Archive for the “tema blog” Category


Lama dah tak bercerita tentang arena blog.

Nah ,hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca tentang blogger Malaysia.Mereka yang saya nak cerita ni bukan sekadar blogger tetapi juga mempunyai kelebihan dalam mereka laman web dan mencipta tema bagi blog wordpress.

Individu yang pertama ialah Moses Francis.Empunya blog wpthemesplugin.com.
Saya mula terserempak dengan blog ini semasa saya memuaturun tema wordpress blog “Mezzzo 3 column” .Pada masa itu saya langsung tak tahu yang  Moses ni sebenarnya orang Malaysia sehinggalah saya terbaca tentang satu cerita tentang malaysia di satu lagi blog nya di www.imosesmedia.com.

Laman wpthemeplugin mendapat reputasi yang tinggi ketika dua tema wordpressnya mendapat perhatian ramai:
wpthemeplugin

Sedikit latar belakang Moses Francis.
Mases, jejaka lingkungan 20-an sudah mula membuat duit di internet dengan sepenuh masa pada akhir tahun 2004.

Apa yang Moses buat dalam dunia internet?
Sebagai pereka tema,Jualbeli nama domain , pengiklan Google Adsense , Text-link-Ads ,menyertai komuniti forum dan sosial network seperti Mybloglog.

Hobi?
Penggemar bolasepak (peminat-kipas-susah-mati Manchester United),ahli musik / menyayi,futsal dan suka makan dan makan :)

Saya secara peribadi suka membaca blognya di wpthemeplugin yang banyak membri informasi terbaru dalam dunia blog bersama wordpress.
Semoga Moses terus menyumbang dan menyokong arena blog dimasa masa mendatang.

Saya rasa cukup setakat seorang dahulu,penat juga tulis blog ni,idea nak tulis tu ada tapi memandangkan mata dah kuyu dan esok nak kene sahur pagi jadi kita sambung esok je la ye.
Kot kot lepas sahur tu buleh sambung kita cerita lagi no.Ok salam.

Comments 5 Comments »