Archive for the “cari duit” Category


Pada coretan saya yang lepas berkenaan program buat duit online TNX.net saya ada menyatakan betapa mudahnya buat nak dapat duit dengan program ni.

Hari ini saya nak tunjukkan bagai mana cara hendak keluarkan duit dari akaun tnx.

Pagi ini(28 Feb 08) saya cek akaun tnx saya dan saya dapati ada lebih 13,000 tnx points di dalamnya.

Itu sudah cukup syarat untuk bolehkan sya jual tnx untuk ditukarkan kepada wang ringgit.
(syarat minima untuk keluar duit ialah 5usd - lebih kurang 6500 point lebih).

Berikut adalah beberapa langkah mudah untuk jual points tnx bagi mendapatkan duit.

Mula-mula masuk ke akaun anda. Kemudian Klik pada butang [sell tnx point] seperti yang ditanda bulat nombor 1 .
Kemudian klik pada pautan [Transfer policy] bagi melihat polisi transaksi dari tnx jika belum pernah baca.

Selepas itu tandakan kotak [I accept transfer rules] seperti ditanda bulat no 2 dan klik pada buatang [request a payout (sell to tnx)] seperti ditanda no 3.
Selling tnx points1

Masukkan alamat paypal anda diruang [paypal address] dan masukkan jumlah tnx yang hendak dijual. Jumlah maksima points yang buleh di keluarkan pada satu-satu masa ialah separuh dari jumlah points yang ada didalam akaun tnx anda.

Seterusnya klik pada butang [proceed with the payout request] .
Selling tnx points2

Akhir sekali anda hanya perlu klik butang [initiate the transfer] bagi melengkapkan proses tansaksi.
Selling tnx points3

Anda akan menerima kenyataan seperti dabawah jika permintaan transaksi anda sudah diterima dan sedang dakam proses.
Selling tnx points4

Buleh periksa akaun paypal anda beberapa jam selepas proses diatas.

Ya! semudah itu sahaja untuk anda dapatkan duit dari internet.

Saya akan kemas kini topik ini setelah mendapat wang didalam akaun paypal saya.

Jika anda belum lagi menjadi ahli TNX, anda buleh klik iklan tnx dibawah untuk pergi ke laman pendaftaran.

Sell links on every page of your site to thousands of advertisers!

Comments 1 Comment »

Saya sebenarnya sudah menyertai program TNX.net ini beberapa bulan sudah. Tetapi saya belum lagi berani mensarankan program ini kepada blogger lain kerana belum lagi mengetahui kredibiliti program berkenaan.

Tetapi setelah menerima bayaran daripada mereka baru lah saya gatal tangan untuk menghebohkan berita gembira ini kepada rakan blog yang lain.

Program ini lebih kepada pengiklanan teks pautan (link) di dalam blog atau website.
Sama seperti TextLinkAds atau lebih popular disebut TLA.
Anda tidak pelu sebarang modal untuk menyertai program berkenaan, orang putih cakap ” free of charge” .
Apa yang anda perlu ialah hanya sebuah Website atau Blog. Itu sahaja.
Jika anda cukup syarat itu maka anda buleh daftar dengan TNX supaya website / blog anda disenaraikan dalam pengkalan data (database) pengiklan mereka.

tnx

Konsepnya ialah kita menyediakan tapak (website/blog) untuk pengiklanan.
Dan TNX akan carikan pengiklan untuk diletakkan di website/blog kita.
Kita kemudian akan dibayar untuk setiap teks iklan mengikut kadar tertentu.

Apa yang menarik tentang TNX ialah sistem mata kredit (credit points) nya.
Kita buleh pindahkan mata kredit di antara ahli TNX ataupun kita buleh tukar mata kredit tadi kepada duit USD terus ke akaun paypal kita.

Ini adalah bukti yang menunjukkan TNX memang bayar :-
[img]http://www.khairulazmi.com/images/TNX/TNX-paypal-small.jpg[/img]

Pendaftaran TNX adalah mudah dan ia nya percuma :-
Anda buleh daftar melalui link ini : www.tnx.net?p=119589029
Apabila anda sudah selesai proses pendaftaran dan verifikasi melalui email, anda buleh terus login ke website TNX.
Masuk ke bahagian Webmaster, dan ambil pilihan [ Get Code ] untuk mengambil kod TNX. Kod ini perlu anda salin dan letakkan di dalam blog atau website anda.
Anda buleh letak Kod ini di mana-mana bahagian [Body] blog atau website anda.
TNX akan melakukan kerja verifikasi website dalam sehari dua sebelum website atau blog kita di sahkan dan tersenarai sebagai pengiklan didalam sistem mereka.

