Sedikit informasi terkini mengenai topik Protn Baru 2008 - Proton Saga BLM.

Seperti yang mana kita tahu, proton BLM dikatakan model proton baru yang bakal mendapat menarik kembali keyakinan rakyat malaysia keatas jenama Proton.

Begitu banyak Promosi dilakukan dari media cetak, ke media elektronik seperti radio , tv mahupun internet.
Saham saham Proton juga sudah mula menampakkan perkembangan positif.

Tetapi adakah semua harapan ini mampu di realisasikan oleh Proton dengan Model terbarunya selepas proton persona iaitu proton saga BLM ( code name)?
Sama-sama kita tunggu.

Baiklah, semenjak saya tulis topik berkenaan Proton Baru Proton BLM, banyak informasi baru yang saya dapat.

Maka elok lah saya kumpulkan informasi-informasi berkenaan Proton BLM baru disini.

Oh Ya! Sebelum tu saya ada jumpa dua gambar terbaru gambar Proton BLM bahagian dalaman (Proton BLM Interrior ) dan bebeapa lagi gambar baru :-

proton saga blm

proton saga baru

proton saga blm 2008

proton saga blm baru 2008

Antara maklumat baru yang di terima ialah maklumat dari En. Khairul azmi yang mana terdapat beberapa kelas dalam model proton BLM.
Kelas-kelas ini dibahagikan mengikut spek dan harga.

Kelas Harga Proton BLM :-

Proton BLM N-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 31,500.80

Proton BLM B-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 34,548.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 34,998.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 37,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 37,998.00

Proton BLM M-Line
BLM 1.3 MT (solid) RM 37,048.00
BLM 1.3 MT (metallic) RM 37,498.00
BLM 1.3 AT (solid) RM 39,548.00
BLM 1.3 AT (metallic) RM 39,998.00

Perbandingan Jimat Proton BLM dengan Proton Savvy :-
Protn Savvy 8sen/km
Proton BLM 11sen/km.

Max Speed Proton BLM
dikatakan buleh mencapai kelajuan 165km/j.

Kekuatan HorsePower Proton BLM dikatakan mampu peri sehingga 94bhp pada 6000rpm ( mengatasi honda city idsi iaitu 87bhp pada 5500rpm).

Dari segi keselamatan, walaupun ianya tidak didatangkan dengan teknologi ABS( anti lock breaking system) ataupun EBD, tetapi kestabilan dan kekuatan rangka utama yang terletak pada casis ialah bahan binaan casis itu sendiri yang mana casis Proton saga BLM ini diperbuat daripada Galvanized steel (High Tensile High Strength Steel) yang mana mendapat pengiktirafan 3 bintang dari badan bebas TUV Germany, sama tahap dengan BMW 5 series.

Proton Saga BLM ini dilengkapi dnegan nadi baru Campro 1.3 + IAFM (Intake Air Fuel Module) yang mana mamu memberi kuasa pada rpm rendah, ini semamangnya dapat membantu kerja pendakian dengan lebih mudah.

Keluasan bonet Proton BLM ialah 413L , beza cuma 17L berbanding Proton Persona (430L).

Butir-butir spesifikasi lain buleh lihat pada imej disini : Spec Proton Saga BLM
.

Itu saja serba sedikit informasi terkini buat masa ini.
Nanti jika ada gambar proton BLM atau video proton BLM akan saya kemas kini semula.

Sikian.



37 Responses to “Update Proton Saga BLM 2008 - Latest Price and Interrior Picture”
  1. ibnuhassim says:

    Lawa juga proton BLM ni. Harga pun ok.
    Sepanjang saya pakai Gen-2 1.6 AT dah 3.5 tahun, alhamdullillah tak ada masalah dari segi engin. cuma masalah kecil-kecil dari segi design.

  2. Karimov says:

    Alhamdulillah,

    Tahniah kepada management baru Proton yang berusaha untuk memenangi kembali hati rakyat Malaysia untuk membeli Proton. Macam ni yang kita mahu, buat kereta yang orang nak dan bukan kereta yang orang tak mahu pakai. Keluarkan model sedan dan mpv pada harga yang berpatutan pasti ramai orang beli.

  3. suzicon says:

    Well, wa nk tuko ke…idak kete ‘Kereta Kebal Saga’ yg dh modifide wa dgn yg. ni…. Chun gilerrrrr!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. dass says:

    wa chun betul proton baru…………………………………macam ini la kita mau………………terima kasih eon……………….mari kita beli kereta baru ye……………………………………………..

  5. mamong says:

    mcm biasa saja…nothing interesting

  6. yaya_tomey says:

    xder air beg system eh?

  7. khairul azmi says:

    ada..utk mline sahaja

  8. ray says:

    Cool, cantik sekali kereta BLM. Ini lah standard dan buatkan aku beli kereta kita.

