Celcom or Maxis or Digi or iZZi? Best Wireless Broadband 3G and 3Gx or HSDPA and Soon Wimax
Posted by: khairul in 3G, tags: 3G, 3G-Modem, 3Gx, Cingular, DataCard---Celcom, HSDPA, Huawei, Maxis, Orange-3G, Sierra-Aircard, Vodafone, WirelessSudah sebulan lebih saya menggunakan perkhidmatan wireless 3G dan apa yang buleh saya katakan tentang servis ini ialah setahat puas hati sahaja.
Mungkin sebab saya hanya melanggan pakej minima maka servis yang saya dapat juga minima?
Pada ketika ini terdapat tiga syarikat telco yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar 3G iaitu , Maxis dan iZZi “4G”.Digi ada juga menawarkan jalur lebar tetapi gred rendah sedikit daripada 3G iaitu jalur lebar EDGE (29.5kbps ke 236kbps).

Celcom 3G dan Maxis 3G tidak perlu diperkenalkan lagi, tapi mana datangnya iZZi?
iZZi mula diperkenalkan pada suku ke-empat pada tahun 2007.Ia dikatakan mampu memberikan berkhidmatan broadband menggunakan teknologi iBurst sehingga terasa kelajuan “4G”.Tapi adakah ialnya lebih laju dari 3G(284Kbps~384Kbps) dan 3.5G / HSDPA (1.8Mbps~ 3.67.2Mbps~7.2Mbps)?
iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.
Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.
“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G.Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.
Pakej iZZione didatangkan dengan 4jenis pakej.iZZione dengan RM66 sebulan, iZZiyou dengan RM98 sebulan, iZZipro Rm118 sebulan dan iZZiteam RM180 sebulan.
Bagi Pakej iZZiyou pelanggan akan dibekalkan modem “4G” jenis USB dengan kontrak 12 bulan untuk bayaran mudah RM98.
Untuk info lebih lanjut berkenaan iZZi broadband buleh la lawat ke laman rasmi iZZinet di www.izzi.com.my
Tak cukup dengan gimik “4G” , timbul pula tanda tanya kemana perginya Wimax yang digembar-gemburkan pada akhir suku pertama tahun 2007 sudah?
Pada masa itu kerajaan ada mengumumkan pemberian spektrum capaian jalur lebar 2.3 GigaHertz tanpa wayar Wimax kepada kepada Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, REDtone- CNX Broadband Sdn Bhd dan Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.
Adakah tahun 2008 ini bakal menyaksikan kemunculan perkidmatan jalurlebar Wimax yang pertama?Sama-sama kita tunggu.
Berbalik pada tajuk utama, jalur lebar(Brodband) 3G mana satu kah yang lebih baik?
Sebenarnya sukar untuk menentukan mana satu pembekal 3G yang lebih baik memandangkan banyak aspek yang perlu di ambil kira bagi merumuskan siapa yang lebih baik.
Dari satu aspek infrastruktur pembekal telekomunikasi itu sendiri harus baik.
Dalam kategori ini celcom dilihat mempunyai sedikit kelebihan.Ini di sebabkan bukan sahaja celcom mampu memberi perkhidmatan 3G melalui pencawang celcom sediada tetapi mereka uga mempunyai akses dan kemudahan daripada TM Malaysia.
TM Malaysia merupakan gergasi telekom di Malaysia.Hampir setiap ceruk penempatan mempunyai cawangan nya sendiri.Ini memberikan satu kelebihan kepada celcom untuk meluaskan “jajahannya”. Saya tidak cakap kosong sebab saya pernah memasuki hampir kebanyakan ibusawat telekom yang mempunyai broadband di seluruh Malaysia semasa saya berkhidmat sebagai support dibawah TM LSS Network.Saya lihat sendiri infra 3G milik celcom di kebanyakan ibusawat TM.Tidak hairanlah jika Celcom 3G digelar yang terluas.