Selesai proses pendaftaran dan verifikasi melalui email, anda buleh terus login ke website TNX.
Lihat di bahagian Webmaster, dan ambil pilihan [ Get Code ] untuk mengambil kod TNX. Kod ini perlu anda salin dan letakkan di dalam blog atau website anda.
Anda buleh letak Kod ini di mana-mana bahagian [Body] blog / website anda.

Kemudian pilih pula pilihan [add new site] dan lengkapkan borang yang disediakan dengan butir-butir website/blog anda. TNX akan melakukan kerja verifikasi website/blog dalam sehari dua sebelum website atau blog kita di sahkan dan tersenarai sebagai pengiklan didalam sistem mereka.

Apabila selesai proses verifikasi website/blog, anda akan dapat lihat website/blog anda di bahagian [site list], di sana anda buleh lihat berapa banyak muka pada website/blog anda yang di indeks oleh TNX. Anda buleh set bilangan link untuk setiap page sehingga 4 link.
[link placed] menunjukkan bilangan link pengiklan yang telah berjaya diletakkan didalam website dan anda bakal menerima kredit point melalui peletakan link tersebut.

Yup! Semudah itu sahaja untuk kita Buat Duit dengan program TNX.
Klik pada banner dibawah untuk pergi ke laman TNX dan daftar sekarang jika anda belum menjadi ahli TNX :

TNX

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 1 Comment »

Salam sejahtera buat pembaca semua.

Lama juga saya tak kemas kini blog ni ye?

Walaupun saya tak sempat kemaskini tetapi saya selalu memantau sebarang aktiviti di blog ini termasuk menyelia komen dan masej baru di chat box.

Dalam Sebulan sahaja banyak yang berlaku dalam arena Blog tempatan.Memang arus dunia blogging ni cepat bergerak.Nak tak nak kene kemas kini selalu lh kan kalau tak hendak ketinggalan.

Nampaknya Blog Ikram-Zidane yang saya buat rebiu bulan lepas bukan sahaja tidak di kemaskini, tetapi kini sudah hilang dari dunia internet.Mesej yang diterima jika ke blog Zidane ialah “site has been suspended”. Maknanya blog tu dah tutup.Buleh jadi Ikram ada rancangan untuk muncul dengan blog lain tahun depan?

Begitu juga dengan Blog BOB yang telah dijual kepada seorang blogger di India dengan harga RM33, 200 (USD 10, 000) .

Sebenarnya ada lagi beberapa senarai blogger cum theme designer dalam senarai saya ni.Insya’Allah saya akan buat rebiu untuk mereka juga sikit masa lagi.

Berbalik pada topik hari ini Program cari duit, yang mana palsu dan yang mana tulin dan bulih dipercayai?

Kebanyakan Program cari duit diluar sana adalah berbentuk pengiklanan dan penajaan.

Syukur kerana kebanyakan program cari duit yang saya sertai dapat memberi sikit habuan tambahan sebagai duit kopi.

Antara program cari duit itu ialah Google Adsense.Program ini sudah tentu tidak perlu di kenalkan lagi.Dari apa yang saya lihat telah ramai rakan-rakan blog kita sudah mahir dengan program google adsense.Ada yang mampu meraih lebih rm300 dalam sehari hanya dengan Google Adsense.

Beberapa hari sudah saya juga turut terima pembayaran dari Google dan buat pertama kalinya saya terima pengeluaran duit google melalui Western Union di bank RHB.

Jika sebelum ini pembayaran melalui cek memakan masa sebulan lebih, dengan Western Union proses nya tidak sampai dua hari (Google mensarankan kita mengambil hari kedua dari tarik pembayaran dibuat).

Dibawah ini adalah bukti pembayaran Google yang buleh diambil melalui western union :-

khairulazmi mobile station

Kelmarin saya juga mula menerima beberapabayaran dari program cari duit yang saya sertai.Antaranya ialah program penajaan melalui penulisan blog, ReviewMe.

