Archive for the “auto” Category


I just went walking and surfing around the net and found some interesting picture of new Proton Saga Baru. Its the latest Picture of Proton Saga Baru Executive . Deep Blue Sea color Proton Saga Baru with Sporty Bodykit. Its a new custom Proton Saga Bodykit with wider Front Bumber , Lowered Side Skirt Plus a Super Low Profile Tyres fits in on both front and rear rims.

Here is the New 2008 Proton Saga Baru Modified Body kit Picture :-

new 2008 proton saga baru

Yup! Saya dapat gambar proton saga bodykit ni dari salah satu forum, kredit pada forum poster segatera.

Nampaknya lepas ni kita akan nampak lebih banyak proton saga body kit hasil sentuhan kreatif anak tempatan :)

Memang banyak ruang yang buleh kita terokai dalam segmen kereta sedan kompak baru ni, dari segi Sales , marketing hinggalah kepada bahagian aksessori dan kosmetik.

Saya sebenarnya lebih teruja kalau proton keluarkan middle class compact sport car jenis real wheel drive. Sebab memang ada permintaan di arena permotoran terutamanya sukan lasak seperti drift , rally dan drag. Dengan teknologi Lotus tak mustahil Proton mampu mereka dan mencipta kereta sedemikian. Apa kata Proton Keluarkan prototype Hatchback saga with Rear-wheel-Drive lepas tu kita tengok lah sambutannya macam mana :)

Ok, kalau ada sapa-sapa jumpa gambar-gambar menarik dari Proton Saga baru ni buleh la tinggalkan di ruang komen untuk di kongsi bersama. Terima kasih.

Comments 11 Comments »

Proton Sedan Gen2.

Sehari dua ini saya lihat banyak dah gambar kereta proton gen2 sedan tersebar samada di blog ataupun forum.Maka saya pun taknak ketinggalan mengulas tajuk yang sedang “hot” ini.

Semua orang tahu yang Proton sekarang ni sedang menghadapi krisis dalaman berkenaan “partnership” dengan kompeni automotif luar.Adakah mereka betul-betul terdesak ketika ini?Tak usah bimbang,bukan ke “Orang Besar” kita sudah bilang yang Proton ini tak akan “bungkus”.Ye la ~ itu kan produk juga aset negara mestilah orang utama negara pun kene “backup”.

Ok lah cakap banyak tak mau,ni diantara gambar-gambar proton gen2 sedan baru yang dapat saya “kutip” di internet :-

 

Ni pula diantara kebarangkalian spesifikasi proton sedan gen2 :-

Versi Budget :

  • 1.6MT SOLID - RM45,350.00
  • 1.6MT METALLIC - RM45,800.00
  • 1.6AT SOLID - RM48,350.00
  • 1.6AT METALLIC - RM48,800.00

Versi Pertengahan :

  • 1.6MT METALLIC - RM49,800.00
  • 1.6AT METALLIC - RM52,800.00

Versi Premium :

  • 1.6AT METALLIC - RM55,800.00

Berikut pula ialah sebahagian perubahan dan perbandingan model GEN.2 sedan dengan GEN.2 versi lama:-

1) Makanisma buka tutup pintu telah di naik taraf

2) Bekas takungan minyak hitam telah di perkukuhkah supaya tidak mudah retak

3) Power Windows atau pembuka tingkap automatik juga telah dinaik taraf

4) Pemegang atau pengukuh badan hadapan telah ditambah satu lapisan getah (gasket) supaya pegangan lebih fleksibel dan kurang geseran.

5)Bekas tempat letak barang dibahagian tengah tempat duduk depan sudah ada.

6) Ruang belakang dah ditinggikan dalam 4 cm.

7) Lokasi actuator telah diubah bagi menghilangkan bau semacam dari luar.

8)Boot belkang dah ada kunci.

