Semalam saya ade beberapa idea untuk menulis blog tetapi saya tidak sempat melontarkannya disini disebabkan kekurangngan masa untuk online.

Pada masa ini saya hanya online sekali sekala di pejabat,’rehat time’ tu pun kalau sempat.Cyber cafe satu lagi tempat,ini pada sebelah malam.Biasanya malam susah sikit nak keluar maklumlah dah jadi laki orang,kalau nak keluar kene bawak orang rumah sekali kalau tidak alamat tido sorang-sorang lar huhu.

Sebenarnya dirumah saya masih belum ada akses internet.Paham-paham la kan,blogger ni mana buleh tahan kalau takde internet.Macam ade benda tak lengkap betul tak?

Ni saya nak tanya,ade tak sesiapa yg tahu penggunaan 3G internet untuk desktop PC?

Setahu saya Maxis ade mengeluakan kad 3G PCMCIA untuk penggunanya,dan saya sendiri pernah memasang satu 3G kad pada pelanggan saya.Kalau ikut spek max speed dia 384kbps.Laju juga tu untuk rangkayan tanpa wayar.Setup dia mudah sahaja,saya kira tak sampai 5minit dah buleh online.

Pada hari tu saya lihat ada promo rm99 untuk perkhidmatan 3G tu.Tapi kurang pasti dengan pakej yang ditawarkan.kalau ade sesiapa yg tahu buleh la bagi tahu ye :) .Lelagi kalau ade 3G kad untuk desktop.Kalau buleh ada USB2.0 punya interface ke buleh guna di laptop dan desktop lagi bagus.

Baik,berbalik pada topik.

Semalam saya melihat-lihat blogger direktori wangcyber yang baru dan tertarik dengan satu topik di blog sabahan.Sabahan - ‘4Mpbs streamyx to come? ‘.Pada topic itu ade perkabaran yang Telekom Malaysia (TM) akan menaik taraf streamyx kepada 4Mbps.

Laju tu,mereka sedang bekerja sama dengan syarikat dari Amerika untuk projek ni.

Pada pendapat saya,kelajuan 4Mbps memang tidak mustahil tetapi hanya di kawasan tertentu sahaja.Ini kerana,setahu saya lah cabel telefon kebanyakanperumahan sekarang ni masih berteraskan wayar ‘copper’ yang mana had maksima nya hanya 2Mpbs.Saya tahu kerana sebelum ini saya pernah ada terlibat secara langsung dalam perkhidmatan leasedline.

4Mbps dan keatas selalunya memerlukan fiber optik sebagai medium.Penggunaan coaxial juga buleh membawa 4Mbps tetapi signal akan menurun jika jarak antara dia terminal semakin jauh.

Kesimpulannya,hanya kawasan perumahan yang mempunyai infra fiber optik sahaja yang buleh melanggan pakej 4Mbps ni.Kalau Cyberjaya & Putrajaya rasenye tak ada masalah sebab ianya sudah mempunyai infra ini,tetapi kawasan lain kene rujuk pada TM dahulu.




12 Responses to “Pakej baru Streamyx dengan kelajuan 2x ganda?”
  1. Bat says:

    saya kat Kl guna maxis 3G, speed atas kertas 786kbs, tapi tak stabil, lagi satu yang tak bestnya, kadang2 dia akan disconnect kita tiba2..bandwidth limit dia bagi 3Gb sahaja sebulan..saya sebab terpaksa, tu yang guna jugak..

  2. onlinebisnes says:

    wah 786kbps tu kira laju dah..
    tapi 3Gb bandwidth tu pulak macam tak best.Ni pakej brape?RM99 sebulan ke?

  3. irwan.dahnil says:

    Saya rasa untuk tujuan blogging x payah guna 3G. Selain dari service yg masih belum sepadan yang dengan jumlah bayaran, tidak berbaloi utk tujuan blogging shj.

    Macam mana tuliskan dulu kat notepad cacatan blog saudara, then paste je nanti kat blog? Time tiada internet menulis, jadi meminimumkan masa mengadap pc untuk menulis blog

  4. onlinebisnes says:

    Terima kasih Irwan kerana sudi beri komen.
    Setuju dengan cara menulis perkara penting di notepad dahulu kemudian baru tulis di blog.
    Saya biasa juga guna kaedah ini.Biasanya jika tiada pen,saya akan catatkan idea/perkara penting di Handphone saya dahulu sebelum saya tulis dan kembangkannya di blog.

    Berkenaan kegunaan 3G,ianya memang masih mahal.Saya pada mulanya pakej rm99 sebulan tu pakej ‘unlimited’,maknanya tiada had penggunaan.Jika ini yang ditawarkan,saya rasa ianya buleh diakira munasabah.Tetapi jika masih ada limit bandwidth,maka saya rasa bila terpaksa sahaja baru sesuai untuk memohon.
    macam mana pun saya bukan menggunakan internet hanya untuk blogging,tetapi ade perkara lain yang memerlukan saya akses internet tidak kira tempat.Itu yang pada mulanya membuatkan saya terfikir untuk melanggan 3G.

