ebook peruma : cover Panduan membuka akaun Bank US
Posted by: khairul in Cek, Celcom 3G, Perbankan, buat duit, googleadsenseSalam semua,
Minggu sudah saya ada menyatakan yang saya akan membuat satu buku panduan ringkas cara-cara membuka akaun bank US.Maaf lah sebab saya tidak dapat menyiapkan ebook tersebut dalam masa yang dijanjikan disebabkan ade perkara yang lebih penting untuk saya buat.
Sebagai tanda komitmen saya bagi menyiapkan ebook berkenaan saya kepilkan dahulu “cover” atau kulit ebook berkenaan :-

Macam mana?O.K. tak?
Dalam ebook ni saya akan berikan penduan bagai mana mengisi borang permohonan membuka Bank US dan sedikit cara bagaimana menggunakan perkhidmatan perbankan internet yang disediakan.
Juga disertakan bagaimana cara intergrasi bank US ini dengan akaun Paypal dan juga cara mendeposit cek dari google kedalam akaun bank ini.
Cover ni saya baru saja buat tadi dirumah,ada lah dalam 15minit ke 1/2 jam dari mencari bahan ,editing sehingga siap.La ni baru saya upload di cybercafe,almaklum la sampai sekarang belum lagi masuk streamyx.
Masalah utama bukan sebab tak kawasan saya tiada streamyx,tetapi keseluruhan blok yang saya diami belum ade ‘line’ telefon yang sempurna.Macam mana lah TM ni. Dah berkurun saya duduk disini sampai sekarang belum dapat-dapat line.Huh!
Ada tak sapa-sapa nak jual 2nd data card Hua-wei untuk Celcom 3G?






May 29th, 2007 at 12:49 am
Cantik cover ebook tu. Tak sabar nak tunggu ebook ni.
May 29th, 2007 at 3:11 am
Thanks bro,
ebuku tu tu dah buleh download di topik ni :-
http://www.khairulazmi.com/2007/05/29/panduan-percuma-membuka-akaun-bank-us/