Ni antara komen saya di salah satu forum tempatan :-

aku pun ada komen pasal proton dari topik2 lepas…

part engineering tu mmg tak nafikan kita ada kemampuan..ya kita banyak belajar sejak proton buat kejesama dengan lotus..
tapi kan tak semua hasil engineering terbaik anak malaysia tu direlisasikan di atas jalan..teruatamanya dari segi kejuruteraan rekabentuk..aku pun dah penah pegi visit R&D lab kat puchong..memang fasiliti untuk develope keta cukup..tapi disebabkan nak cutcost itu ini..biasanya hasil yang baik pada mulanya dikurangkan sikit demi sikit..
semuanya dari “pihak atas”..”lampu ni tak buleh besar sangat,canggih sangat ,bagi dia kecik sikit”..cermin tu luas sgt ..bagi dia kecik sikit..”part ni tukar jadi plastik,tak mau guna kulit..mahal” mcam2 lagi lah..sampai akhirnya rekabentuk asal yang baik tu dah berkurangan..sebab dek nak ngikut kehendak strategi marketing pihak atas..

yup!memang proton banyak amik part dari local,tapi semenjak part proton buat sendiri kat sini lah macam2 komplen pasal kualiti timbul..sebabnya QC dari local supplier ni masih banyak kepincangan..kan ke dapat “makan banyak” kalau dapat kontrak dengan proton,buat la sikit R&D tuk tingkatkan kualiti barang dan QC.

satu lagi part ialah nilai harga kerata itu sendiri..kalau dulu proton ambil part dari luar mmg ya patut mahal..tapi semenjak amik part dari dalam sepatunya kos pun dah kurang..tapi tengok harga sampai sekarang masih sama…sampai bila nak makan duit rakyat je?bukan ke elok bagi balik kat rakyat sendiri dengan meletakkan harga setimpal dengan cost/profit ratio yang munasabah..ini tidak..jual di malaysia mahal..tapi bawak keluar jual murah..sakit susah rakyat sendiri sepatutnya diutamakan..bukannya dibebankan dengan “hutang”..

Proton Gen2 Sedan Versi Baru.

Secara umunya saya suka rekebentuk exterior gen2 baru ni.Tapi kualiti bahan terutamanya interrior (dalaman) tu kene tengok la juga , kalau masih ditakuk lama ermm..susah la nak cakap kan.Paham-paham je la..

Sapa ada pandangan tentang sedan baru ni buleh la tinggal di ruang komen.

Comments 12 Comments »

Sudah lama saya tak berblog disini.Bukannya merajuk atau lupa untuk berblog tetapi saya sangat sibuk dan kurang masa berinternet.

Bila ade saja masa untuk online saya menumpu untuk kemaskini laman web saya dan satu blog yang sedang menyahut cabarang dari rakan blog saya iaitu rajablog.

Beliau membuat cabaran kepada blogger agar blog dikemaskini sekurang-kurangnya sekali sehari.Mereka yang berjaya akan diberikan sedikit ganjaran disamping mendapat berkenalan dengan rakan blog baru.Maklumat lanjut buleh singgah ke topik yang beliau buat disini : Cabaran 40hari Rajablog.

Berbalik kepada topik.Dengan masa yang singkat ini saya sebenarnya tertarik dengan isu semasa kereta nasional pertama kita,Proton.

Isu yang hangat dilidah-lidah akhbar ketika ini ialah berkenaan berbincangan bakal rakan kongsi Proton yang baru iaitu Volkswagen AG (VW).

Sebelum ini ade beberapa syarikat kereta luar negara yang menyuarakan hasrat untuk bekerja sama dengan proton,tetapi satu demi satu menarik diri.Kenapa?

Minggu ini saja timbul isu Volkswagen juga ingin beralih arah ke Russia dan India jika gagal mendapat persetujuan kerjasama dengan proton.Apa yang saya dengar Volkswagen mengenakan syarat untuk memegang saham terbesar proton bagi memeterai kerjasama Global.Orang kuat Proton pula berat hati untuk menerima syarat itu membuatkan bertangguhnya kerjasama antara mereka.

Jika Proton gagal juga dengan Volkswagen kemana arah tuju proton selepas ini?Bagaimana pula Proton menghadapi AFTA yang sekarang ini kian mendapat tekanan dari luar?Bangga dan hanya berpuashati dengan infra pemasangan yang terbesar dan canggih dirantau ini?Adakah Proton terlalu dimanjakan selama ini sehingga 20tahun bertapak di industri permotoran pun masih samar-samar dalam menentukan hala tuju 5 atau 10 atau 20 tahun lagi?Dimana kedudukan proton sekarang?

Terlalu banyak perkara yang buleh dibincangkan berkenaan isu kereta nasional negara ini.Hakikatnya kita rakyat Malaysia dah masak dengan isu Proton ini,terutamanya bila bincang isu kualiti dan politik dalaman.Sama-sama kita pikirkan.

Comments 1 Comment »