    TM/Celcom takde cadang-cadang nak mempergiatkan arena 3G ke?Nampak Maxis je yang lebih promo.

  5. FayZ says:

    hehe..thanks for linking my blog to yours..terperasan kat wordpress dashboard..anyway..3G maxis broadband currently retails at RM99, utk speed 784kbps..pastu ada limit bandwidth..so tak tau camna diaorang survive sebab coverage dan harga jauh lebih tak berbaloi berbanding dengan tmnet streamyx.

    3G connect Maxis card (PCMCIA card), kena bayar upfront RM1,249 pastu ada jugak bayar bulan2..

    3G/GPRS/EDGE - guna handphone as a modem..RM120 unlimited access..but only can be used in area yang ada benda2 tu.. tapi i dont know service dia macam mana & ada bandwidht limit tak ..salesman diaorang lembab2 belaka..tanya benda2 teknikal memang tak dapat jawab..

  6. onlinebisnes says:

    Welcome..
    wah!upfront je EM1249?pastu bulan2 kene bayar saya modem tu skali ke?

    yang 3G/GPRS/EDGE rm120 unlimited tu tak sama jenis denngan Maxis punya coverage ke?Bukan ke kalau dah 3G kita buleh dapat kat mana2 tempat?

    Anyway baca kat paper hari ni ade satu lagi tech wireless broadband nak dibawak masuk,dah dapat kelulusan gomen.Di katakan 20x ganda lagi laju dari wired broadband sekarang..WiMAX kalau tak silap namanye..TM pun dah labur banyak dalam nak implement bendealah ni.

  7. cikgu azleen says:

    kalau tak silap saya DIGI pun ada EDGE gunakan hp sebagai modem.. tak ingat berapa ringgiy..

    Tapi cerita tentang streamyx ni buatkan saya nak cerita pasal streamyx saya.. hehehe..

    saya ni guna streamyx RM44 - untuk 60 jam.. selama-lama ni tak ada masalah .. kecuali bila time cuti sekolah, kenalah extra skiti dalam RM10 jer..

    tapi bulan ni (mac) saya start full-time blogging, masyaallah.. bil yang sampai? cuba teka?

    RM44 untuk 60 jam pertama, dan RM47 untuk excess usage.. muaahahaha.. dah boleh dapat RM88 untuk 1mbps punye services..

    P.S.: Anyway, saya dah upgrade ke RM66 untuk unlimited..

  8. onlinebisnes says:

    Hi cikgu azleen,
    Terima kasih sebab singgah dan bagi komen di blog saya ni.
    Anyway,EDGE tu cam pupolar kejap je,lepas 3G keluar terus tenggelam.Rasenya saya tak pernah lagi dengar member-member ade pakai EDGE nih.Brape speed dia ye kalau kita guna HP yg menggunakan EDGE sebagai modem?

    Fasal streamyx,
    memang seharusnya fulltime blogger mempunyai unlimited akses,supaya ade masa untuk berkomuniti antara blogger lain.
    tapi bagai mana jikalau tragedi ‘tak buleh online’ seperti terputusnya cabel dasar laut di taiwan hari tu?apa yg fulltime buat jika tidak dapat online?

  9. maxz says:

    RM1,249?? aku baru cadang nk masukkan maxis wireless broadband..aku tgk website maxis : http://www.maxis.com.my/personal/hsdpa/wireless_packages.asp

    one-time charge:
    activation: rm100
    installation: rm88
    Deposit: rm100 (waived)
    registration: rm50 (waived)

    n tiap2 bln utk premium package 768kbps:
    access: rm 80
    modem rental: rm18
    total: rm98

    tp xtau pulak ade bandwidth limit…x dinyatakan!!!!

    n satu lg..aku pernh pakai hp 3G sbgai connection utk online pakai laktop…laju gak…tp x tua le bayaran dia mcm mana…sbb baru pakai last week…lg2 ari tu ae terbaca org complain online pakai 3G mahal sgt….

  10. onlinebisnes says:

    kesimpulannya,pakai 3G jika betul2 terdesak atau mampu sahaja.
    Selagi buleh guna streamyx,pakai lah sampai lebam.
    kecuali lebih bayak operator support 3G yang menyebabkan iaya lebih murah dan meluas.

  11. solidmind says:

    kan ke celcom ader buat pakage 99 ringgit untuk unlimited usage…

  12. onlinebisnes says:

    solidmind,
    ape full pakej spek & requarement tuk dptkan servis tu?

Leave a Reply