Author Archive

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat pembaca KhairulAzmi.com,

Kecil-kecil cili padi. Satu perumpamaan yang secocok bila bercerita tentang pencapaian anak muda dari Team Flarebiz. Hari ini mereka telah pun melancarkan produk terbaru mereka yang bertajuk “Pakej Lengkap Rahsia 10K” yang ditulis oleh mereka sendiri. Jika anda tidak kenal mereka lagi, mereka merupakan usahawan muda belasan tahun tetapi sudah buleh berdiri sendiri menjalankan perniagaan internet. Apa yang bakal anda pelajari dari produk terbaru mereka ialah bagaimana untuk menjana pendapatan RM10,000 ringgit sebulan melalui teknik perniagaan dan pemasaran dalam talian atau internet.

pendapatan internet

Ianya merupakan Blueprint untuk mendapatkan RM10K. Ini merupakan blueprint sebenar yang digunakan oleh Adly Mukhtar atau lebih dikenali sebagai Labanon Flarebiz untuk mendapatkan RM10K sebulan dalam bulan Januari 2008 walaupun pada ketika itu Adly sedang menunggu keputusan SPM keluar.

Pakej Rahsia 10K ini ditulis berdasarkan pengalaman mereka sendiri dan antara pakej yang paling lengkap kerana ia merangkumi semua aspek yang diperlukan dari e-book, video dan mp3 interview khas untuk Rahsia 10K ini.

Pakej Lengkap Rahsia 10K ini mengandungi:

- Ebook Rahsia 10k - Case Study (Bernilai RM97)
- Ebook Rahsia 10k - Praktikal (Bernilai RM67)
- Ebook Rahsia 10k - Plan 60 Hari (Bernilai RM37)
- Teleseminar Bersama Zamri Nanyan (Bernilai RM87)
- Interview Bersama 4 Orang Internet Marketer (Bernilai RM397)
- Video Tutorial Membuat Ebook (Bernilai RM47)
- Senarai Semak (Bernilai RM17)
- Forum Sokongan Eksklusif (Tidak Ternilai!)

Saya sendiri telah melihat BluePrint tersebut dan saya sangat teruja dengan ketelitian modul lengkap yang tersusun mengikut plan yang sememangnya sudah diatur begitu rapi.

Saya yakin ianya adalah satu bentuk panduan perniagaan internet paling lengkap pernah saya baca dalam Bahasa Malaysia.

Saya teruja, anda juga pasti akan teruja. Percayalah!

Harga yang diletakkan oleh mereka iaitu RM47 juga agak rendah buat masa ini dan rasanya mereka perlu meletakkan harga lebih tinggi lagi kerana pakej Rahsia 10K ini sangat lengkap untuk anda semua. Tahniah untuk Flarebiz kerana telah membuatkan perniagaan internet ini semakin mudah untuk semua orang!

Dapatkan segera sebelum harga Pakej Lengkap Rahsia 10K ini naik dua atau tiga kali ganda selepas ini! Dapatkan segera di sini [rahsia10k] sekarang juga!

buat duit online

Ikhlas,
Khairulazmi.com

Comments 1 Comment »

Semalam ramai webmaster terutamanya blogger sibuk memeriksa Google Page Rank(PR) website dan Blog mereka.

Ini kerana Google telah pun update Page Rank pada kebanyakan website dan Blog.

Google Page Rank ataupun lebih dikenali sebagai Google PR ialah satu ukuran kekuatan sesebuah website.
Ia juga menjadi kayu ukur bagi menilai sesebuah website. Google PR di ukur dari nilai PR0(PR kosong) ke PR10 (sepuluh)
PR0 ialah paling rendah dan PR10 nilai paling tinggi. Ramai webmaster menggunakan kesempatan nilai tinggi PR web mereka untuk buat duit online. Ada pelbagai cara untuk buat duit dengan Google PR, antaranya yang popular ialah pengiklanan samada dari jenis text link, atau banner mahupun blog review. Ada juga yang mengambil kesempatan menjual website ber-PR tinggi dengan harga yang tinggi. Ini kerana lagi tinggi PR sesebuah website lagi tinggi nilai website tersebut.

Jadi berapa nilai Page Rank untuk Khairulazmi.com? Aha ianya masih lagi PR2 :D
Sudah setahun KhairulAzmi bertakhta dengan PR2, tidak naik dan tidak turun.
Lagi pun kami tiada buat sebarang bentuk promosi mahupun off-page optimization sejak dua bulan sudah kerana sibuk dengan Adam.

