Archive for the “300%” Category


Swisscash,satu nama yang tidak perlu diperkenalkan lagi.Disini Malaysia,swisscash telah pun mendapat sambutan sejak dari tahun 2005 lagi.

Program ‘peram labu’ ini dikata kan satu peluang pelaburan yang baik dengan pulangan setinggi 300% dalam masa 15bulan.Saya sendiri pernah ditawarkan beberapa kali oleh kawan-kawan.Tetapi awal-awal lagi saya tolak sebab saya sememangnya tidak percaya kepada program luar yang tidak tentu kredibilitinya.

Saya telahpun beberapa kali memberi amaran kepada mereka supaya jangan terlalu taksub dengan program pelaburan sebegini.Seperti di forum putera.com ini : Swiscash semakin diragui  , saya memberitahu sebab-sebab mengapa perlu menjauhi program sebegini.Hakikatnya ramai yang kabur mata dengan pulangan yang diperolehi Upline terdahulu.Ramai yang sanggup menanggung risiko demi mendapat habuan seperti yang dijanjikan.Malah mereka berbangga kerana mereka tahu yang selama ini swisscash tidak pernah terlepas bayar kepada semua pelabur-pelaburnya.

Beberapa hari sudah saya terbaca perkembangan terbaru dari program swisscash ini,ada yang merugut yang program ini telah pun menunjukkan beberapa tanda yang kurang baik.Mereka mengadu yang mereka tidak dapat untung bulanan seperti yang dijanjikan.Malah terpaksa menunggu gara-gara swisscash kononnya ingin mengubah plan pelan pelaburan mereka.
Nah!Baru sekarang mereka ini termangu dan kalut.Walaupun kebanyakan mereka yang terdahulu sekurang-kurangnya telah mendapat modal kembali,tetapi kesihan mereka yang masih berhingus dalam pelaburan tersebut.Apa yang saya dengar mereka ini bukan nya melabur sedikit malah puluhan sehingga ratusan ribu ringgit.

Salah satu tempat perbincangan program ini ialah di nogold :- swisscash bermasalah? .

Atau pun buleh Google dengan kata kunci ’swisscash scam’ ,tentu anda akan mendapat maklumat yang lebih banyak dari pelbagai sumber dalam mahupun luar negara.

Saya bukan sengaja hendak memburuk-burukkan semua program pelaburan luar,tetapi berpada-padalah dalam memilih pelaburan yang terjamin untuk kesejahteraan diri,keluarga dan negara.Fuh!patriotik sungguh!

Sama-samalah kita memusabahah diri agar hidup lebih tenang dan sejahtera.

Comments 24 Comments »