Apakah Webhosting Terbaik Untuk Blog Wordpress?
Posted by: khairul in hosting, tags: web hostingSudah 3 hari saya bertungkus lumus memindahkan lebih daripada 30 website/blog ke hosting baru.
Apa yang buat saya letih ialah saya buat perpindahan secara manual.
Satu demi satu fail dan database saya pindahkan daripada hosting lama ke hosting yang baru.
Sebenarnya saya memang merancang untuk berhijrah ke web hosting baru untuk semua blog dan website saya.
Sekejap saya kira…ada 41 database semuanya. Hampir 90% daripadanya merupakan niche wordpress blog yang aktif.
Aktif disini bermaksud ianya di kemas kini dari masa ke semasa.
Ada beberapa website yang tak menggunakan database, jadi lebih dari pada 41 website saya terpaksa pindahkan satu demi satu.
Proses pemindahan Hosting ( migration) ini mengambil masa lebih lama dari apa yang saya jangka.
Terutamanya apa bila proses pemindahan fail menggunakan program ftp memang lambat.
Hosting asal yang saya guna agak pantas jika saya buat pemindahan fail dari PC saya ke server ( upload), tetapi web hosting yang baru agak lambat.
Adakah ini ada kene mengena dengan lokasi server yang mana hosting asal saya berada di dalam negeri mana kala web hosting yang baru ni duduk di luar negara. Mungkin la agaknya kan.
Apa2 pun disaat saya tulis entry ini hampir 98% kerja-kerja pemindahan saip.
Kebanyakannya saya terpaksa membuat database satu demi satu dan kemudian import table dari database lama.
Kenapa nak pindah?
Blog Hosting lama tak bagus ke?
Bukan tak bagus, tetapi keperluan saya sudah menjangkaui dari apa yang dapat diberikan oleh web hosting lama.
Internet webhosting merupakan penyedia servis bagi hosting lama saya.
Sepanjang saya menggunakan servis mereka saya amat berpuas hati terutamanya dari segi teknikal support yang sangat pantas dan selalu dapat beri apa yang saya mahu.
Jika anda ingin mencari alternatif hosting tempatan dengan harga berpatutan, saya sarankan anda mencuba servis web atau blog hosting dari mereka.
Sedikit stats dari panel web hosting baru :

Satu-satunya yang kureng dengan hosting baru ialah had database yang mana ianya terhad untuk 100 sahaja.
Tetapi saya dah buat perbandingan dan habis fikir yang pakej hosting baru ni lebih baik daripada lain-lain penyedia web hosting.
Oh ya, saya ada buat offer hosting lama saya di sini : offer web hosting for wordpress blog
Ya! saya nak tolak webhosting lama saya.
Sapa yang nak jadi owner baru hosting tu buleh lah contact saya