Walaubagaimana pun ada beberapa website dan blog di rangkaian kami yang ada menampakkan kenaikan PR, antaranya ialah web Direktori Bisnes dan Wordpress Directory yang mana mendapat PR4 dan PR3 masing-masing. PR2 ada 5 website dan ada lagi beberapa blog dan website yang mendapat PR1. Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan pencapaian Ranking Google pada kali ini.

*Update pada 02/05/2008 - Kelihatan Google masih belum habis kemaskini PR meraka, sebab pada 2hb may 08 ( sehari selepas topik ini di siarkan) saya mendapati Google PR khairulazmi.com telah berubah dari PR2 kepada PR3.

Suka betul Adam bila dapat tahu yang blog dia dapat PR baru :-
adam

Oh ya! tentu anda tertanya-tanya, betul ke Nuffnangberi duit RM266? Sebenarnya duit RM266 tu ialah nilai cash out yang saya buat sebentar tadi.
cek nuffnang
Setakat ini, itulah nilai cash out yang terbesar saya dapat dari Network Advertising tempatan.

Sebelum ini saya mendapat wang RM49(selepas tolak fees) berupa cek dari Nuffnang hasil cash-out yang saya buat pada bulan Mac.
cek nuffnang

Ini menunjukkan Nuffnang memang serius dalam bisnes mereka dan saya yakin Nuffnang akan terus berkembang jika mereka dapat mengekekalkan kredibiliti serta ketelusan dalam menjadi orang tengah antara pengiklan dan blogger.

Kini saya tidak teragak-agak untuk turut mempromosikan Nuffnang kepada rakan Blogger yang lain.

Terima Kasih Nuffnang :)

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (2 votes, average: 2.5 out of 5)

Loading ... Loading …

Comments 9 Comments »

Pagi Semua,
Baru sebentar tadi saya buka email dan terlihat satu berita gembira buat usahawan dan penggiat cari duit internet di Malaysia. Ianya merupakan email balas dari ClickBank.

Setelah bertahun rakyat Malaysia ‘dibuang’ [ban] dari senarai kemasukan program ClickBank, kini mereka merima semula. Syukur kepada tuhan kerana ini sudah semestinya satu peluang yang ditunggu-tunggu oleh kebanyakan penggiat cari duit online terutamanya mereka yang aktif dalam affiliate marketing.

Gambar dibawah menunjukkan email yang saya terima berkenaan pendaftaran ClickBank untuk Malaysian :
clickbank

Bagi mereka yang masih baru dengan program ini, ClickBank ialah satu program affiliate network yang popular yang menawarkan peluang kepada Publisher untuk memasarkan produk mereka, dan agen affiliates mendapat komisyen yang lumayan.

Selepas ini tentu lebih ramai usahawan internet yang terjun bidang bersempena peluang keemasan pembukaan semua CPA network terbesar ini kepada rakyat Malaysia.

Saya sendiri juga akan mula merangka pelan niche market dan pemasaran tertumpu khas untuk affliate ClickBank.

Sapa yang belum register CLickbank buleh lah register sekarang disini :-

Register ClickBank

Selamat Maju Jaya.

Comments 9 Comments »

Buat duit di internet dengan JomSeminar.com!


jomseminar

Pagi ini macam biasa saya belek-belek beberapa website dan blog kegemaran saya, ada satu tajuk yang betul-betul menarik minat saya.

Syed Ikhwan, seorang Usahawan Internet yang berjaya dan popular telah pun melancarkan kempen terbaru beliau dengan beberapa nama besar dalam arena Perniagaan dan Pemasaran Internet tempatan.

Kempen yang diberi nama JomSeminar - Multiple Streams of Online Income, ini merupakan seminar satu hari di Hotel Armada Petaling Jaya manampilkan 5 nama besar seperti Syek Ikhwan (Pakar dalam Program Pengiklanan Google Adsense dan Pemasaran Internet ), Gobala Krishnan ( pakar dalam Pemasaran Internet menggunakan Wordpress Blog dan Program Affiliate ), Fuad Latif ( Pakar dalam Pemasaran Internet, merupakan penulis buku 15 cara efektif Internet Marketing) , Yusri (seorang pakar dalam Pengaturcaraan Komputer dan Program Affiliates serta Program Cost Per Action ) , dan akhir sekali ialah En. Alang (Seorang Usahawan Internet yang sudah berkali-kali menjadi topik utama di dada akhbar tempatan ). 5 nama besar ini akan berkongsi teknik rahsia dan pegalaman mereka sebagai seorang Usahawan Internet yang berjaya.
Objektif mereka jelas iaitu memberikan satu panduan serta pelan tindakan bagaimana menjalankan Pemasaran dan Perniagaan Internet yang betul dan berkesan kepada bakal Usahawan Internet tempatan.
Memperkasakan pendapatan pelbagai sumber kepada semua peserta seminar disamping memberi mentoring dan bimbingan berkala sehingga peserta mampu berdiri sendiri dalam apa jua topik yang di ajar didalam seminar.


