Sembang Berdagang Matawang Asing ( Forex )
Posted by: khairul in Elliottwave, Forex, book, tags: elliott-wave, online-stock-trading, trading-forexHai~ lama dah rasanya tak cerita fasal forex di blog ni sejak tulis topik fasal kefahaman forex bulan April lepas.
Baru je lepas makan tengah hari dan jalan-jalan window shopping dengan orang rumah,mana taknya dari semalam cari barang(langsir baru) tapi takde juga yang berkenan.Letih jugak nak layan bini yang dah start ngidam ni.huhu
Lepas relex kejap ni ingat nak tolong dia hias rumah,Ni hah dekat depan PC ni bersepah dengan CD ,pen,buku,duit syiling beg plastik lagi entah apa-apa bendasing pun ada.Hehe
Mase kemas tadi terserempak dengan satu buku kat tepi casing ni hah.Buku karangan Robert R. Prechter,Jr dan A.J. Frost .Sebenarnya dah lama juga baca buku ni tapi tak sempat nak habiskan dek banyak projek.Buku ni Bertajuk Elliott Wave Principle - Key to the market behavior.Alaa..cerita fasal forex..:)

Sebab terserempak dengan buku ni la tergerak hati nak tulis fasal forex dalam ni.
Buku ni saya dapat percuma hadiah daripada Elliottwave International bulan April lepas.
Siap ada signature dan dapat goodies cam pen dan penanda buku lagi

Blog niche saya fasal forex pun lama tak update,kesihan dia di anaktirikan.Beberapa minggu sudah mmg agak sibuk dengan projek-projek kecil.Bahagian yang besar dan susah semua sudah selesai bahagian yang ringan-ringan je belum siap.
Lepas ni buleh lah bergiat semula tulis kat blog-blog yang dah mula bersawang tu.
Walaupun saya tak kemas kini blog dengan nukilan forex tetapi saya masih trade walaupun sibuk dengan kerja lain.Buleh katakan major online income saya masih lagi di sektor ini.
Berbalik pada buku Elliott wave tadi.Buku ini adalah buku Elliott wave kedua saya baca selepas buku Mastering Elliottwave oleh Gleen Neely.Nukilan tentang buku ini buleh rujuk di blog saya yang lagi satu disini : Mastering Elliott Wave.
Buku Elliottwave Principle oleh Frost dan Prechter ini lebih ringkas berbanding buku karangan Gleen Neely.Walaupun lebih ringkas tetapi isinya cukup padat dan lengkap dalam prinsip elliottwave.
Buku ini tidak hanya menceritakan prinsip teori sebaliknya memberi contoh sebenar dialam nyata dengan mengaplikasikan teori elliottwave pada masa lepas,kini dan masa hadapan.
Walaupun aplikasi dan contoh yang diberi menjurus kepada dagangan saham tetapi ianya juga sesuai di aplikasi didalam forex.Ini adalah kerana prinsip elliott wave ini sebenarnya berteraskan sifat semulajadi (universal) alam semesta.Dan yang paling penting,penggerak utama forex sendiri menggunakan prinsip ini.Apa yang perlu kita buat ialah “follow” pererakan mereka.
Baiklah cukup dengan pengenalan elliott wave,jika berkenan boleh tinjau-tinjau blog niche forex saya disini :ElliottWaveSignal.
Saya ada lagi beberapa perkara yang nak ditulis (tengah gatal tangan ni).
Satu saya nak cerita fasal senario online forex trading pada masa kini dan satu lagi mengenai satu broker forex online yang mesra Melayu.Kenapa saya cakap mesra melayu?
Kerana ada wakil dari sini(Malaysia) yang buleh membantu menguruskan kelancaran online forex trading dan moneyflow agar perjalanan wang keluar masuk menjadi lebih mudah.
Wakil tu menyediakan platform online trading dalam bahasa melayu.Ini memudahkan kita di malaysia terutamanya berbahasa melayu untuk mendaftar dan menguruskan akaun sendiri.
LiteForex.
Jika sebelum ini saya mmensaran Marketiva sebagai platform pengenalan dan pembelajaran.Kini dengan adanya Liteforex sesiapa sahaja juga buleh mula trading online sendiri.Mini akaun yang disediakan membulehkan kita membuka akaun dengan hanya deposit $1.00usd iaitu bersamaan RM3.42.
Klik sini untuk masuk ke laman LiteForex.
Saya suka dengan platform yang disediakan iaitu menggunakan platform Metatrader yang mana saya dah biasa guna bagi tujuan anasis graf.Akaun Fx utama saya menggunakan platform VTrader yang mana ada sesetengah fungsi dan juga tools-nya terhad dan tidak buleh ditokok-tambah sendiri tidak seperti metatrader yang lebih mudah untuk disesuaikan dengan jiwa kita
Setelah beberapa bulan saya mengikuti perkembangan Liteforex,awal bulan ini saya sendiri telah membuka akaun dengan Liteforex dan memasukkan sedikit fund ke dalam akaun bagi merasai sendiri trading dengan platform baru.
Setakat ini saya berpuas hati dengan sokongan pelanggan dan servis yang disediakan.Data feed juga Ok dan platform sentiasa disajikan dengan berita semasa tidak seperti platform metatrader dari sesetengah broker lain.
Dibawah ni saya kepilkan rekod Live trading dengan liteforex dari pertengahan bulan sehingga hari ini.

Jika dikira-kira adalah dalam 14% untuk setengah bulan trading.
Ai..dah lama rasenya menulis ni..karang sepupu sebelah orang tu nak datang tak sempat kemas rumah.
Ok lah lain kali je saya cerita fasal senario trading forex online tu.
Sebelum penutup nak tinggalkan juga gambo forex trending market yang dah upload tadi,

Biar pun tak sempat nak terang cerita sebab kalau tak kepil hari ni nanti lupa dan terbiar je dalam serber tu..
Sampai jumpa lagi dinukilan akan datang.




January 2nd, 2008 at 4:18 am
Assalamualaikum sdr khairul azmi,
harap sudi membantu saya dlm forex dan adesense
January 2nd, 2008 at 10:25 pm
wa’alaikumsalam azwan abd aziz,
untuk bertanya lebih lanjut tengang apa jua topik saudara buleh kemuka soalan diforum kami di http://www.onlinebisnes.com/forum .
tq