Walaupun begitu Maxis juga sudah kita sedia maklum mempunyai pengalaman dalam teknologi komunikasi mudah alih dan juga cukup lengkap dengan infra di merata tempat didalam Malaysia.
Saya antara salah sesorang pelanggan talian mudah alih Maxis sejak tahun 1999 merasakan cukup puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tapi kita ni bercakap tentang 3G, bukan GPRS.Dari pengalaman saya menggunakan 3G dalam beberapa bulan ni.Selalunya sukar bagi saya mendapat signal 3G apabila dikawasan kampung.
Di rumah saya di kawasan kapar-pelabuhan Klang coverage 3G nya agak mengecewakan.Walaupun ada sesetengah tempat saya buleh mendapat 3 bar tapi dikebanyakan tempat saya hanya mendapat 1bar dan selalu terputus sebelum signal bertukar menjadi GPRS.
Sama juga situasi di kampung belah orang rumah saya di kota bharu.Raya haji hari tu saya banyak juga mencuba coverage 3G di salah sebuah wilayah jajahan celcom.Tapi dari apa yang saya dapat masih belum betul-betul memuaskan dimana ianya lebih lambat berbanding dial-up 56kbps.Walaupun begitu saya masih buleh membaca email serta mengemaskini blog cuma ianya memerlukan masa yang agak panjang lebih daripada biasa lah.
Sebelum lupa saya nak bagi tahu, pakej 3G yang saya ambil ialah pakej D68 dimana ianya hanya menawarkan 3G dengan data( SMS) sahaja.Mungkin pakej 3.5Gx mempunyai keputusan yang berbeza.
Salah satu lagi aspek dalam penilaian capaian 3G ialah peranti atau modem itu sendiri.
Ada banyak dan brand modem 3G/3Gx/HSDPA buleh didapati dipasaran.Setiap jenis dan brand buleh memberikan prestasi yang berbeza-beza.
Antara jenis modem 3G ialah jenis PCMCIA untuk Laptop/Notebook/Komputer Riba.
3G Express Card untuk Laptop.
dan 3G USB Modem untuk Laptop ataupun Desktop.
Brand 3G modem pula adalah seperti Novatel Merlin, Vodafone, Sierra Wireless
Aircard, Huawei, Option GT MAX, Orange 3G datacard, Maxis datacard, T-Mobile dan banyak lagi.
Harga untuk setiap modem adalah dalam lingkungan RM300 ke Rm1000 ++.
Secara Amnya masih ramai yang kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana operator 3G Malaysia pada masa ini.Ini dapat di lihat di forum-forum IT tempatan yang kebanyakan daripada pengguna masih merungut dengan perkidmatan 3G yang mereka langgan.
Faktor coverage / capaian 3G di Malaysia masih menjadi isu utama.Capaian di bandar-bandar utama didapati lebih baik berbanding capaian di bandar kecil ataupun pinggir bandar mahupun kampung.
Maka dengan ini buleh disimpulkan (untuk masa ini), jika anda ingin mencari penyelesaian/solution bagi keperluan 3G broadband untuk bisnes anda, adalah lebih baik untuk anda cari lokasi yang strategik terlebih dahulu.RM68 utntuk kebanyakan pakej 3G broadband dilihat sebagai satu alternatif bagi sesiapa yang inginkan capan internet tanpa had kepada dial-up 56k yang mana jika dihitung ianya jauh lebih jimat.Tetapi itu bergantung juga kepada tahap kebolehcapaian dan keboleh percayaan perkhidmatan yang diperolehi oleh pelanggan.
Akhir kata, pilih lah dengan bijak untuk kesenangan di hari mendatang
p/s: Jika anda menggunakan 3G bulehlah kiranya beri testimonial kepada perkhidmatan yang anda langgan.Terima kasih.




