Selamat Menunaikan Kewajipan Puasa di Bulan Ramadhan kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh tanah air.
Hari ini juga merupakan hari terakhir bagi jualan Mega sale. Kenapa saya bangkitkan isu megasale? Ini kerana ianya ada kena mengena dengan topik saya kali ini iaitu berkenaan dengan “Duit“. Ye la kalau sebut “shopping” kita tidak boleh tidak mesti cerita fasal duit.

Melihat pada topik saya, ‘misi keluar duit dari Paypal ke Bank tempatan‘ ia merupakan topik susulan kepada topik paypal saya yang lepas-lepas.
Saya pernah bangkitkan mengenai isu ini hampir setahun yang lalu disini keluar-duit-paypal-guna-visa.

Pada masa itu saya memang tahu hal pengeluaran duit paypal kepada visa bank tempatan, tinggal saya belum lagi pernah melaksanakannya. Saya memang banyak kali keluarkan duit paypal ke kad debit visa, tetapi itu semasa saya masih boleh menggunakan kad debit visa bank USA. Memandangkan Akaun Bank USA mempunyai sedikit masalah, maka tidak ada jalan lain untuk keluarkan paypal ke visa melainkan melalui kad debit bank tempatan.

Sudah dua tahun saya memakai kad debit visa dari Public Bank bersama Paypal, tetapi ianya hanya untuk tujuan pengesahan di awal penggunaan paypal.

Pada 26 Ogos 08 lepas, buat pertama kalinya saya cuba keluarkan (withdraw) duit paypal saya.
Dua hari kemudian saya lihat proses pengeluaran tadi sudah pun diluluskan.

paypal publicbank visa electron

Selang dua hari, iaitu 30hb Ogos 2008 duit tadi sudah pun di masukkan kedalam akaun Debit Kad Visa Public Bank:
public bank debit card

Jumlah maksimum pengeluaran duit paypal pada satu-satu masa ialah $500 usd, di tolak $5 usd sebagai yuran perkhidmatan tinggal $495 usd. Jumlah dalam Ringgit Malaysia yang diterima ialah RM 1648.43.
1648.43/495= 3.33, ini adalah kadar tukaran US Dollar kepada Ringgit Malaysia pada tarikh duit paypal masuk ke dalam akaun Kad Debit Visa Public Bank saya.

Pada hari ini saya kira kadar ini sudah pun mencecah antara 3.37 mengikut kadar jual dan 3.39 untuk kadar belian.

Keseluruhannya misi ini telah pun berjaya dengan tempoh proses pengeluaran duit paypal ke bank Malaysia kurang dari lima hari.

Saya sudah beberapa kali terbaca yang ada dikalangan rakan IM tempatan yang berjaya mengeluarkan duit paypal kedalam akaun Debit Visa Al Rajhi.
Tetapi Kad ini masih belum boleh diterima paypal bagi tujuan pengesahan akaun. Jadi jika anda ingin menggunakan Debit Kad Alrajhi anda perlu ada satu lagi Kad Visa atau MasterCard lain yang boleh di terima paypal seperti Kad NEXTG dari Ambank ataupun COMBI mastercard dari EON Bank.

Penggunaan VCC (Virtual Credit Card) bagi tujuan pengesahan akaun Paypal adalah tidak digalakkan. Walaupun ramai yang menggunakannya tapi saya sarankan penggunaan Kad Visa/MasterCard bank tempatan kerana ianya bukan sahaja lebih selamat tetapi lebih murah dan mudah digunakan.

Jika anda ingin berkongsi pengalaman anda dalam proses pengeluaran paypal ke bank tempatan, boleh lah tinggalkan cerita anda diruang komen dibawah.
Terima Kasih.



9 Responses to “Misi Keluar $500usd Duit Paypal ke Public Bank Visa Debit Card”
  1. bantingboy says:

    huhu. aku pakai tunemoney aje. leh withdraw dan leh verify tanpa masalah. :)

  2. jamian says:

    salam,bos saya nak tau pasal paypal ni,masa registred paypal tu untuk tujuan pengesahan kad apa yg sesuai digunakan….apa jadi kalau kita x isi form tu.selain kad debit public bank kad apa lagi yg bole guna……ambank/mbf kredit card boleh tak…..masa nak withdraw kena guna kad debit / kredit
    terima kasih

  3. khairul says:

    bantingboy,
    thanks bagi info tu.
    so tunemoney mmg ngam la dengan paypal ye.
    nng saya masukkan dalam list sekali.
    cume saya ada juga dengar2 yang tunemoney punya management tu kelamkabut sikit.
    kalau tak silap saya baca tu di forum wc.
    tapi rasanya kala kita dah dapat kad tu dan boleh akses onlinebanking tunemoney, yang lelain dah tak jadi masalah.

    jamian,
    kalau ada kad kredit visa elok guna tu utk verifikasi paypal.
    tapi saya fikir lebih baik guna debitcard, lebih selamat. bila nak beli barang je baru kita transfer/masuk kredit ke kad.
    sebab kekadang paypal user ada buat hal dan dia senang2 boleh sedut duit dari kad kredit.

    kalau debit card saya rekomen amik publicbank. proses kad baru makan masa seminggu ke dua minggu.

    kalau nak cepat boleh apply eonbank debitcard. sehari boleh dapat kad.

    tapi saya nak ingatkan, bila kita baru dafar dengan paypal, ada beberapa perkara yang kita kene sedia dahulu.
    Selain kad debit/kredit, kita perlu sediakan bil utiliti yang punya alamat dan nama yang sama seperti kita daftar di paypal.
    satu lagi kene sediakan juga satu ‘monthly statement’ kredit/debit kad yang kita guna utk verify paypal.
    Dan semua salinan bil utiliti dan debit card statement perlu di scan.
    Ini perlu bagi memudahkan proses verifikasi debitcard/alamat tinggal apabila paypal minta kemudian hari.

    selagi kita tiada perkara2 diatas elok elakkan sebarang aktiviti pada akaun paypal kita.

  4. jamian says:

    bil utiliti tu kalau nama x sama x boleh ke?sbb saya dok menyewa mcmaana yer,nama mesti x sama ?

  5. jamian says:

    mcm bil tu x kisah apa bil pun kan,bil astro boleh tak khairul?

  6. kento says:

    info yg bagus…
    tapi boleh dak kalau guna TuneMoney card huh?

  7. chokilala says:

    VCC x ok ke? tunemoney mcm mana pula? mana satu yg okay ni?

  8. cencurut says:

    Gua guna AFFINBank Debit MasterCard… senang dan mudah… hehehe

  9. caprihafz says:

    ala…bil utiliti la plak…aku bru je buat kad debit public bank…igt bla dh verify akaun paypal leh la nk withdraw trus msuk kad tu…lg stu…aku baru buat kad tu.mna ada monthly statment…

Leave a Reply