Ingat lagi topik Keluar duit Paypal ke Kad Debit Visa Public Bank?
Boleh lihat topik berkenaan disini jika anda terlupa : http://www.khairulazmi.com/2008/08/31/misi-keluar-500usd-duit-paypal-ke-public-bank-visa-debit-card/
Akhir tahun lepas pihak Paypal telah membuat satu lagi langkah baru yang memudahkan penggiat cari duit online, Internet Marketer, juga ahli perniagaan online di Malaysia apabila memperkenalkan pengeluaran duit Paypal ke dalam Bank Tempatan.
Kelmarin saya baru berkesempatan mengeluarkan sebahagian duit Paypal kedalam akaun bank tempatan saya.
Caranya agak mudah,
anda boleh login ke Paypal, kemudian ambil Profile, dan Add/Edit Bank.
Setelah semua maklumat Bank tempatan dimasukkan, anda sudah boleh membuat pengeluaran (withdrawal).
Klik saja butang withdraw, dan pilih Bank tempatan yang kita masukkan tadi.
Masukkan jumlah wang (dalam nilai USD), kemudian hantar.
Jika semuanya lengkap, anda akan dapat lihat halaman ringkasan berkenaan transaksi(withdrawal) yang baru anda buat tadi seperti dibawah.
Seperti gambar diatas, saya memulakan proses pengeluaran pada 8 Mac 2010, dan pada hari ini iaitu 11 Mac 2010 wang berkenaan telah pun masuk kedalam akaun bank (Maybank) saya.
Sebagai semakan boleh lihat jumlah pengeluaran di Paypal dan Maybank, pastikan ia punya sama nilai dalam RM (Ringgit Malaysia).
Nampaknya cara ini lebih cepat daripada pengeluaran melalui Visa. Lepas ni boleh la pulun withdraw wang Paypal ke Bank tempatan. Tak perlu susah payah nak cari buyer memandangkan 3 hari adalah satu tempoh yang baik yang kadang-kadang dalam masa yang sama belum tentu kita dapat cari buyer seperti yang kita nak.
Itu je buat masa ni, jumpe lagi







memang senang bila tranfer ke saving/current account bank malaysia nih…sebab cepat dan kurangkan kos
Hmm…thanx for the information.
Ari 2 sy ade gak terbaca kat paper nst artikel psl paypal ni.
Ditulis oleh Gobala Krishnan.
x silap sy dalam artikel 2 dier kate, kalu withdraw bawah RM400 ade dikenakan caj sampingan.
Betul ke?
ya,
saya ada dengar juga kalau kita keluar duit dibawah satu nilai tu, tapi tak pasti brapa, kita akan dikenekan cas perkidmatan.
jadi, sebelum anda buat withdrawal tu pastikan nilainya besar, seelok2nya kumpul 200usd dahulu.
wah! paypal sudah maju, pasni makin ramai la orang guna paypal