Update cabaran Forex $1000 usd.
Posted by: khairul in Forex, cari duit, tags: cabaran-forexSedikit update terkini cabaran forex $1000 usd.
Hari ini saya dapat capai sasaran beberapa posisi yang saya buka pada beberapa hari lepas.Floating masih ada tapi terkawal menggunakan teknik headging sebagai pengikat margin.
Kini jumlah aset didalam akaun live forex saya ialah 700 53.23, ini bersamaan $700 usd.
Syukur dalam masa hampir sebulan keuntungan sudah mencecah 40%.

Sebenarnya kadar keuntungan ini buleh dikira agak banyak,mungkin sebab saya ada menggunakan lebih margin pada masa tertentu iaitu pada masa pasaran dilihat memberi satu pintu cerah untuk mendapat keuntungan.Ingat lagi risk/profit ratio yang saya kata sebelum ini?Itulah kuncinya.
Bagaimana pun pada kebiasangan dagangan saya hanya menggunakan margin yang minima terutamanya jika ada peluang bagi pasaran jangka sederhana.
Pada masa ini saya lebih tumpu pada pasangan matawang Pound berbanding Yen Jepun dengan mengambil peluang hasil daripada gelombang “carry trade “.
Saya pernah ditanya teknik apakah yang saya guna untuk trading.Guna pendekatan secara Teknikal atau Fundemental?Sehari dapat berapa pips?dan banyak lagi persoalan.
Jawapan ringkas yang selalu saya guna ialah,buleh katakan 80% gaya trading saya menjurus kepada analisa teknikal dan bakinya ialah Fundemental.Tetapi ada sesetengah pasaran saya akan melihat dari sudut Fundemantal sebagai rujukan kepada trend asas kemudian barulah buat analisis teknikal bagi mengatur strategi keluar masuk pasaran.
Berkenaan keuntungan harian pula saya sebenarnya kurang memfokus kepada profit harian ini disebabkan saya menumpu kepada peluang jangka sederhana yang mana prosesnya memakan lebih daripada sehari dua.
Itu lah serba penjelasan secara kasar berkenaan gaya trading saya.
Jika ada kesempatan saya akan ulas lebih dalam lagi topik seperti ini.
Salam.



