Archive for the “Umum” Category


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Hari ini saya membuat keputusan membuka satu lagi blog pada domain onlinebisnes,tetapi di blog ini saya berceloteh dalam bahasa Melayu.

Sudah lama saya tak berceloteh panjang didalam blog.Sebelum ini saya pernah membuat blog peribadi menggunakan perkhidmatan blog percuma iaitu dari blogger.

Ada dua blogger yang saya masih pegang sehingga kini.Kedua-duanya saya buat pada tahun 2004 dan 2005 masing-masing.Ermm…tetapi mereka sudah di anaktirikan memandangkan saya sudah mempunyai domain sendiri.. hehe.Biarlah blog tu menjadi kenangan lalu.

Tema blog.

Pada blog melayu baru saya ini saya tidak mengadkan pada topik-topik bisnes sahaja,tetapi lebih kepada pandangan dan isi hati saya terhadap isu-isu semasa dan mungkin juga akan diselitkan dengan isu peribadi saya ataupun rakan-rakan terdekat saya.

Harapan.

Saya berharap agar blog melayu saya ini akan dapat diterima oleh kalangan blogger berbahasa Melayu yang lain.Lahirnya blog Melayu ini saya berasa lebih selesa dan terbuka berbicara.. kiranya  dapat lebih mesra dengan komuniti  blogger Malaysia seluruhnya.

Sekian.

Comments 1 Comment »