan tak semua hasil engineering terbaik anak malaysia tu direlisasikan di atas jalan..teruatamanya dari segi kejuruteraan rekabentuk..aku pun dah penah pegi visit R&D lab kat puchong..memang fasiliti untuk develope keta cukup..tapi disebabkan nak cutcost itu ini..biasanya hasil yang baik pada mulanya dikurangkan sikit demi sikit..
semuanya dari “pihak atas”..”lampu ni tak buleh besar sangat,canggih sangat ,bagi dia kecik sikit”..cermin tu luas sgt ..bagi dia kecik sikit..”part ni tukar jadi plastik,tak mau guna kulit..mahal” mcam2 lagi lah..sampai akhirnya rekabentuk asal yang baik tu dah berkurangan..sebab dek nak ngikut kehendak strategi marketing pihak atas..yup!memang proton banyak amik part dari local,tapi semenjak part proton buat sendiri kat sini lah macam2 komplen pasal kualiti timbul..sebabnya QC dari local supplier ni masih banyak kepincangan..kan ke dapat “makan banyak” kalau dapat kontrak dengan proton,buat la sikit R&D tuk tingkatkan kualiti barang dan QC.
satu lagi part ialah nilai harga kerata itu sendiri..kalau dulu proton ambil part dari luar mmg ya patut mahal..tapi semenjak amik part dari dalam sepatunya kos pun dah kurang..tapi tengok harga sampai sekarang masih sama…sampai bila nak makan duit rakyat je?bukan ke elok bagi balik kat rakyat sendiri dengan meletakkan harga setimpal dengan cost/profit ratio yang munasabah..ini tidak..jual di malaysia mahal..tapi bawak keluar jual murah..sakit susah rakyat sendiri sepatutnya diutamakan..bukannya dibebankan dengan “hutang”..
Proton Gen2 Sedan Versi Baru.
Secara umunya saya suka rekebentuk exterior gen2 baru ni.Tapi kualiti bahan terutamanya interrior (dalaman) tu kene tengok la juga , kalau masih ditakuk lama ermm..susah la nak cakap kan.Paham-paham je la..
Sapa ada pandangan tentang sedan baru ni buleh la tinggal di ruang komen.