  9. szan says:

    body nampak ganas tapi enjin ciput………tak balance langsung ……patut la murah…….letak la 1.6ka……baru padan dgn harga……..betul la murahhhhhh………..body pula tin drinking water……dulu tin milo….ok sikit…

  10. orangkota says:

    ramai yg terkeliru dgn CC……yg penting horsepower….cth seperti motor aprilia 125cc dgn TZM 150CC….sudah tentunya TZM kena tapau sayur jer…..yg penting Hp bukan CC……mcm juga kereta unser yg besar tu….CC dia cuma 1.6….. tapi steady jer kereta tu……Body tin drinking water? kau ni biarlah betul……berpada2 lah kata2 tu…..ko ingat Merz tu body dia titanium ker? kau ni mcm tak tahu pasal kereta jer…..tak tahu cerita toksah komen lah……duduk jer diam2…..

  11. wan says:

    nok beli gak lah…

  12. admin says:

    Thanks orangkota sebab terangkan kepentingan HP berbanding label CC ..yup mmg ramai yang kat sini tak tahu dan perlukan panduan seperti bro..

    saya pun takde lah pandai sangat bab2 fine tunning and auto tech stuff ni..sikit2 tu buleh lah..
    tq

    salam wan,
    molek lah lagu tu gak…boleh kawe tupe balik kelate hehe :D

  13. Penang says:

    BLM proton ader kureng skit kat pembuka pintu dia, mudah tercabut, baru 2,3 hari lepas saya tgk kat showroom, hari ini sy datang nak tempah,pembuka pintu depan dia dah lekang sebelah. ini yang takbest ni.. pleasela proton, benda2 kecik camtu testla quality dia betul2.. itu baru kat showroom belum atas jalan lagi..

  14. Waja Owner says:

    Penang…. pleaselah…. x kan x paham, kan setiap benda tu mesti ada 10-20 dalam 1000 unit mesti ada masalah… kan tu perkara kecik je. mungkin pembuka pintu unit yg termasuk di dalam 10-20 unit yg bermasalah tu…. * BMW kwn saya pun pernah tercabut pembuka pintunya walapun keta tu masih baru lagi*

  15. Penang says:

    waja owner, ko ni macam tokey proton je.. siap tau lagi tu dalam 10-20 je yg rosak dalam 1000. apsal ko tak cakap 100-200 je yg rosak dalam 1000 tu..huhuhu.

  16. admin says:

    relex guyz..kalau tombol pintu kete kat showroom tercabut tu mmg ler memalukan..tapi kene tengok betul2 apa puncanya..maklumlah kenkadang2 ni pesaing kita cepat panas bontot kalau kita lebih sikit..mulahlah nak pedajal ..benda ni realiti..
    tapi kalau betullah ianya berpunca dari akspek teknikal maka proton melalui wakil pengedar dan customer end patut proactive dan pandang benda camni serius..almaklumlah orang ni biasanya sensetif sikit dengan benda yang buruk..walaupun sekecil zarah..
    cam waja owner cakap kat atastu..sapa2 pun ada buat silap..
    tapi kita semua harap agar proton dapat meminimakan kesilapan2 tu dan tak lagi ulang kesilapan yang sama..

    sapa lagi dah dapat kunci proton saga baru dalam tangan?
    kalau baca kat sini baru dua tiga orang je yang dah dapat….

  17. Penang says:

    saya setuju apa kata admin..

  18. SU says:

    su nak beli proton saga baru.. dan nak trade in iswara su. dulu refinance balik sebab kereta kakak tukar nama su. su check baru ni hutang ada 10k lagi. su survey kedai nak amik 6k je. su kena top up lagi.. pastu nak byr duit muka lagi.. sapa yang boleh tolong su, trade in iswara su dengan harga yang tinggi skit…

  19. SU says:
  20. yus says:

    klu nk beli…warne ape yg ok? bg pendapat cikit plez…

  21. Waja Owner says:

    Penang
    February 26th, 2008 at 7:22 am

    waja owner, ko ni macam tokey proton je.. siap tau lagi tu dalam 10-20 je yg rosak dalam 1000. apsal ko tak cakap 100-200 je yg rosak dalam 1000 tu..huhuhu.

