Proton Gen2 Sedan Kini Rasmi sebagai Proton Persona
Posted by: khairul in automotif, tags: gen2-sedan, proton-personaAkhirnya Proton Gen2 Sedan yang digembar gemburkan telah pun di umumkan.
Jam 12 tengah hari tadi (15 Ogos 2007) Proton Persona telah menunjukkan dirinya yang sebenar.

Berikut adalah senarai harga mengikut model dan kelas :-
[ Harga Kereta tanpa insyuran + harga insyuran premium = harga kereta atas jalan]
+Persona 1.6 Auto Versi Premium: RM54,186.50 + RM1,613.50 = RM55,800.00
+Persona 1.6 Manual Versi Pertengahan: RM48,342.50 + RM1,457.50 = RM49,800.00
+Persona 1.6 Auto Versi Pertengahan: RM51,264.50 + RM1,535.50 = RM52,800.00
+Persona 1.6 Manual Versi Asas: RM44,095.50 + RM1,353.50 = RM45,449.00
+Persona 1.6 Auto Versi Asas: RM47,017.50 + RM1,431.50 = RM48,449.00
Seperti yang pernah di bicarakan pada tajuk sudah,nama Persona pernah digunakan untuk kereta proton wira jenis Aeroback bagi pasran di UK.Jadi kenapa Proton masih ingin menggunakan nama lama ini?
Ada yang berpendapat Proton ingin menggunakan nama ini kerana maksud persona itu sendiri mencerminkan sesuatu yang menarik dan memikat.Sememangnya ramai yang masih belum tahu akan “Proton Persona lama” sebab ianya untuk pasaran luar negara maka kebanyakan orang tidak sedar pun yang nama ini pernah digunakan
.

Adakah Proton Persona betul-betul mempersonakan?
Jawapannya hanya dapat diketahui daripada maklum balas dari pemiliknya sahaja.
Tetapi jika dilihat dari segi naik taraf dan kualiti keseluruhan berbandang model sebelumnya memang ada perbezaan.
Di bahagian luaran Proton Persona mempunyai perbezaan panjang 167 mm berbanding Proton Gen2.
Ruang belakang juga telah di tinggi kan sedikit 38mm tinggi berbanding Gen2.
Ruang tangki dikatakan lebih besar dimana ia mampu mengisi sebanyak 50-liter minyak.

Dibahagian enjin Proton Persona secara kasarnya sama sahaja dengan proton Gen2 (82 kW/111.5 bhp pada 6000 rpm atau 148 Nm pada 4000 rpm ).
Mungkin ada yang kecewa terutamnya yang mengharapkan kuasa sebenar injen Campro.Ini kerana enjen Proton Persona yang sama seperti gen2 masih tidak mempunyai pengawalan masa bulehubah dalam sistem kawalan kemasukan engen.Buat masa ini Proton tidak menyenaraikan 1.3liter dalam senarai kenderaan Proton Persona.
Kelas 1.3liter mungkin hanya terdapat pada model kereta Proton yang akan datang (2008) yang mana ianya bakal `menggantikan model Proton Iswara (BLM).
Atomasi gear automatik dikatakan lebih baik dan lancar berbanding Proton Gen2 kerana Proton Persona telah dimuatkan satu program yang lebih baik pada Unit Kawalan Transmisi (TCU) membuatkan pengalaman penukaran gear secara auto lebih lancar dan responsif.
Sistem suspensi juga telah di pertingkatkan dengan penggunaan suspensi multi-link arrangement yang mana memberi lebih keselesaan semasa membelok ataupun pada jalan tidak rata.
Dibahagian dalam pula , Dashboard atau papan antara muka sama sahaja seperti Gen2 tetapi pada Proton Persona kualiti bahan dikatakan lebih baik.

Dibahagian tempat duduk penumpang sudah ada ruang simpanan barang tertutup (glove compartment).
Kedudukan beberapa suis utama telah diperbaiki ini termasuk suis tingkap yang lebih mudah dicapai.

Proton merasakan inilah kereta yang terbaik pernah mereka bina samada dari segi reka bentuk mahupun kualiti.Tetapi yang penting adakah bakal pengguna Proton Persona dapat merasakan perubahan yang dijanjikan?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.









