WordPress Blogger Theme Designer Malaysia #5 and Free Premium Megazine WordPress Themes Killer

Hari ini saya terpanggil untuk membuat rebiu seorang lagi blogger juga wordpress themes designer dari Malaysia.
Beliau ialah Bro Eches dari blog.eches.net.

Jika rebiu lepas kita melihat satu pembuat tema wordpress yang simple tetapi cukup fungsi dan penuh warna warni, kali ini temanya lebih kepada profesional dan elegant.

Setakat ini sudah tiga buah tema wordpress percuma dihasilkan. Eches pandai memilih dan memadankan kombinasi warna dengan tema yang dibuatnya. Warna yang diambil tidak banyak, hanya beberapa tone yang sama warna tetapi ia sudah cukup untuk menampilkan karisma setiap tema yang di reka.
Setiap tema mempunyai layout atau susun-atur yang unik.

Tema terbarunya iaitu Langit sangat popular semasa ianya dilancarkan. Dengan memadankan warna biru gelap, hitam dan putih cukup menggambarkan kedamaian suasana langit yang redup dan segar.

Saya sudah beberapa kali berhubung dengan nya bertanyakan permasalahan theme wordpress dan ternyata bro Eches memang seorang yang berbakat dan senang didekati.

Syabas saya ucapkan pada Eches atas pencapaian(PR5 tu..) anda didalam bidang ini.

Oh ya,
berkenaan tajuk Premium dan Megazine wordpress themes killer tu sebenarnya ada benda saya nak kongsi.
Mungkin ada diantara anda yang sudah tahu dan mungkin belum.

Sepemerhatian saya, pada masa ini terdapat dua tema wordpress percuma yang sememangnya berkualiti sama seperti Premium Megazine wordpress themes berbayar tetapi yang ini anda boleh dapat percuma.

Pertama ialah Option Themes daripada Justin Tadlock.
Saya mengikuti perkembangan wordpress theme ini dari sebelum ianya dilancarkan lagi.
Memang tepat jangkaan saya, daripada senarai fungsi yang ditawarkan menjadikannya sebaris dengan tema berbayar lain. Malah jika kita pandai mengubahsuai penampilannya ia akan tampak lebih bergaya jika dibandingkan dengan kebanyakan tema berbayar.

Kedua ialah ikarus. Terbaru Ikarus versi warna putih telah pun di lancarkan beberapa hari yang lepas.
Memang tidak dapat dinafikan tema ini sangat bermutu dari segi rekaan, warna dan grafik serta pelbagai fungsi terbaru yang biasanya terdapat didalam tema berbayar (premium wordpress themes).

Jika anda ada lagi koleksi tema wordpress themes yang baik boleh la kongsikan ianya disini.
Salam.

One Response to “WordPress Blogger Theme Designer Malaysia #5 and Free Premium Megazine WordPress Themes Killer”

  1. eches says:

    Terima kasih bebanyak saudara Khairul. Mmg kaw2 review tuh. hehe. Selamat berpuasa dan berbuka :D

Leave a Reply

© 2008 Khairul.