Archive for the “general motors corp” Category


Sudah lama saya tak berblog disini.Bukannya merajuk atau lupa untuk berblog tetapi saya sangat sibuk dan kurang masa berinternet.

Bila ade saja masa untuk online saya menumpu untuk kemaskini laman web saya dan satu blog yang sedang menyahut cabarang dari rakan blog saya iaitu rajablog.

Beliau membuat cabaran kepada blogger agar blog dikemaskini sekurang-kurangnya sekali sehari.Mereka yang berjaya akan diberikan sedikit ganjaran disamping mendapat berkenalan dengan rakan blog baru.Maklumat lanjut buleh singgah ke topik yang beliau buat disini : Cabaran 40hari Rajablog.

Berbalik kepada topik.Dengan masa yang singkat ini saya sebenarnya tertarik dengan isu semasa kereta nasional pertama kita,Proton.

Isu yang hangat dilidah-lidah akhbar ketika ini ialah berkenaan berbincangan bakal rakan kongsi Proton yang baru iaitu Volkswagen AG (VW).

Sebelum ini ade beberapa syarikat kereta luar negara yang menyuarakan hasrat untuk bekerja sama dengan proton,tetapi satu demi satu menarik diri.Kenapa?

Minggu ini saja timbul isu Volkswagen juga ingin beralih arah ke Russia dan India jika gagal mendapat persetujuan kerjasama dengan proton.Apa yang saya dengar Volkswagen mengenakan syarat untuk memegang saham terbesar proton bagi memeterai kerjasama Global.Orang kuat Proton pula berat hati untuk menerima syarat itu membuatkan bertangguhnya kerjasama antara mereka.

Jika Proton gagal juga dengan Volkswagen kemana arah tuju proton selepas ini?Bagaimana pula Proton menghadapi AFTA yang sekarang ini kian mendapat tekanan dari luar?Bangga dan hanya berpuashati dengan infra pemasangan yang terbesar dan canggih dirantau ini?Adakah Proton terlalu dimanjakan selama ini sehingga 20tahun bertapak di industri permotoran pun masih samar-samar dalam menentukan hala tuju 5 atau 10 atau 20 tahun lagi?Dimana kedudukan proton sekarang?

Terlalu banyak perkara yang buleh dibincangkan berkenaan isu kereta nasional negara ini.Hakikatnya kita rakyat Malaysia dah masak dengan isu Proton ini,terutamanya bila bincang isu kualiti dan politik dalaman.Sama-sama kita pikirkan.

Comments 1 Comment »