January 13th, 2008 at 6:45 pm
As you know, the 3.5G (especially for Maxis) is only implemented in Big Cities like KL, JB and Penang. Maxis is starting to move forward with other cities as well. It is similar to Celcom.
The problem with these operators is that 20% of the customers are using 100% of the bandwidth. Customer download abusively using P2P or bittorrent sites are killing the bandwidth of the other users. They are trying to stop this by blocking the ports etc..
By the way, there is a limit whereby how many users connected to the network using 3.5G while other will still be using 3G.
January 20th, 2008 at 5:57 am
Pada pandangan gua la… paling best servis setakat nie adalah DIGI Broadband… tidak mengecewakan malah kekadang tue lebih laju dari Maxis Broadband atau Celcom Broadband.
January 20th, 2008 at 7:09 am
bro, brape rate dload u dapat guna digi tu?
January 21st, 2008 at 5:33 pm
iZZi’s “4G” is not the real 4G technology.they’re just fooooling those who know little on WiMAX.this is so unethical.they claimed to b the only 4G provider.but the truth is,4G is not yet released.research on 802.16n is still in progress n expected to release by end of this year.4G can provide up to 100Mbps data rate for mobile n 1Gbps for fixed, but not up to 1Mbps only as provided by iZZi.maybe “4G” tu cuma nama product diorang,but it is so uncool to take advantage on people’s limited knowledge.baik letak “44G” ke..”100G” ke..penipu cam maxis gak.
January 22nd, 2008 at 3:03 pm
hehe..yes bro..like I said in my post izzy just doing marketing gimmic ..or would I say izy is a scam? hehe..
scam lah sebab claim 4G dalam iklan tapi dlm reality speed nak sampai 3G pun susah..
harap kementerian telekomunikasi ambil berat isu ni, jangan biarkan telco service provider buat marketing “melampau”..
February 17th, 2008 at 4:36 pm
ni sedikit tambahan info…kalo maxis dan celcom memperkenalkan pakej 3g, tapi bagi digi ia hanya memperkenalkan pakej broadband berasaskan edge….perlu diingat kawasan dan liputan 3g hanya boleh didapati dikawasan bandar2 besar dan masih terdapat beberapa kawasan terutama perkampungan yg tidak mendapat liputan 3g, jadi memilih pakej digi broadband adalah terbaik utk pengguna seperti ini, kerana digi boleh support edge dikawasan yg juga ada liputan gprs, bermakna kawasan perkampungan dapat menikmati kelajuan ini iaitu 284 kbps, berbanding celcom dan maxis diluar kawasan 3g hanya 56kbps jer…Pilih pakej berdasrkan tempat anda berada dan utk kegunaan masa depan…
April 15th, 2008 at 9:13 am
Saya telah guna DiGi EDGE sejak 2005. Saya amat berpuas hati perkhidmatan ini. Dulu untuk pakej Unlimited RM99/bulan sekarang menjadi RM66 sejak hujung tahun lepas (November2007). Selepas Maxis dan Celcom memperkenalkan Unlimited 3G dengan kadar RM68. Bagi suppliment unlimited pula dengan harga RM33 sahaja. DiGi tidak merasa tergugat dengan meletakan harga RM66 pakej tersebut mungkin mereka percaya speed Maxis 3G dan Celcom 3G tak akan selaju mana kerana perlu berkongsi laluan dengan perkhidmatan suara/sms/MMS/video call menyebabkan berlakunya pengurangan speed. Pemerhatian saya speed yang boleh dicapai DiGi EDGE dengan menggunakan speedometer dari http://www.tm.net.my mengunakan modem handset NOKIA6201 dengan sambungan bluetooth 7-20KBps (56kbps-160kbps) untuk dalam liputan EDGE dan 3-5KBps (24-40kbps) untuk liputan GPRS.
April 17th, 2008 at 1:53 am
skang nie saya baru jer melanggan celcom n digi broadband…
saya nak tanya la… betul ker kalo kita download akan di kenakan caj lain..?