Archive for the “technorati” Category



My blog is worth $70,567.50.
How much is your blog worth?

Wah..tentu anda terkejut dengan nilai diatas kan?
Blog saya yang berumur kurang setahun sudah pun mempunyai nilai ratusan ribu ringgit.
Macam ni semua orang buleh cari duit senang,cuma buat satu website kemudian jual dengan harga tinggi.

Bagi mereka yang belum tahu,widget diatas telah dibuat oleh Dane Carlson,seorang usahawan internet.
Dane Carlson telah mengambil data dan algoritma dari technorati bagi mendapatkan nilai sesebuah website.Hasilnya ialah widget seperti yang anda lihat diatas.
Bagaimana pun nilai itu bulan lah nilai sebenar di dunia nyata,ianya hanya mengambarkan prestasi dan sebagus mana blog anda berbanding dengan blog lain.

Walaupun ianya tidak memberi harga nyata sebenar,tetapi tentu ada sebabnya kenapa ade blog mendapat nilai tinggi dan ade blog bernilai rendah.

Salah satu pengaruh yang mampu menaikkan harga sesuatu blog ialah faktor usia blog tersebut.
Lagi lama blog itu wujud lagi berharga.Macam rumah juga lah,makin lama makin naik harga.
Tetapi tempoh kewujudan itu tak bermakna jika ianya hanya cakap-cakap kosong.

Faktor kedua ialah isi blog tersebut.Lagi banyak isi,lagi pekat isu-isu yang dibincangkan lebih berharga blog itu.Lebih lebih lagi jika blog tadi mempunyai skop isi yang spesifik dan kerap dikemas kini.

Faktor ketiga ialah pengaruh rakan blog atau pun rangkaian dengan blog-blog lain.
Jika anda mempunyai rakan blog yang banyak dan setia,iaitu selalu berkunjung dan berinteraksi dengan anda maka ianya juga memberi impak kepada nilai harga blog.

Ada banyak lagi faktor-faktor yang mempengaruhi kekuatan sesuatu blog.
Tidak lupa juga faktor antaramuka atapun wajah sesuatu blog.Blog yang mempunyai susunatur gambar dan isi yang menarik juga memberi pengaruh.

Pada masa kini,dengan bantuan aplikasi pemasaran online kita juga buleh membuatkan sesuatu blog itu berada di ranking atau kedudukan yang mendapat perhatian ramai.
Ramai usahawan sekarang menggunakan perkhidmatan ini supaya blog ataupun produk mereka mendapat perhatian ramai seterusnya dapat menghasilkan jualan.

Eh tu dah masuk bab lain..cerita untuk lain mase :D
Ok,Sesiapa yang nak cuba lihat harga semasa blog atau website masing-masing,buleh klik pada widget diatas dan masukkan alamat laman blog anda.

Comments No Comments »