Archive for the “paypal” Category


Ya, anda tak salah baca.Selepas Google membenarkan ahli adsense dari Malaysia mengeluarkan duit melalui Western Union, hari ini ada satu lagi berita yang pasti membuat anda semua terutamanya penggiat duit online merasa gembira.Saya dapat tahu yang pemilik akaun Paypal dari Malaysia sudah buleh keluarkan duit didalam akaun Paypal menggunakan kad debit/credit Visa/Mastercard.

Baru tadi saya cek akaun Paypal saya dan memang betul ada pilihan untuk keluar duit menggunakan kad Visa yang sama saya guna untuk proses verifikasi Paypal.

paypal

Dua Pilihan untuk keluar duit :- 1)Bank US dan 2)Kad Visa/Mastercard.

paypal

Borang pengeluaran wang Paypal menggunakan Kad Visa.

Menurut sumber masa yang diambil untuk transaksi pengeluaran dianggarkan dalam 5 ke 7 hari bekerja.

Had maksima pengeluaran untuk sehari ialah $500 usd .

Adakah dengan perubahan baik ini menunjukkan Pasaran Internet di Malaysia semakin buleh dipercayai oleh mereka-mereka “disana”?

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 26 Comments »

Terima kasih kepada mereka yang telah memberi komen berkenaan e-buku yang saya buat,terutamanya komen postif.

banyak juga persoalan-persoalan yang timbul dibeberapa forum perbincangan tempatan,dan saya ada respon kepada semua persolan itu.

Antaranya di forum wangcyber,nogold dan lowyat.net.

Harap mereka mendapat jawapan yang mereka cari.

Seperti yang saya janjikan,saya akan kemaskini blog ini dengan susulan dari topik-topik yang terkandung didalam ebuku saya.

Berikut adalah bukt-bukti yang E*trade ada menerima Slip deposit dan Cek dari Google,serta penyata transaksi online yang menunjukkan pengeluaran Visa Etrade Debit di ATM tempatan :

Contoh deposit slip yang diterima Etrade didalam akaun Bank US saya:-

 

 

Gambar dibawah ini menunjukkan cek google terbaru yang tertera di akaun Bank US saya setelah diterima E*trade.

 

 

Gambar dibawah pula menunjukkan pengeluaran melalui E*trade Visa debitcard di ATM OCBC yang baru saya keluarkan malam semalam di tempat saya.

 

 

 Oh ya,saya ada terlupa satu perkara untuk dinyatakan didalam e-buku.

Bagi mereka yang mempunyai akaun Paypal dan telah meletakkan akaun Etrade sebagai  akaun  Bank US  didalam  Paypal.Anda buleh  membuat pembelian Paypal dengan menggunakan Etrade sebagai sumber  wang (instant funding).Bermaknya jika anda tiada wang didalam Paypal tetapi pada masa yang sama anda ade wang di dalam E*trade anda buleh membuat pembelian/bayaran Paypal menggunakan duit di E*trade tadi dengan meletakkan E*trade sebagai pilihan pertama untuk “instant funding”.Kebiasaannya “Instant funding” merujuk kepada kad kredit.

Ok, itu sahaja buat masa ini.Jumpe lagi

Comments No Comments »

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada semua pembaca blog OnlineBisnes Melayu.

Setelah dua malam saya ,menulis dan mengumpul bahan akhirnya e-buku ringkas panduan membuka akaun bank US telah pun saya siapkan.

Walaupun tiada talian internet dirumah dan juga masa kerja di pejabat yang lebih panjang namun saya bertekad untuk menyiapkan e-buku yang serba kekurangan ini.Saya harap mereka yang tertunggu-tunggu selama ini berpuas hati dengan penerangan didalam e-buku ini.

Usah tunggu lagi,klik gambar buku panduan buka akaun bank us dibawah untuk muat turun segera :

Selain cara bagaimana mebuka akaun bank US,saya juga ada menerangkan cara bagaimana hendak intergrasi akaun bank US ini dengan Paypal.

Serta bagaimana cara hendak tunaikan cek google kedalam akaun bank US.

Untuk makluman semua,ini adalah buku panduan sahaja.Borang permohonan asal serta contohnya hanya buleh di muaturun di ruang “download” di laman online bisnes : http://onlinebisnes.com

Ini bertujuan bagi sesiapa yang telah memuaturun borang berkenaan buleh mendapatkan bantuan dan sokongan didalam forum yang disediakan.

Sekian dan selamat membaca.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 4 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 26 Comments »

Minggu lepas kecoh satu Malaya apabila Paypal samada membuat kesilapan teknikal ataupun sengaja meletakkan syarat memasukkan butir-butir akaun bank US bagi menerima pembayaran.

Ramai pengguna Paypal diMalaysia yang merungut apabila berhadapan dengan isu ini.Saya juga tidak terlepas dari kemelut ini apabila penyedia perkhidmatan yang saya hendak beli tidak dapat menerima pembayaran akibat tiada akaun bank US.

Ekoran daripada senario diatas email saya dibanjiri soalan-soalan berkenaan cara membuka bank US.

Mereka yang mengenali saya dari blog saya yang lagi satu tentu tahu yang saya pernah menawarkan perkhidmatan dengan memberi panduan bagi membuka akaun bank US.

Saya mula memberikan khidmat ini sejak akhir tahun 2005,dimana ketika itu saya hanya menawarkan kepada rakan-rakan sekerja saya.Ada empat atau 5 orang pada ketika itu yang tolong dan kini semua daripada mereka telah mempunyai akaun bank US masing-masing. (more…)

Comments 7 Comments »

Hari ini saya terima satu bungkusan dari FedEx,ia nya dikirimkan dari Chantilly,VA Amerika Syarikat.

Sebenarnya saya telah meminta kad pengganti visa (replacement card) kepada kad debit saya yang hilang minggu lepas.Saya telah menghubungi pihak bank US pada hari rabu dan pada keesokan harinya mereka menghubungi saya bagi mengesahkan permohonan kad pengganti.

Hari ini saya telah pun menerima kad berkenaan,sungguh cepat customer servis dari bank US ini.

Dengan adanya kad ini hilang lah kegusaran saya dalam memikirkan pengeluaran wang dari Paypal.Saya fikirkan saya akan didenda apabila memberitahu yang saya telah kehilangan kad debit bank US,tetapi apa yang saya lihat tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi mengeluarkan kad pengganti visa ini. (more…)

Comments 3 Comments »