    —————————————————————————————–
    ko ni mcm x dpt nak dgr kritikan org je….. aku sekarang ni pakai waja, persona dan sebelum persona gen2….setakat ni, waja dah lebih 4 thn dan persona baru lagi…. belum ada masalah….gen2 mmg ada masalah…tapi kalau setakat “tercabut pembuka pintu” ataupun pembuka tin ke… mmg x pernah terjadi…. dan selepas gen2 tu dimiliki oleh abg saya dan dah abis claim warranty, so sekarang ni keta tu dah xder masalah sehingga sekarang dah mencecah 3 thn lebih… dah siap modify abis gen2 abg aku tu…

  22. aisyah says:

    sya baru satu bulan pakai saga auto black matelic yang base line punya. so far ok dan sya enjoy sgt. cume sya nak tahu tips penjagaan kereta saga ni dari kenkawan. paling penting penjagaan enjin die. tolong ekkk

  23. hasz says:

    Salams,aisyah….caranya senang ajer,jangan pecut,servis ikut jadual dan berhemah di jalan raya……..lol

  24. Waja Owner says:

    mamong
    January 19th, 2008 at 12:34 pm

    mcm biasa saja…nothing interesting

    ——————————————————————————————-
    ni kes buta ke apa ni?? keta baru yg tak pernah nampak sebelum ni pun kira biasa je… ala bro…. kalau dia org letak gambar kancil mmg nampak mcm biasa ja bro…. kalau saga ni booking dia mencecah sampai 33000 unit dlm masa 2 bulan, mana ada mcm biasa bro. Ni kira luarbiasa dari segi design dan harga bro…

  25. HENSHAH says:

    ASSALAMMUALAIKUM KALAU MUKA RM 2500 BULAN-BULAN BERAPA? BERAPA TAHUN -KERETA SAGA YANG BARU MODEL-

  26. Trg says:

    salam, sy dah 2 blan pkai saga.. best giler.. pickup power… proton m-line metallic (red)… tp baru2 ni sy ter axcident dgn lori bandaran, mase tu sy x pakai pon sit belt.. sib baek air bag terbuke.. kelajuan mase tu lam 70km/j tanpa brek.. klu xcaye cube tgk ade ksan tayar x atas jalan tuh..truk jgak saga kne blasah.. tp alhamdullilah sy slamat..

  27. hamidah ismail says:

    saya ni dah lama nak beli kete.first time die keluar,
    saya terus rasa nak beli.padanlah dengan harga
    dan cc.saya dah cuba naik kete adik saya.sit belakang luas.ok la tu

  28. thecurve says:

    just nk tanya… saya booking proton baru pada mac 2008, tp sampai skang dah masuk ogos masih tak dapat lg. servis proton memang lembab macam nih ker?

  29. pali says:

    Dulu proton punye car production laju, tp quality dia teruk and diorg ada masalah lambakan model yg tak terjual. That is why proton skang protn produce kereta slow2, katenye nak jaga quality… same2 la kite tgk, qualitynye.. Dengar cerita perodua speedup diorg punye production n as a result aku dengar dgr kereta perodua dah mula ada masalah quality… org malaysia memang tak pandai wat keje cepat2 mesti hancur… he3…

  30. kabonfootprint says:

    Interesting car, I would like to have a ride with it someday

  31. epizootic says:

    saya merancang nak bei blm pas raye ni, sape2leh bg komen lama tak nk menunggu? saya nak m-line manual in chilli red..

    yang dah pakai blm, share la tips penjagaan, especially enjin..TQ

  32. leeya5282 says:

    salam,juz nk tnya..proton BLM ni klau nk modified enjin,sesuai dgn enjin ape ye?

  33. sfagus says:

    Hello pembaca

    ada sesiapa yg rasa BERAT tak bila kete ni nak mula di pandu?. Not the steering tp ye la body tu berat rasanya nak jalan …walaupun minyak dah tekan kuat.

    Pls share. Tks.

  34. shahira says:

    nak tahu harge proton nie la sbnranye..
    downpyment n monthly..promosi?
    kota kinabalu cmane plak??
    ok x nak wat kete sewa?
    tahan kan? hehe

  35. painnn says:

    nak tanya…. nape ek pintu belakang xletak power window…..
    nak bli gak nie…. ke blh tambah…

  36. mael says:

    Seperti yang ku katakan hari tu, aku dah dapat kereta Proton BLM warna Hitam Mline yang aku book pada 28/10/2008 dapat pada 10/11/2008, walaupun terlewat 3 hari dari yang dijanjikan iaitu 07/11/08 tapi takper. Sebelum ni aku pakai Iswara LMST 2004, Setakat ni kalau compare prestasi pickup, suspensi & road handling kira ok lah, padan pon ngan harganya, ya lah, pasal bende baru kaaan…. tapi Fuel consumtion belum tahu lagi, nanti lah, tak abis test lagi. k jumpa lagi.

  37. taurus_boy says:

    aku da beli keta saga blm ni..
    mmg best r..
    x rugi kalu korang beli..
    aku nk tnya kt mn leh dapat body kit saga blm ni..
    aku nk yg gempak r
    kalu bleh yg kat area kuantan
    kalu korang tau tlg contact aku
    019-9076564,016-9873637,012-9642848

Leave a Reply