Posts Tagged “adsense-advantage”

Salam hujung minggu buat pembaca semua.

Daripada topik yang lepas sehingga kini saya masih tidak menerima apa-apa balasan daripada pihak Googler berkenaan akaun Google Adsense saya.Tetapi Google ada menghantar satu email seperti email maklum balas atau survey dalam bahasa enggeris.

Setakat ini itulah email terakhir daripada google.Dibawah saya kepilkan kandungan email berkenaan : -

adsense-support@google.com”
to me

Dear Publisher,

When you have questions, we want to help. With a few quick clicks, tell us
about our performance. We will listen and learn.

https://survey.google.com/wix/p0621608.aspx/ts3?l=9&….

And, as always, thank you for using AdSense!

The Google AdSense Team

Daripada email ni seolah-olah Google masih mengenali saya sebagai pengiklan-nya ( publisher ) sedangkan akaun publisher saya telah pun di”batalkan”.Pelik.

Memandangkan tempoh menunggu selama seminggu dan pun tamat maka saya mengambil keputusan untuk memulakan nya dari awal.Iaitu membuat satu akaun adsense yang baru.Kali ini tentu saya perlu lebih berhati-hati dalam mengendalikan akaun adsense.

Ermm..masih ada satu lagi perkara yang membuat saya tertanya-tanya..

Apa yang saya perlu buat dengan Cek Google ni :-

(maaf gambar kabur sebab ambil guna camera phone je)

Itu adalah cek Google Adsense yang saya terima untuk bulan Julai (Cek ber tarikh 25July07).

Kalau saya masukkan cek itu ke dalam akaun bank saya adakah ianya akan diterima?

Ataupun ia sudah jadi cek tendang memandangkan Google telah batalkan akaun adsense lama saya?

Sementara ini cek ini masih ditangan saya sementara menunggu slip deposit dari bank US yang saya minta (request) beberapa hari sudah.$155 usd tu buleh tahan juga,kalau di tukar ke RM bersamaan RM 527.00.Banyak juga benda buleh buat dengan wang sebanyak tu. :)

Saya nak ucapkan berbanyak terima kasih pada semua rakan-rakan blog yang memberi pandangan ,semangat dan komen-komen membina dalam topik yang lepas.

Sebagai tanda penghargaan kepada pembaca dan para komentar saya nak kabarkan satu report adsense dalam bentuk ebuku yang saya fikir amat berguna bagi penggiat adsene :-

Buleh klik gambar ebuku bagi mendapatkan laporan berkenaan (dalam Bahasa Inggeris) .

Saya tahu mengenai ebook ini melalui satu post di blog kawan kepada saudara saya iaitu paypal2u. Dalam salah satu blognya ada mengulas sedikit tentang sistem autopilot yang sangat baik dalam menaikkan pendapatan adsense.Klik sini untuk ke topik berkenaan : Google Adsense Autopilot Software.

p/s: Matt Callen iaitu penulis ebuku ini membenarkan ebuku ini diedarkan secara percuma tetapi tidak membernarkan ianya dijual secara terus melainkan dijadikan bonus kepada produk anda.

Popularity: 6% [?]

Comments 12 Comments »

Close
E-mail It