Pelancaran MPV Perodua akan berlangsung beberapa hari lagi (November 2009) namun gambar-gambar Perodua MPV ini sudah pun “bocor” diinternet beberapa bulan sudah. Perodua juga telah mempamirkan ruang dalaman MPV baru mereka beberapa bulan lepas.
MPV Perodua dikatakan klon kepada Toyota Passo Sette ataupun Daihatsu Boon Luminas, tetapi telah diberi sentuhan anak tempatan bagi menepati ciri dan keperluan rakyat Malaysia.
Harga MPV Perodua pula dikatakan berada dalam RM66 ribu ringgit kebawah, lebih rendah daripada pesaingnya iaitu MPV Proton Exora. Saiz fizikalnya dan kapasiti enjin juga dikatakan lebih kecil berbanding Proton Exora iaitu 1.5liter sahaja.
Variasi Warna dan Kelas Harga MPV Perodua masih belum diketahui, sama-sama kita tunggu November ini.
Mari kita lihat beberapa gambar MPV Perodua 2009 yang telah pun beredar diforum dan blog automotif dibawah.
Gambar perbandingan MPV Perodua dengan MPV Toyota Passo Sette:

Gambar Sisi MPV Perodua:

Gambar bahagian depan MPV Perodua 2009:

Gambar Bahagian Belakang MPV Perodua:

Gambar Ruang Dalaman/Interrior (hadapan) MPV Perodua:

Gambar Steering MPV Perodua 2009:

Gambar Center-Console MPV Perodua:

Gambaran ruang dalaman Interrior MPV Perodua:

Gambar Enjin 1.5Liter MPV Perodua:

Macam mana? Puas hati dengan gambar-gambar diatas? Kalau masih belum puas hati sama-sama kita tunggu hari pelancaran nanti.



jangan malu p2 kau memang hebat.model kau keluar semua pasti boom,macam goreng pisang panas.x pa ikut umw. quality dan texnology yg cemerlang.dunia mengakuinya…anak bini aku sekeluarga guna p2……….barang baik beb.
cantik..tapi mahal…. apa-apa boleh lelong..baru dpt duit
Lu tengok banding ma.. boleh caya ka, gear dia mana satu betol!
ingatkan 1.6 cc ke atas rupa2nya 1,5 cc jer…………hampeh
salam, thnks lawat aku punyer web suhailinc. ko org pertama lawat mybloglog aku kat suhailinc.com. jom tkr link…