ReviewMe membayar kita pada akhir bulan.Maknanya setiap tugasan penajaan penulisan blog yang kita ambil akan di kumpulkan sehingga hujung bulan sebelum proses pembayaran dilakukan.Bukti pembayaran oleh ReviewMe melalui Paypal untuk bulan November:-

 

paypal earning

Jika lihat dari bukti pembayan diatas, PayPerPost juga sering membuat pembayaran tetapi (more…)

Comments 9 Comments »

Memandangkan dah larut malam ni(Jam tunjuk pukul 12:30 pagi) dan esok pulak kene bangun keje jadi straight to the point orang putih cakap,baru sebentar tadi saya telah pun menamatkan cabaran forex $1000 usd.

cabaran forex khairulazmi

Secara ringkasnya saya telah menamatkan cabaran forex $1000 usd ini dalam 29 hari mengikut dari tarikh saya mula buka posisi yang pertama pada 12 Julai 2007 dan berahkir sebentar tadi jam 11:58mlm 10 Ogos 2007.

Jumlah kasar baki wang didalam akaun forex saya ialah $1662 usd , tolak dengan deposit yang saya masukkan $500 usd menjadikan margin keuntungan bersih bersamaan $1162 usd dalam masa 29 hari.

Sedikit Analisis Forex dari apa yang saya dapat dari cabaran ini.

Pasangan matawang yang menjadi pilihan utama ialah GreatBritain Pound vs US Dollar (GBP/USD) dan GreatBritain Pound vs Japanese Yen (GBP/JPY).

Kenapa saya suka kedua-dua pasangan matawang ini? Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan matawang GBP dan selalu juga mengikuti perkembagan semasa dari negara-negara yang berkenaan.

Pendekatan Elliott wave masih lagi menjadi pilihan utama saya bagi menentukan kedudukan untuk masuk keluar pasaran disamping mengutamakan pengurusan wang yang betul semasa menggunakan margin.

Tak semua posisi yang saya letak itu mencapai sasaran ,ada yang untung dan ada juga yang rugi.Tetapi saya akan pastikan setiap kali saya tutup posisi yang rugi ia akan disusuli dengan posisi yang profit ataupun seri ,orang putih cakap break-even.

Saya sudah sediakan satu laporan lengkap kesemua aktiviti dagangan matawang saya di satu muka surat.

Buleh Klik disini untuk ke muka laporan berkenaan :- Laporan Akaun Lengkap Cabaran Forex $1000 usd.

laporan cabaran forex

Saya ucapkan terima kasin pada sapa yang beri sokongan dalam cabaran ini.Syukur kepada-Nya kerana diberikan kekuatan untuk saya tamatkan cabaran ini dengan jayanya.Harapnya pada masa depan lebih murah rezeki hendaknya.

Sebelum saya tutup laporan terakhir cabaran forex ni,saya sajikan dengan satu video pendek yang sempat saya muat naik di youtube sebentar tadi.Video ni menunjukkan platform live minilite yang saya gunakan dalam cabaran ini.Lain hari jika di izinkan saya akan ulas lagi berkenaan platform minilite dari liteforex.Sampai jumpe lagi di cabaran yang akan datang.Selamat menonton :-

Tengok video cabaran forex di youtube :-

Tengok video cabaran forex di manggatv =www.tengok-cabaran-forex-di-manggatv.com

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (1 votes, average: 5 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 13 Comments »

Ya, ini merupakan pendapatan pertama saya dari program PayPerPost.

payperpost

Terkejut juga sebab saya tak ada pula buat promosi sangat fasal Program ni tetapi dah dapat satu referral,dengan kata lain ada orang daftar akaun PayPerPost dibawah saya.

Seingat saya memang saya ada sarankan program ini didalam blog saya yang satu lagi tu.Tapi tak sangka ada juga yang terpikat :)

Sesiapa sahaja buleh mendaftar dengn Payperpost ,tetapi syarat utama ialah perlu ada blog berbahasa inggerish.
Jika anda ada blog enggerish dan buleh menulis dalam bahasa inggerish ,maka inilah satu -satu peluang yang tak harus anda ketepikan.

Apa yang anda harus buat hanya bercerita tentang sesuatu produk atau servis ataupun satu website dan jika tulisan anda tadi diterima maka anda akan dibayar mengikut tawaran yang diberikan.Semudah itu sahaja,tetapi anda seharusnya memilih tawaran yang berkaitan dengan blog anda supaya blog anda tidak lari daripada fokus utama selain ianya mencerahkan peluang untuk tulisan anda diterima.

Jadi apa tunggu lagi.Daftar PayPerPost dengna Klik pada Butang dibawah:-

___________________________________________________________________

Sedikit upadate dari Cabaran Forex $1000usd.

Sehingga semalam jumlah terkumpul pendapatan forex didalam akaun live liteforex saya ialah $1022.30 usd

 cabaran 1000 liteforex

Cabaran $1000 sudah separuh perjalanan,tinggal lagi $500 usd untuk melengkapkan cabaran forex ini.

Comments 5 Comments »