Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah tiba.
Cabaran Ringgit Hit di Wangcyber hampir ke penghujungnya.
Sebenarnya saya nak cerita tentang dua cabaran dalam topik kali ni.
Cabaran Ringgit Hit ni cabaran yang pertama.
Tak sabar rasanya menuggu keputusan.
Bagi mereka yang samar-samar,cabaran RinggitHit wangcyber ialah satu cabaran yang dibuka oleh seorang ahli forum wangcyber,RinggitHit.
RinggitHit merupakai salah seorang yang mahir dalam cari duit online menggunakan teknik Pay-Per-Click search engine marketing. RinggitHit menumpukan kempen PPC dari yahoo search marketing bagi mengutip duit adsense dari website nya.
Klik sini untuk ke topik cabarang Ringgit Hit
Dalam cabaran ini RinggitHit membuka tawaran kepada sesiapa sahaja untuk meneke berapa jumlah pendapatan adsense-nya pada bulan ini.
Mereka yang menjawap dengan tepat atau paling hampir akan menerima satu salinan ebook Formula Ringgit Hit.Ebook ini di tulis oleh RinggitHit sendiri yang menerangkan teknik dan formulanya dalam mengamalkan pemasaran enjen pencari yahoo dan juga sebagai pengiklanan google adsense.
Sebenarnya saya sendiri telah membeli ebook ini dari nya.Awal bulan Jun lagi saya sudah mentela’ah apa yang ditulis didalam ebook.Memang satu ebook yang berguna bagi mereka yang ingin menambahkan pendapatan melalui program adsense.
Dengan panduan yang diberikan anda buleh membuat laman web seperti website profesional.Bukan hanya satu tetapai berpuluh laman web anda buleh buat dalam masa yang singkat.
Jika anda kreatif anda juga buleh membuat website atau blog anda sendiri dan hanya ambil isi dan artikel sebagai bahan bacaan di blog anda.
Erm..mesti anda tanya saya dah ada ebook tetapi kenapa saya masih juga hendak turut serta dalam cabaran ini?
Jawapannya mudah,saya memang sukakan cabaran.
Dan sebenarnya Ringgit Hit juga membuka cabaran ini kepada mereka yang telah membeli ebooknya cuma habuannya sahaja berbeza iaitu pemenang akan diberi satu niche yang profitable.
Ok cukup dengan cerita cabaran ringgit hit,keputusan pemenang akan di umum kan dalam petang atau malam esok (malam ni : 01 ogos 07).
Satu lagi cabaran ialah cabaran $1000 usd dengan forex.
Jika dengan teknik cari duit dengan program pemasaran internet Pay-Per-Click memerlukan kita mengeluarkan modal yang banyak,tidak kurangnya dengan hal forex.
Jika ramai internet marketer menunjukkan prestasi income mereka,saya juga ingin menunjukkan perkara yang saya dalam cabaran ini.
Modal yang saya letak bagi cabaran ini ialah $500 us dollar.
Saya telah pun memasukkan sebagian funding saya iaitu $500 usd ke dalam akaun miniLiteforexmas saya pada pertengahan bulan ini.Maka saya letakkan akaun saya ini sebagai tempat cabaran forex $1000 usd.
Bagi mencapai sasaran $1000 usd ,saya harus meletakkan sasaran keuntungan kasar $1500 usd ($1500 untung kasar - $500 modal = $1000 untung bersih ).
Saya tidak meletakkan tarikh akhir bagi cabaran forex $1000,ini kerana bukan style saya untuk meletakkan time-frame bagi mencapai pendapatan yang disasarkan.
Walaupun begitu saya menjangkakan ianya akan dicapai dalam masa 2 bulan,ini adalah tempoh minima ianya mungkin lebih dari masa itu.
kenapa lama sangat?Ini kerana pendekatan yang saya ambil ialah lebih kepada trading jangka sederhana.Dimana saya menunggu peluang yang baik tetapi pada yang sama menggunakan margin yang rendah atau sederhana bagi mengurangkan kadar risiko.
Dengan kata lain saya hanya akan masuk pasaran jika nisbah keuntungan per risiko pasaran itu adalah tinggi.
Ini adalah pendapatan kasar bulan Julai:-

Ada yang tanya,Wahh..banyak nyer 50,000 tuu…ni akaun betul ke demo?
Seperti yang saya beritahu diatas saya munggunakan akaun sebenar jenis mini akaun.Di Liteforex,mini akaun akan menunjukkan jumlah duit dalam unit sen.
50,000 sen bersamaan $500.
Maka setakat bulan julai ini,saya sudah mengumpul $135.67 usd , ada lagi dalam $865 usd untuk diperolehi.
Persiapan sudah dilakukan , sasaran sudah dikesan , kini tinggal masa sahaja yang menentukan.