Posts Tagged “cari duit”

Macam mana ye saya buleh dapat lebih dari dua juta page impression sebulan?
Dulu nak dapat 500 page impression sehari pun susah tapi sekrang senang-senang buleh dapat 5 angka, macam mana tu?

Apakah rahsia menarik pelawat ke web atau blog anda dengan lebih berkesan.
Apakah teknik yang saya gunakan ini untuk menarik beribu-ribu trafik?

Page Impression? Unique Visitor ? Site Hits? Mana satu yang lebih penting?
Adakah ianya satu teknik rahsia ataupun sebenarnya anda telah pun ketahuinya, tinggal anda sahaja yang tidak sedar?

Brapa banyak masa anda luangkan untuk tarik trafik ke website anda?
Berapa banyak modal yang saya harus keluarkan untuk mendapatkan trafik yang banyak?
Adakah nasib memainkan peranan dalam pendapatan trafik?

Ini adalah soalan-soalan yang biasa ditanya bagi mereka yang dahagakan trafik ke website mereka.
Terutamanya mereka yang menjalankan perniagaan internet mahupun terlibat dalam program pengiklanan yang memang memerlukan trafik yang tinggi lagi berkualiti.

Adakah anda sudah mengusai 4 asas teknik menarik traffik?

Tunggu dan ikuti perkembangan blog ini dari masa ke semasa untuk menggetahui teknik kombat saya dalam memburu berjuta trafik :)

trafik
[Klik untuk besarkan gambar]

Popularity: 7% [?]

Comments 22 Comments »

Pada coretan saya yang lepas berkenaan program buat duit online TNX.net saya ada menyatakan betapa mudahnya buat nak dapat duit dengan program ni.

Hari ini saya nak tunjukkan bagai mana cara hendak keluarkan duit dari akaun tnx.

Pagi ini(28 Feb 08) saya cek akaun tnx saya dan saya dapati ada lebih 13,000 tnx points di dalamnya.

Itu sudah cukup syarat untuk bolehkan sya jual tnx untuk ditukarkan kepada wang ringgit.
(syarat minima untuk keluar duit ialah 5usd - lebih kurang 6500 point lebih).

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk jual points tnx bagi mendapatkan duit.

Mula-mula masuk ke akaun anda. Kemudian Klik pada butang [sell tnx point] seperti yang ditanda bulat nombor 1 .
Kemudian klik pada pautan [Transfer policy] bagi melihat polisi transaksi dari tnx jika belum pernah baca.

Selepas itu tandakan kotak [I accept transfer rules] seperti ditanda bulat no 2 dan klik pada buatang [request a payout (sell to tnx)] seperti ditanda no 3.
Selling tnx points1

Masukkan alamat paypal anda diruang [paypal address] dan masukkan jumlah tnx yang hendak dijual. Jumlah maksima points yang buleh di keluarkan pada satu-satu masa ialah separuh dari jumlah points yang ada didalam akaun tnx anda.

Seterusnya klik pada butang [proceed with the payout request] .
Selling tnx points2

Akhir sekali anda hanya perlu klik butang [initiate the transfer] bagi melengkapkan proses tansaksi.
Selling tnx points3

Anda akan menerima kenyataan seperti dabawah jika permintaan transaksi anda sudah diterima dan sedang dakam proses.
Selling tnx points4

Buleh periksa akaun paypal anda beberapa jam selepas proses diatas.

Ya! semudah itu sahaja untuk anda dapatkan duit dari internet.

Saya akan kemas kini topik ini setelah mendapat wang didalam akaun paypal saya.

Jika anda belum lagi menjadi ahli TNX, anda buleh klik iklan tnx dibawah untuk pergi ke laman pendaftaran.

Sell links on every page of your site to thousands of advertisers!

Popularity: 5% [?]

Comments 1 Comment »

Salam sejahtera buat pembaca semua.

Lama juga saya tak kemas kini blog ni ye?

Walaupun saya tak sempat kemaskini tetapi saya selalu memantau sebarang aktiviti di blog ini termasuk menyelia komen dan masej baru di chat box.

Dalam Sebulan sahaja banyak yang berlaku dalam arena Blog tempatan.Memang arus dunia blogging ni cepat bergerak.Nak tak nak kene kemas kini selalu lh kan kalau tak hendak ketinggalan.

