Archive for the “streamyx” Category


Perak sedia kemudahan Internet

IPOH 26 Mac – Kerajaan Perak merancang mewujudkan kemudahan Internet jalur lebar tanpa wayar di semua bandar dan pekan di negeri itu mulai Julai ini.Menteri Besar, Datuk Seri Tajol Rosli Ghazali berkata, pada masa ini, 70 peratus kawasan di bandar raya Ipoh telah dibekalkan dengan kemudahan tersebut menerusi 25 stesen menggunakan teknologi Hotzone (Metro-WiFi).Menurutnya, daripada jumlah itu, dua kawasan iaitu di Padang Ipoh dan padang Taman Dr. Seenivasagam dibekalkan dengan kemudahan tersebut secara percuma dengan kapasiti 250 pengguna pada satu-satu masa.Perkhidmatan itu disediakan oleh kerajaan negeri dengan kerjasama Jaring Communications Sdn. Bhd. (Jaring) dan Red Snapper (M) Sdn. Bhd. dalam usaha menjayakan konsep negeri berasaskan pengetahuan (k-State) menjelang 2010.Mohd. Tajol Rosli berkata, di dua lokasi berkenaan, pengguna boleh mendapat akses Internet secara percuma dalam lingkungan jarak 500 meter hingga satu kilometer dari stesen Hotzone.

..Nampaknya Perak dah mendahului KL dari segi kemudahan jalur lebar(WiFi) percuma untuk satu kawasan yang besar selepas Cyberjaya.

Ini satu perkembangan yang baik untuk terutamanya pengguna jalurlebar tegar seperti internet marketer dan juga pro blogger.Mereka yang sudah ada talian streamyx atau seumpamanya buleh jadikan Hotzone percuma ini sebagai backup line ataupun port internet ke-dua.Pengguna desktop nampaknya perlu lah keluar sikit duit untuk beli wireless adapator jika mahu ambil ‘port’ sama.

Adakah KL akan ikut jejak Perak?Menanam WiFi di lokasi-lokasi strategik,kalau ade dimana agaknya lokasi yang sesuai?Lokasi yang tidak membuatkan jalan raya disekitarnya ‘jammed’.

Comments 1 Comment »

Semalam saya ade beberapa idea untuk menulis blog tetapi saya tidak sempat melontarkannya disini disebabkan kekurangngan masa untuk online.

Pada masa ini saya hanya online sekali sekala di pejabat,’rehat time’ tu pun kalau sempat.Cyber cafe satu lagi tempat,ini pada sebelah malam.Biasanya malam susah sikit nak keluar maklumlah dah jadi laki orang,kalau nak keluar kene bawak orang rumah sekali kalau tidak alamat tido sorang-sorang lar huhu.

Sebenarnya dirumah saya masih belum ada akses internet.Paham-paham la kan,blogger ni mana buleh tahan kalau takde internet.Macam ade benda tak lengkap betul tak?

Ni saya nak tanya,ade tak sesiapa yg tahu penggunaan 3G internet untuk desktop PC?

Setahu saya Maxis ade mengeluakan kad 3G PCMCIA untuk penggunanya,dan saya sendiri pernah memasang satu 3G kad pada pelanggan saya.Kalau ikut spek max speed dia 384kbps.Laju juga tu untuk rangkayan tanpa wayar.Setup dia mudah sahaja,saya kira tak sampai 5minit dah buleh online.

Pada hari tu saya lihat ada promo rm99 untuk perkhidmatan 3G tu.Tapi kurang pasti dengan pakej yang ditawarkan.kalau ade sesiapa yg tahu buleh la bagi tahu ye :) .Lelagi kalau ade 3G kad untuk desktop.Kalau buleh ada USB2.0 punya interface ke buleh guna di laptop dan desktop lagi bagus.

Baik,berbalik pada topik.

Semalam saya melihat-lihat blogger direktori wangcyber yang baru dan tertarik dengan satu topik di blog sabahan.Sabahan - ‘4Mpbs streamyx to come? ‘.Pada topic itu ade perkabaran yang Telekom Malaysia (TM) akan menaik taraf streamyx kepada 4Mbps.

Laju tu,mereka sedang bekerja sama dengan syarikat dari Amerika untuk projek ni.

Pada pendapat saya,kelajuan 4Mbps memang tidak mustahil tetapi hanya di kawasan tertentu sahaja.Ini kerana,setahu saya lah cabel telefon kebanyakanperumahan sekarang ni masih berteraskan wayar ‘copper’ yang mana had maksima nya hanya 2Mpbs.Saya tahu kerana sebelum ini saya pernah ada terlibat secara langsung dalam perkhidmatan leasedline.

4Mbps dan keatas selalunya memerlukan fiber optik sebagai medium.Penggunaan coaxial juga buleh membawa 4Mbps tetapi signal akan menurun jika jarak antara dia terminal semakin jauh.

Kesimpulannya,hanya kawasan perumahan yang mempunyai infra fiber optik sahaja yang buleh melanggan pakej 4Mbps ni.Kalau Cyberjaya & Putrajaya rasenye tak ada masalah sebab ianya sudah mempunyai infra ini,tetapi kawasan lain kene rujuk pada TM dahulu.


Comments 12 Comments »