Ada website buleh buat duit kat internet? betul ke buleh?
Posted by: khairul in adsense, auctionads, blogging, buat duit, google PR, payperclick, pro blogger, textlinkadsBuat duit dengan internet + website/blog
Sebagaimana ramai yang sudah tahu,
ada banyak cara kita buleh buat duit dengan internet,ini termasuk jual produk sendiri (tak kira produk sebenar/fizikal ataupun produk digital),jual produk sediada(komisyen melalui affiliates),ataupun menyertai program payperclick seperti google adsense.
Tetapi hari ini saya perasan satu iklan auctionads dari satu blog yang agak menarik.Iaitu penjualan link di ebay.
Sebenarnya sebelum ini saya juga pernah terperasan iklan penjualan website dengan trafik yang tinggi di ebay.Tetapi saya tidak begitu ambil peduli kerana masa itu saya belum lagi mempunyai website sendiri.
Saya pun ade akaun ebay,tetapi yang amat kurang aktif.Seingat saya cuma satu atau dua deal yang saya buat di ebay dengan deal yang terakhir saya ingat ialah penjualan domain kepada seseorang di Australia.
Penjualan link di website/blog kian menjadi-jadi.Ini kerana dengan membeli link pada website /blog yang mempunyai PR yang tinggi akan mengeret blog/website kita kepada trafik yang banyak seterusnya menaikkan ranking webiste/blog kita.
Penjualan link melalui agen perkidmatan seperti textlink ads juga popular ketika ini.bagi mereka yang sememangnya mempunyai pelawat yang setia dan blog rangking yang tinggi,sudah tentu tiada masalah menjual link mereka.Ada yang menyediakan ruang-ruang ads sendiri dan menawarkan khidmat iklan secara direct.Ini lebih baik berbanding menggunakan agen memandangkan kesemua duit pelanggan akan terus masuk ke akaun kita.
Satu platform yang sangat baik untuk kita jual link secara direct ialah ebay ataupun lelong lah kalau di malaysia ni.
Bagaimana nak tarik pelanggan?Ianya tak susah,jika kita mempunya website / blog yang mempunyai trafik ataupun Google PR yang tinggi automatik akan ade pelanggan yang berminat dengan tawaran kita.
Anda setuju dengan pandangan ini?Sila komen ![]()