Nampaknya Blog Ikram-Zidane yang saya buat rebiu bulan lepas bukan sahaja tidak di kemaskini, tetapi kini sudah hilang dari dunia internet.Mesej yang diterima jika ke blog Zidane ialah “site has been suspended”. Maknanya blog tu dah tutup.Buleh jadi Ikram ada rancangan untuk muncul dengan blog lain tahun depan?

Begitu juga dengan Blog BOB yang telah dijual kepada seorang blogger di India dengan harga RM33, 200 (USD 10, 000) .

Sebenarnya ada lagi beberapa senarai blogger cum theme designer dalam senarai saya ni.Insya’Allah saya akan buat rebiu untuk mereka juga sikit masa lagi.

Berbalik pada topik hari ini Program cari duit, yang mana palsu dan yang mana tulin dan bulih dipercayai?

Kebanyakan Program cari duit diluar sana adalah berbentuk pengiklanan dan penajaan.

Syukur kerana kebanyakan program cari duit yang saya sertai dapat memberi sikit habuan tambahan sebagai duit kopi.

Antara program cari duit itu ialah Google Adsense.Program ini sudah tentu tidak perlu di kenalkan lagi.Dari apa yang saya lihat telah ramai rakan-rakan blog kita sudah mahir dengan program google adsense.Ada yang mampu meraih lebih rm300 dalam sehari hanya dengan Google Adsense.

Beberapa hari sudah saya juga turut terima pembayaran dari Google dan buat pertama kalinya saya terima pengeluaran duit google melalui Western Union di bank RHB.

Jika sebelum ini pembayaran melalui cek memakan masa sebulan lebih, dengan Western Union proses nya tidak sampai dua hari (Google mensarankan kita mengambil hari kedua dari tarik pembayaran dibuat).

Dibawah ini adalah bukti pembayaran Google yang buleh diambil melalui western union :-

khairulazmi mobile station

Kelmarin saya juga mula menerima beberapabayaran dari program cari duit yang saya sertai.Antaranya ialah program penajaan melalui penulisan blog, ReviewMe.

ReviewMe membayar kita pada akhir bulan.Maknanya setiap tugasan penajaan penulisan blog yang kita ambil akan di kumpulkan sehingga hujung bulan sebelum proses pembayaran dilakukan.Bukti pembayaran oleh ReviewMe melalui Paypal untuk bulan November:-

 

paypal earning

Jika lihat dari bukti pembayan diatas, PayPerPost juga sering membuat pembayaran tetapi (more…)

Popularity: 7% [?]

Comments 9 Comments »

Semalam saya perasan ada sesuatu yang tidak kene semasa saya melayar beberapa laman web dan blog saya.

Ruang yang biasanya di isi oleh iklan Google Adsense dah jadi kosong.Ini satu petanda yang kurang baik.Saya kemudiannya terus cuba untuk masuk kedalam akaun google adsense dan memang betul tekaan saya,akaun google adsense saya telah dibekukan.

Ini mesej yang saya terima semasa saya hendak cuba masuk ekdalam akaun google adsense :-

Account Not Active
An AdSense account does not exist for this login, as it is associated with an unapproved application. For more information about your application, please review the message we sent to the email address you provided with your application.

Return to AdSense home.

Nampak macam ada yang pelik.Google adsense meminta saya rujuk pada email untuk megetahui apa yang berlaku.

Apabila saya membaca email dari google adsense,saya dapati memang betul akaun google adsense saya telah di bekukan.Alasan mereka ialah kerana invalid click/impression.

Ini sebahagian email yang saya terima dari google adsense :-

Hello khairulazmi —————–,

It has come to our attention that invalid clicks and/or impressions
have been generated on the Google ads on your site(s). We have
therefore disabled your Google AdSense account. Please understand that
this was a necessary step to protect the interests of AdWords
advertisers.

As you may know, a publisher’s site may not have invalid clicks or
impressions on any ad(s), including but not limited to clicks and/or
impressions generated by:

- a publisher on his own web pages
- a publisher encouraging others to click on his ads
- automated clicking or surfing programs, or any other deceptive
software
- a publisher altering any portion of the ad code or changing the
layout, behavior, targeting, or delivery of ads for any reason……

Memang surat cinta inilah yang paling ditakuti oleh pengiklan Google Adsense, tetapi saya tidak pernah sengaja klik iklan sendiri jadi kenapa akaun google adsense saya dibekukan?

Google Adsense tidak pula menunjukkan apa-apa bukti yang menunjukkan saya telah klik iklan google adsense saya sendiri.Maka agak sukar bagi saya hendak membuktikan yang saya tidak bersalah.

