Ebay sudah pun mengumumkan yang mereka sudah menerima pembayaran daripada Money Bookers dan Paymate sebagai alternatif kepada kepenggunaan Paypal.
Boleh rujuk pada halaman ini untuk melihat pengumuman rasmi dariapda mereka :
http://www2.ebay.com/aw/core/200902261142412.html
Saya sendiri telahpun mendaftar MoneyBookers sejak 01 Mac 2006, tetapi sehingga kini tidak pernah lagi menggunakan apa-apa perkhidmatan daripada mereka.
Baru hari ini saya cuba masuk kembali ke dalam akaun MoneyBookers dan mendapati akaun saya masih aktif.
Saya lihat masih ada beberapa proses verifikasi (pengesahan) yang masih tergantung.
Antaranya ialah pengesahan Credit/Debit Card, Alamat dan Akaun Bank.
Memandangkan penggunaan MoneyBookers sudah semakin diterima ramai maka kita harus bertindak kehadapan dengan menggunakan kemudah ini dengan sebaik mungkin.
Saya ambil sedikit masa saya untuk melangsaikan kesemua proses verifikasi MoneyBookers.
Pertama ialah Verifikasi Alamat Mel.
Kedua Verifikasi Debit Card (Visa Electron).
Akhirnya Verifikasi Akaun Bank.
Saya tiada masalah dalam proses verifikasi Alamat Mel dan Debit Card tetapi punya sedikit sangkut semasa cuba membuat verifikasi Akaun Bank.
Kita perlu mengetahui no Kod SWIFT bagi Bank yang kita hendak masukkan.
Setelah membuat sedikit carian saya dapat kumpulkan beberapa kod SWIFT yang diperlukan.
Senarainya adalah seperti berikut :-
Affin Bank Berhad = PHBMMYKL
Alliance Bank Berhad = MFBBMYKL
Ambank Berhad = ARBKMYKL
Bank Simpanan Nasional = BSNAMYKL
CIMB Bank Berhad = CIBBMYKL
Citibank Berhad Malaysia = CITIMYKL
Hong Kong Bank Malaysia Berhad = HBMBMYKL
Hong Leong Bank Berhad = HLBBMYKL
Malayan Banking Berhad = MBBEMYKL
OCBC Bank Berhad = OCBCMYKL
Public Bank Berhad = PBBEMYKL
RHB Bank Berhad = RHBBMYKL
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad = SCBLMYKL
United Overseas Bank Berhad = UOVBMYKL
MoneyBookers tidak mempunyai masalah dalam menerima kod SWIFT diatas, namun ada sesetengah bank yang hanya terima 11 kod SWIFT BIC. Jika ini berlaku anda hanya perlu letak huruf “X” sebanyak tiga kali dibelakang setiap SWIFT diatas.
contoh. 11 BIC SWIFT code utk RHB Bank = RHBBMYKLXXX.

Saya mungkin akan buat satu lagi blog post akan datang khas untuk akaun moneybookers.
Bersambung..



Nice list. Do you have this for further banks?
Routing number tuk Moneybookers apa ek?
kalo nk transfer fund dari bank CIMB perlu ada routing number..
please help..
ebay tempat paling best nak wat duit. aku wat part time pun boleh dapat RM1000-RM1500 sebulan huhuhu. Tapi kalu xder panduan dan tunjuk ajar agak susah la sikitkan. Ni ebook aku kongsi dgn korang. dalam ebook ni ader panduan yang lengkap dan juga senarai dropshipper yang boleh dipercayai. Pandai2 korang la huhuhu..