Salam sejahtera buat pembaca semua.

Lama juga saya tak kemas kini blog ni ye?

Walaupun saya tak sempat kemaskini tetapi saya selalu memantau sebarang aktiviti di blog ini termasuk menyelia komen dan masej baru di chat box.

Dalam Sebulan sahaja banyak yang berlaku dalam arena Blog tempatan.Memang arus dunia blogging ni cepat bergerak.Nak tak nak kene kemas kini selalu lh kan kalau tak hendak ketinggalan.

Nampaknya Blog Ikram-Zidane yang saya buat rebiu bulan lepas bukan sahaja tidak di kemaskini, tetapi kini sudah hilang dari dunia internet.Mesej yang diterima jika ke blog Zidane ialah “site has been suspended”. Maknanya blog tu dah tutup.Buleh jadi Ikram ada rancangan untuk muncul dengan blog lain tahun depan?

Begitu juga dengan Blog BOB yang telah dijual kepada seorang blogger di India dengan harga RM33, 200 (USD 10, 000) .

Sebenarnya ada lagi beberapa senarai blogger cum theme designer dalam senarai saya ni.Insya’Allah saya akan buat rebiu untuk mereka juga sikit masa lagi.

Berbalik pada topik hari ini Program cari duit, yang mana palsu dan yang mana tulin dan bulih dipercayai?

Kebanyakan Program cari duit diluar sana adalah berbentuk pengiklanan dan penajaan.

Syukur kerana kebanyakan program cari duit yang saya sertai dapat memberi sikit habuan tambahan sebagai duit kopi.

Antara program cari duit itu ialah Google Adsense.Program ini sudah tentu tidak perlu di kenalkan lagi.Dari apa yang saya lihat telah ramai rakan-rakan blog kita sudah mahir dengan program google adsense.Ada yang mampu meraih lebih rm300 dalam sehari hanya dengan Google Adsense.

Beberapa hari sudah saya juga turut terima pembayaran dari Google dan buat pertama kalinya saya terima pengeluaran duit google melalui Western Union di bank RHB.

Jika sebelum ini pembayaran melalui cek memakan masa sebulan lebih, dengan Western Union proses nya tidak sampai dua hari (Google mensarankan kita mengambil hari kedua dari tarik pembayaran dibuat).

Dibawah ini adalah bukti pembayaran Google yang buleh diambil melalui western union :-

khairulazmi mobile station

Kelmarin saya juga mula menerima beberapabayaran dari program cari duit yang saya sertai.Antaranya ialah program penajaan melalui penulisan blog, ReviewMe.

ReviewMe membayar kita pada akhir bulan.Maknanya setiap tugasan penajaan penulisan blog yang kita ambil akan di kumpulkan sehingga hujung bulan sebelum proses pembayaran dilakukan.Bukti pembayaran oleh ReviewMe melalui Paypal untuk bulan November:-

 

paypal earning

Jika lihat dari bukti pembayan diatas, PayPerPost juga sering membuat pembayaran tetapi untuk payperpost pambayaran dibuat sebulan selepas kita selesaikan satu-satu tugasan.Maknanya kalau kita tiap-tiap hari buat penajaan penulisan blog, maka tiap-tiap hari juga kita akan dapat pembayaran dari Payperpost.

Akhir sekali ialah program pengiklanan melalui pautan di blog,TextLinkAds.(Klik pada butang TextLinkAds di sebelah kiri blog untuk mengetahui lebih lanjut mengenai program cari duit ini).

Program ini adalah paling mudah dimana kita hanya perlu meletakkan pautan berpenaja didalam blog.Berapa kadar bayaran bergantung kepada ranking google(PR) blog kita. Pembayaran TLA dilakukan sebulan sekali.

Bukti Pembayaran TLA untuk bulan November.

khairulazmi mobile station

Bulih katakan kesemua program cari duit ini tidak memerlukan modal.Ini bermaknya tiada risiko yang perlu anda tanggung juga anda sertai program-program cari duit diatas :)
Anda buleh gunakan blog percuma seperti blogspot.com untuk turut serta dalam program cari duit diatas.Namun jika anda ingin menjadi profesional blogger anda perlu mempunyai blog sendiri yang kini buleh anda miliki dengan kos yang murah.Buleh saya katakan habuan sebulan dari program cari duit diatasi sudah cukup untuk menampung kos setahun atau lebih untuk bayaran sewa nama domain dan hosting blog anda.

Selain program pengiklanan dan penajaan melalui penulisan blog, ada lagi beberapa program penajaan (affiliates) yang saya sertai.Bulah katakan 80% daripada menggunakan Paypal sebagai medium pembayaran.