Adakah kerana CTR beberapa website saya yang tinggi menyebabkan akaun google adsense saya dibekukan?Saya tak nafikan ada beberapa website saya yang mendapat CTR tinggi ,ada beberapa hari tu CTR website saya mencecah seratus peratus.Ini adalah hasil daripada kempen pengiklanan enjen pencari yahoo (YSM),teknik yang saya belajar daripada RinggitHit (F2R).

Adakah teknik F2R ini penyumbang kepada pembekuan akaun Google Adsense saya?Ini saya sendiri kurang pasti sebab pihak google tidak memberi bukti jelas kenapa akaun google adsense saya dibekukan.

Maka saya ambil inisiatif untuk bertanyakan sebab kenapa akaun Google Adsense saya dibekukan didalam email,dengan membalas satu daripada email Google Adsense yang lepas.

Hari ini saya mendapat maklum balas dari mereka dan kelihatan meraka memberi sebab yang lain pula.

Hi,

Thanks for your email. We understand you’d like to change the payee name or country in your AdSense account.

In order to proceed with this process, please reply to this email with the answers to the following security questions. This will help us verify your account ownership.

1 – Have you ever received an AdSense payment? If so, what was the amount of your most recent payment?
2 – What was the first day you received a page impression?
3 – How many page impressions did you get on your first day?
4 – What’s your new payee name OR
5 – If you’re changing your country, please include your address in the following form:

Address line 1:
Address line 2:
City:
State, province or region:
Zip or postal code:
Country or territory:
Phone:
——————————————————————–

Once we receive your response, we’ll make the changes and send you a confirmation email.

Sincerely,

The Google AdSense Team

Hmm..pelik pula jawapan yang saya terima dari Google Adsense kali ini.
Mereka memberi alasan yang saya ada meminta untuk menukar nama dan alamat didalam akaun adsense.
Adakah ada kemungkinan ada orang lain telah akses kedalam akaun saya dan cuba untuk menukar butir diri saya kepada nama nya?
Sebab saya tidak pernah cuba untuk menukat nama atau alamat didalam akaun Google Adsense saya.
Tanpa membuang masa saya terus balas email berkenaan beserta dengan jawapan kepada persoalan yang mereka kemukakan.

Saya tidaklah meletakkan harapan yang tinggi untuk mereka kembalikan akaun saya kerena saya tahu memang sukar bagi sesiapa yang akaunya sudah dibekukan untuk dikembalikan semula.
Kebiasaannya mereka yang di ban akan membuka akaun yang baru.

Walaubagai mana pun selagi Google masih membalas email saya harapan untuk dapatkan semula akaun masih ada.Kini saya hanya perlu tunggu jawapan email yang seterusnya dari mereka.

Popularity: 6% [?]

Comments 23 Comments »

Ya, ini merupakan pendapatan pertama saya dari program PayPerPost.

payperpost

Terkejut juga sebab saya tak ada pula buat promosi sangat fasal Program ni tetapi dah dapat satu referral,dengan kata lain ada orang daftar akaun PayPerPost dibawah saya.

Seingat saya memang saya ada sarankan program ini didalam blog saya yang satu lagi tu.Tapi tak sangka ada juga yang terpikat :)

Sesiapa sahaja buleh mendaftar dengn Payperpost ,tetapi syarat utama ialah perlu ada blog berbahasa inggerish.
Jika anda ada blog enggerish dan buleh menulis dalam bahasa inggerish ,maka inilah satu -satu peluang yang tak harus anda ketepikan.

Apa yang anda harus buat hanya bercerita tentang sesuatu produk atau servis ataupun satu website dan jika tulisan anda tadi diterima maka anda akan dibayar mengikut tawaran yang diberikan.Semudah itu sahaja,tetapi anda seharusnya memilih tawaran yang berkaitan dengan blog anda supaya blog anda tidak lari daripada fokus utama selain ianya mencerahkan peluang untuk tulisan anda diterima.

Jadi apa tunggu lagi.Daftar PayPerPost dengna Klik pada Butang dibawah:-

___________________________________________________________________

Sedikit upadate dari Cabaran Forex $1000usd.

Sehingga semalam jumlah terkumpul pendapatan forex didalam akaun live liteforex saya ialah $1022.30 usd

 cabaran 1000 liteforex

Cabaran $1000 sudah separuh perjalanan,tinggal lagi $500 usd untuk melengkapkan cabaran forex ini.

Popularity: 3% [?]

Comments 5 Comments »

Close
E-mail It