Salam sejahtera.

Sudah lama saya kira tidak membuat rebiu berkenaan tajuk diatas.

Kali terakhir saya buat blog post mengenai rakan blogger ialah pada tahun lepas iaitu merujuk kepada blog ikram-zidane.

Entry ini saya sudah terfikir lama tetapi masa dan ruang kurang mengizinkan. Hari ini baru saya dapat mencuri ruang masa yang terhad untuk membuat sedikit rebiu pantas mengenai blogger ini.

AisyahRozi, itulah nama blogger dan juga seorang theme designer yang berbakat besar.
Seorang yang periang dan cukup detail dalam setiap pekerjaan yang di buat.

aisyahrozi

Aisyah Rozi mempunya blog peribadinya sendiri di www.aisyahrozi.com. Saya sempat bercerita tentang blog Aisyah pada awal tahun ini ketika saya mula-mula terserempak dengan blognya.

Selang beberapa minggu dari seperkenalan saya dengan Aisyah, dia telah pun melancarkan satu tema wordpress (theme) yang sangat menarik dan ceria yang diberi nama Simply Candylicious.

Saya sangat suka kepada rekabentuk tema dan warna yang digunakan.

Aisyah kini masih belajar di The One Academy mengambil jurusan rekabentuk Komunikasi (Communication Design).

Jika anda ingin mengenali lebih lanjut tentang Aisyah, anda boleh kunjung ke terataknya di http://aisyahrozi.com.



5 Responses to “Wordpress Blogger cum Theme Designer Malaysia- Bahagian 4”
  1. usri says:

    power gak dia design theme, code apa dia pakai??

  2. madno says:

    lawa giler design dier…
    tapi sesuai untuk personal blog r…

  3. Yinsi Yat says:

    Hebat-nya design ni!

  4. bantingboy says:

    hehe. memang best layan blog dia dengan perangainya tu..

  5. Wordpress Blogger Theme Designer Malaysia #5 and Free Premium Megazine Wordpress Themes Killer | Khairulazmi says:

    […] rebiu lepas kita melihat satu pembuat tema wordpress yang simple tetapi cukup fungsi dan penuh warna warni, kali ini temanya lebih kepada profesional […]

Leave a Reply