Syukur kerana saya masih lagi dapat menggunakan Bank US saya untuk tujuan pengeluaran duit paypal.Walaupun saya buleh keluarkan duit paypal menggunakan DebitCard Publik Bank tetapi pengeluaran melalui debitcard Bank US tetap menjadi pilihan.Ini kerana tempoh wang di proses adalah lebih cepat.Untuk Debit Card Bank US proses pengeluaran hanya mengambil masa 3 ke 4 hari bekerja berbanding DebitCard Publik Bank yang perlu 5 ke 7 hari atau lebih.
Kos pengeluaran bank US adalah percuma manakala Publikbank atau mana-mana bank tempatan dikenakan bayaran $5USD (lebih kurang RM16.60).

Berikut adalah antara proses pengeluaran paypal menggunakan bank US yang baru saja saya buat malam semalam :-

paypal

paypal

paypal

paypal

Jika semua berjalan lancar, dalam awal minggu depan dah buleh keluarkan wang di Bank US menggunakan debitcard di ATM bank tempatan. :)

Topik cari duit akan datang saya akan menyentuh pula berkenaan topik Perniagaan Internet.

Anda mempunyai program cari duit yang ingin dikongsi bersama?
Buleh utarakan program yang anda sertai di ruang komen dibawah.



9 Responses to “Program Cari Duit Internet Yang Mana Satu?”
  1. hafiza says:

    semoga akan terus berjaya dan dapt dijadikan inspirasi oleh semua

    Regards,
    hafiza
    http://www.eOneNet.com
    Internet Marketing company since 2000

  2. mohd azha says:

    bisnes prepaid,bonus bulanan,bonus kumpulan,dan banyak lagi bonus2 yang tak dapat saya sebutkan,untuk mengetahui lebih lanjut sila layari web site ini.thank you

  3. mohd asri says:

    baru ini saya ada join numenmail.com iaitu pay per click program secara percuma. Dia suruh kita klik sehingga $8888 dan dia akan pos cheak kat rumah kita. Adakah betul-betul dia akan post atau tipu. Jika tipu, apakah tujuan sebenar program tersebut. saya keliru

  4. admin says:

    terima kasih hafiza,

    mohd azha,
    untuk iklan website sila pergi ke laman http://www.onlinebisnes.com
    tq

    mohd asri,
    program tersebut lebih kepada membership program yang mana setiap membership/pengiklan akan mendapat benefit masing2..macam manapun ada sesetengah program pengiklan berbayar seperti adsense melarang webmaster/publisher menyertai program seperti ini.
    maka lebih baik kita elak program sebegini agar dapat mengelak daripada website kita di ban ataupun dikeluarkan dari ranking google.
    dan biasanya program seperti ini tidak akan lama..kerana apa yang ditawarkan pun tidak logik (melihat angka yang terlampau tinggi).

  5. Budiman Mohd Idris says:

    Assalamualaikum semua,
    Saya telah melihat pelbagai program buat duit melalui internet ditawarkan, begitu juga anda semua. Terpulanglahlah yang mana satu menjadi pilihan dan kesesuaian anda. Saya telah menjadi ahli Gxxxxx. Ia baru dilancar awal september 2007. Gxxxxx menawarkan revenue share dengan sesiapa sahaja yang menjadi ahli. Secara ringkas visi gxxxxx adalah untuk menjadi peneraju internet seperti Yahoo, Google, MySpace, YouTube dll. Gxxxxx menawarkan service seperti yang ada dalam Yahoo, Google, MySpace, YouTube dll.
    Gxxxx bukan program cepat kaya,Gxxxxx perlukan komuniti untuk membesar, jadi ini program jangkamasa panjang dan bukan program MLM.
    Saya tertarik untuk masuk gxxxxx adalah kerana visinya dan cara bagaimana perkongsian(revenue share) diagihkan. Lawati blog saya untuk info gxxxxx.
    Walaubagaimanapun saya harap anda sukses dengan apa yang anda sertai..tq

  6. admin says:

    Wa’alaikumsalam.
    Budiman Mohd Idris,
    maaf sebab saya terpaksa sensor nama program diatas..
    ini sebab saya taknak ruang komen disini dijadikan tempat untuk pengiklanan..jika hendak iklankan program sila pergi ke laman http://www.onlinebisnes.com
    terima kasih

  7. Budiman Mohd Idris says:

    Saya minta maaf kepada admin.

  8. admin says:
  9. jutawanmuda says:

    assalamualaikum

    sesiapa yang nak mendapat pendapatan tetap
    —————- Edited
    terima kasih

    wassalam

Leave a Reply