Posts Tagged “blogger-bobohblog”

Salam semua.

Pada Bahagian Kedua Penggiat Blog juga sebagai pereka tema blog wordpress ini saya ingin memuji ke atas keikhlasan saudara BoB.
Beliau Sudah beberapa kali melancarkan tema blog wordpress yang baik secara percuma.

Saya tidak pasti bilakah kali pertama saya menjejakkan kaki di blog Bob, tetapi apa yang saya pasti pada ketika itu saya tahu Bob adalah seorang yang pakar dalam bidangnya iaitu mencipta satu tema yang kemas , cantik dan lengkap dengan ciri-ciri terkini. Bob tidak mengetepikan kehendak pembaca dan peminat apabila membuat satu poll atau bancian kepada pelawat bagi mendapatkan satu rekabentuk tema yang menepati citarasa majoriti pembaca blog beliau.

Sedikit mengenai siapa Bob.

Bob Jiwakacau (nama samaran) ialah pemuda Melayu yang baru berjinak dalam arena blog (bagi saya beliau sudah berada setaraf dengan blogger pro).Tinggal di Melaka dan sudah berumah tangga serta mempunyai cahaya mata.

Suka berkongsi pengetahuan dan menulis tentang rekabentuk blog,tip dan membuat duit di intetrnet di blog.Untuk mengenali lebih dekat buleh lah melawat terus ke laman blog Bob di : http://www.blogohblog.com

Setiap kali Bob mengumumkan tema baru sering kali ianya mendapat liputan meluas di dalam mahu pun di luar negara.Dalam masa yang singkat sahaja kedudukan site rank Bob meningkat dengan mendadak.Ini lah kuasa Blog Marketing.Selain cerita-cerita yang datang dari blog-blog dalam dan luar negara Bob juga dilihat ada melakukan pemasaran internetnya sendiri.Antaranya ialah dengan turut serta dalam Servis Sosial Bookmarking seperti technorati , penggunaan bookmark widget dari addthis.com dan juga menyertai komuniti MyBloglog.

Terbaru tema blog wordpress Bob telah di tukar format kepada tema blog untuk blogger.com oleh Jackbook.Jackbook adalah problogger yang juga mahir dalam mereka bentuk tema blog untuk blogger ( blogspot.com).Kini tema Bob versi 2.0 sudah buleh di gunapakai di blogspot.Buleh dapatkan versi Blogger disini : Bob 2.0 versi Blogger.

Harapan tinggi dari para blogger agar Bob dapat teruskan usaha murni beliau memberi apa yang difikirkan terbaik untuk arena blog terutamanya di arena blog tempatan.

bob oh blog

Bersambung dengan blogger yang lain pula.

Popularity: 5% [?]

Comments 5 Comments »

Close
E-mail It