Archive for the “seminar” Category


Buat duit di internet dengan JomSeminar.com!


jomseminar

Pagi ini macam biasa saya belek-belek beberapa website dan blog kegemaran saya, ada satu tajuk yang betul-betul menarik minat saya.

Syed Ikhwan, seorang Usahawan Internet yang berjaya dan popular telah pun melancarkan kempen terbaru beliau dengan beberapa nama besar dalam arena Perniagaan dan Pemasaran Internet tempatan.

Kempen yang diberi nama JomSeminar - Multiple Streams of Online Income, ini merupakan seminar satu hari di Hotel Armada Petaling Jaya manampilkan 5 nama besar seperti Syek Ikhwan (Pakar dalam Program Pengiklanan Google Adsense dan Pemasaran Internet ), Gobala Krishnan ( pakar dalam Pemasaran Internet menggunakan Wordpress Blog dan Program Affiliate ), Fuad Latif ( Pakar dalam Pemasaran Internet, merupakan penulis buku 15 cara efektif Internet Marketing) , Yusri (seorang pakar dalam Pengaturcaraan Komputer dan Program Affiliates serta Program Cost Per Action ) , dan akhir sekali ialah En. Alang (Seorang Usahawan Internet yang sudah berkali-kali menjadi topik utama di dada akhbar tempatan ). 5 nama besar ini akan berkongsi teknik rahsia dan pegalaman mereka sebagai seorang Usahawan Internet yang berjaya.
Objektif mereka jelas iaitu memberikan satu panduan serta pelan tindakan bagaimana menjalankan Pemasaran dan Perniagaan Internet yang betul dan berkesan kepada bakal Usahawan Internet tempatan.
Memperkasakan pendapatan pelbagai sumber kepada semua peserta seminar disamping memberi mentoring dan bimbingan berkala sehingga peserta mampu berdiri sendiri dalam apa jua topik yang di ajar didalam seminar.


jomseminar speaker

Seminar Perniagaan Internet JomSeminar yang pertama kali seumpamanya ini bakal diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu bersamaan 10 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor.

Yuran untuk seminar ini hanya Rm 479 untuk seorang dan bagi mereka yang daftar awal, yuran istimewa Rm 397 diberikan bagi 30 pendaftaran pertama.

Saya sangat menggalakkan pada mereka yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Internet agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Walaupun saya hanya mengenali beberapa nama besar ini dari jauh tetapi nama serta brand yang ada pada speaker seminar ini sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Mereka sememangnya pakar dalam bidang masing-masing dan saya pasti peserta bukan sahaja dapat menfaatkan wang dan masa untuk seminar ini bahkan dapat membina empayar sendiri pada satu hari nanti.

Selamat Berjaya saya ucapkan pada bakal Usahawan Internet.


*Klik sini untuk lawat laman JomSeminar*

Popularity: 3% [?]

Comments No Comments »

Close
E-mail It