jomseminar speaker

Seminar Perniagaan Internet JomSeminar yang pertama kali seumpamanya ini bakal diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari Sabtu bersamaan 10 Mei 2008 bertempat di Hotel Armada Petaling Jaya Selangor.

Yuran untuk seminar ini hanya Rm 479 untuk seorang dan bagi mereka yang daftar awal, yuran istimewa Rm 397 diberikan bagi 30 pendaftaran pertama.

Saya sangat menggalakkan pada mereka yang ingin menceburkan diri dalam Perniagaan Internet agar tidak melepaskan peluang keemasan ini.

Walaupun saya hanya mengenali beberapa nama besar ini dari jauh tetapi nama serta brand yang ada pada speaker seminar ini sememangnya tidak perlu dipersoalkan lagi. Mereka sememangnya pakar dalam bidang masing-masing dan saya pasti peserta bukan sahaja dapat menfaatkan wang dan masa untuk seminar ini bahkan dapat membina empayar sendiri pada satu hari nanti.

Selamat Berjaya saya ucapkan pada bakal Usahawan Internet.


*Klik sini untuk lawat laman JomSeminar*

Comments No Comments »

Sudah 3 hari saya bertungkus lumus memindahkan lebih daripada 30 website/blog ke hosting baru.
Apa yang buat saya letih ialah saya buat perpindahan secara manual.
Satu demi satu fail dan database saya pindahkan daripada hosting lama ke hosting yang baru.

Sebenarnya saya memang merancang untuk berhijrah ke web hosting baru untuk semua blog dan website saya.
Sekejap saya kira…ada 41 database semuanya. Hampir 90% daripadanya merupakan niche wordpress blog yang aktif.
Aktif disini bermaksud ianya di kemas kini dari masa ke semasa.

web hosting lama

Ada beberapa website yang tak menggunakan database, jadi lebih dari pada 41 website saya terpaksa pindahkan satu demi satu.
Proses pemindahan Hosting ( migration) ini mengambil masa lebih lama dari apa yang saya jangka.
Terutamanya apa bila proses pemindahan fail menggunakan program ftp memang lambat.
Hosting asal yang saya guna agak pantas jika saya buat pemindahan fail dari PC saya ke server ( upload), tetapi web hosting yang baru agak lambat.
Adakah ini ada kene mengena dengan lokasi server yang mana hosting asal saya berada di dalam negeri mana kala web hosting yang baru ni duduk di luar negara. Mungkin la agaknya kan.

Apa2 pun disaat saya tulis entry ini hampir 98% kerja-kerja pemindahan saip.
Kebanyakannya saya terpaksa membuat database satu demi satu dan kemudian import table dari database lama.

Kenapa nak pindah?
Blog Hosting lama tak bagus ke?
Bukan tak bagus, tetapi keperluan saya sudah menjangkaui dari apa yang dapat diberikan oleh web hosting lama.
Internet webhosting merupakan penyedia servis bagi hosting lama saya.
Sepanjang saya menggunakan servis mereka saya amat berpuas hati terutamanya dari segi teknikal support yang sangat pantas dan selalu dapat beri apa yang saya mahu.
Jika anda ingin mencari alternatif hosting tempatan dengan harga berpatutan, saya sarankan anda mencuba servis web atau blog hosting dari mereka.

Sedikit stats dari panel web hosting baru :
best hosting

Satu-satunya yang kureng dengan hosting baru ialah had database yang mana ianya terhad untuk 100 sahaja.
Tetapi saya dah buat perbandingan dan habis fikir yang pakej hosting baru ni lebih baik daripada lain-lain penyedia web hosting.

Oh ya, saya ada buat offer hosting lama saya di sini : offer web hosting for wordpress blog
Ya! saya nak tolak webhosting lama saya.
Sapa yang nak jadi owner baru hosting tu buleh lah contact saya :)

Comments 1 Comment »