Semalam ramai webmaster terutamanya blogger sibuk memeriksa Google Page Rank(PR) website dan Blog mereka.

Ini kerana Google telah pun update Page Rank pada kebanyakan website dan Blog.

Google Page Rank ataupun lebih dikenali sebagai Google PR ialah satu ukuran kekuatan sesebuah website.
Ia juga menjadi kayu ukur bagi menilai sesebuah website. Google PR di ukur dari nilai PR0(PR kosong) ke PR10 (sepuluh)
PR0 ialah paling rendah dan PR10 nilai paling tinggi. Ramai webmaster menggunakan kesempatan nilai tinggi PR web mereka untuk buat duit online. Ada pelbagai cara untuk buat duit dengan Google PR, antaranya yang popular ialah pengiklanan samada dari jenis text link, atau banner mahupun blog review. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual website ber-PR tinggi dengan harga yang tinggi. Ini kerana lagi tinggi PR sesebuah website lagi tinggi nilai website tersebut.

Jadi berapa nilai Page Rank untuk Khairulazmi.com? Aha ianya masih lagi PR2 :D
Sudah setahun KhairulAzmi bertakhta dengan PR2, tidak naik dan tidak turun.
Lagi pun kami tiada buat sebarang bentuk promosi mahupun off-page optimization sejak dua bulan sudah kerana sibuk dengan Adam.

Walaubagaimana pun ada beberapa website dan blog di rangkaian kami yang ada menampakkan kenaikan PR, antaranya ialah web Direktori Bisnes dan Wordpress Directory yang mana mendapat PR4 dan PR3 masing-masing. PR2 ada 5 website dan ada lagi beberapa blog dan website yang mendapat PR1. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian Ranking Google pada kali ini.

*Update pada 02/05/2008 - Kelihatan Google masih belum habis kemaskini PR meraka, sebab pada 2hb may 08 ( sehari selepas topik ini di siarkan) saya mendapati Google PR khairulazmi.com telah berubah dari PR2 kepada PR3.

Suka betul Adam bila dapat tahu yang blog dia dapat PR baru :-
adam

Oh ya! tentu anda tertanya-tanya, betul ke Nuffnangberi duit RM266? Sebenarnya duit RM266 tu ialah nilai cash out yang saya buat sebentar tadi.
cek nuffnang
Setakat ini, itulah nilai cash out yang terbesar saya dapat dari Network Advertising tempatan.

Sebelum ini saya mendapat wang RM49(selepas tolak fees) berupa cek dari Nuffnang hasil cash-out yang saya buat pada bulan Mac.
cek nuffnang

Ini menunjukkan Nuffnang memang serius dalam bisnes mereka dan saya yakin Nuffnang akan terus berkembang jika mereka dapat mengekekalkan kredibiliti serta ketelusan dalam menjadi orang tengah antara pengiklan dan blogger.

Kini saya tidak teragak-agak untuk turut mempromosikan Nuffnang kepada rakan Blogger yang lain.

Terima Kasih Nuffnang :)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)

Loading ... Loading …



7 Responses to “Google Page Rank Baru untuk Khairulazmi.com? Nuffnang Beri Duit RM266?”
  1. zool says:

    Assalamualaikum..
    Bestla ko dah dapat duit nuffnang..
    aku baru 2+.++
    sikitnya…
    HUhuhuhu

  2. hanep says:

    huhu… zool, ko 2+.++, aku rm1.20. hahaha.. aku pakai advertlets…

  3. Aleem says:

    Hehe.. camne nak cek GPR?? Knapa xguna adsense je? Sya dua minggu lebih da $30 ++

  4. khairul says:

    zool,
    ok lah tu rm20 nnt lelama maysuk la tu..
    rm20 tu tuk brape lame?

    hanep,
    saya pernah juga pakai advertlets, tapi sebab dulu diorang ada masalah saya terus gugurkan semua ads dia dari website saya.

    Aleem,
    nak cek PR buleh guna google PR checker.. bleh google “Page rank checker” untuk dapatkan website tu.
    adsense pun saya ada main juga, setakat ni paling tinggi saya penah dapat $90usd dalam sehari ..tu utk satu website shj :)

  5. shahadin says:

    PR yg tinggi penting utk buat komen

  6. khairul says:

    Hi shahadin,
    Macam yang awak buat sekarang ni ke? :D

    tapi komen kene lah komen yang bernas baru admin approved kan?

    kalau nak komen ni pun kene ada tekniknya, tak gitu?

  7. Kujie says:

    2 thn dgn Blogspot , blog saya sudah mencapai PR 4, skrg saya baru 2 bulan menggunakan hosting dan domain sendiri perlu ambil masa untuk capai PR semula..

    hehehe..mencabar dan saya suka!

Leave a Reply