Celcom or Maxis or Digi or iZZi? Best Wireless Broadband 3G and 3Gx or HSDPA and Soon Wimax
Posted by: khairul in 3G, tags: 3G, 3G-Modem, 3Gx, Cingular, DataCard---Celcom, HSDPA, Huawei, Maxis, Orange-3G, Sierra-Aircard, Vodafone, WirelessSudah sebulan lebih saya menggunakan perkhidmatan wireless 3G dan apa yang buleh saya katakan tentang servis ini ialah setahat puas hati sahaja.
Mungkin sebab saya hanya melanggan pakej minima maka servis yang saya dapat juga minima?
Pada ketika ini terdapat tiga syarikat telco yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar 3G iaitu , Maxis dan iZZi “4G”.Digi ada juga menawarkan jalur lebar tetapi gred rendah sedikit daripada 3G iaitu jalur lebar EDGE (29.5kbps ke 236kbps).

Celcom 3G dan Maxis 3G tidak perlu diperkenalkan lagi, tapi mana datangnya iZZi?
iZZi mula diperkenalkan pada suku ke-empat pada tahun 2007.Ia dikatakan mampu memberikan berkhidmatan broadband menggunakan teknologi iBurst sehingga terasa kelajuan “4G”.Tapi adakah ialnya lebih laju dari 3G(284Kbps~384Kbps) dan 3.5G / HSDPA (1.8Mbps~ 3.67.2Mbps~7.2Mbps)?
iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.
Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.
“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G.Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.
Pakej iZZione didatangkan dengan 4jenis pakej.iZZione dengan RM66 sebulan, iZZiyou dengan RM98 sebulan, iZZipro Rm118 sebulan dan iZZiteam RM180 sebulan.
Bagi Pakej iZZiyou pelanggan akan dibekalkan modem “4G” jenis USB dengan kontrak 12 bulan untuk bayaran mudah RM98.
Untuk info lebih lanjut berkenaan iZZi broadband buleh la lawat ke laman rasmi iZZinet di www.izzi.com.my
Tak cukup dengan gimik “4G” , timbul pula tanda tanya kemana perginya Wimax yang digembar-gemburkan pada akhir suku pertama tahun 2007 sudah?
Pada masa itu kerajaan ada mengumumkan pemberian spektrum capaian jalur lebar 2.3 GigaHertz tanpa wayar Wimax kepada kepada Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, REDtone- CNX Broadband Sdn Bhd dan Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.
Adakah tahun 2008 ini bakal menyaksikan kemunculan perkidmatan jalurlebar Wimax yang pertama?Sama-sama kita tunggu.
Berbalik pada tajuk utama, jalur lebar(Brodband) 3G mana satu kah yang lebih baik?
Sebenarnya sukar untuk menentukan mana satu pembekal 3G yang lebih baik memandangkan banyak aspek yang perlu di ambil kira bagi merumuskan siapa yang lebih baik.
Dari satu aspek infrastruktur pembekal telekomunikasi itu sendiri harus baik.
Dalam kategori ini celcom dilihat mempunyai sedikit kelebihan.Ini di sebabkan bukan sahaja celcom mampu memberi perkhidmatan 3G melalui pencawang celcom sediada tetapi mereka uga mempunyai akses dan kemudahan daripada TM Malaysia.
TM Malaysia merupakan gergasi telekom di Malaysia.Hampir setiap ceruk penempatan mempunyai cawangan nya sendiri.Ini memberikan satu kelebihan kepada celcom untuk meluaskan “jajahannya”. Saya tidak cakap kosong sebab saya pernah memasuki hampir kebanyakan ibusawat telekom yang mempunyai broadband di seluruh Malaysia semasa saya berkhidmat sebagai support dibawah TM LSS Network.Saya lihat sendiri infra 3G milik celcom di kebanyakan ibusawat TM.Tidak hairanlah jika Celcom 3G digelar yang terluas.
Walaupun begitu Maxis juga sudah kita sedia maklum mempunyai pengalaman dalam teknologi komunikasi mudah alih dan juga cukup lengkap dengan infra di merata tempat didalam Malaysia.
Saya antara salah sesorang pelanggan talian mudah alih Maxis sejak tahun 1999 merasakan cukup puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tapi kita ni bercakap tentang 3G, bukan GPRS.Dari pengalaman saya menggunakan 3G dalam beberapa bulan ni.Selalunya sukar bagi saya mendapat signal 3G apabila dikawasan kampung.
Di rumah saya di kawasan kapar-pelabuhan Klang coverage 3G nya agak mengecewakan.Walaupun ada sesetengah tempat saya buleh mendapat 3 bar tapi dikebanyakan tempat saya hanya mendapat 1bar dan selalu terputus sebelum signal bertukar menjadi GPRS.
Sama juga situasi di kampung belah orang rumah saya di kota bharu.Raya haji hari tu saya banyak juga mencuba coverage 3G di salah sebuah wilayah jajahan celcom.Tapi dari apa yang saya dapat masih belum betul-betul memuaskan dimana ianya lebih lambat berbanding dial-up 56kbps.Walaupun begitu saya masih buleh membaca email serta mengemaskini blog cuma ianya memerlukan masa yang agak panjang lebih daripada biasa lah.
Sebelum lupa saya nak bagi tahu, pakej 3G yang saya ambil ialah pakej D68 dimana ianya hanya menawarkan 3G dengan data( SMS) sahaja.Mungkin pakej 3.5Gx mempunyai keputusan yang berbeza.
Salah satu lagi aspek dalam penilaian capaian 3G ialah peranti atau modem itu sendiri.
Ada banyak dan brand modem 3G/3Gx/HSDPA buleh didapati dipasaran.Setiap jenis dan brand buleh memberikan prestasi yang berbeza-beza.
Antara jenis modem 3G ialah jenis PCMCIA untuk Laptop/Notebook/Komputer Riba.
3G Express Card untuk Laptop.
dan 3G USB Modem untuk Laptop ataupun Desktop.
Brand 3G modem pula adalah seperti Novatel Merlin, Vodafone, Sierra Wireless
Aircard, Huawei, Option GT MAX, Orange 3G datacard, Maxis datacard, T-Mobile dan banyak lagi.
Harga untuk setiap modem adalah dalam lingkungan RM300 ke Rm1000 ++.
Secara Amnya masih ramai yang kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana operator 3G Malaysia pada masa ini.Ini dapat di lihat di forum-forum IT tempatan yang kebanyakan daripada pengguna masih merungut dengan perkidmatan 3G yang mereka langgan.
Faktor coverage / capaian 3G di Malaysia masih menjadi isu utama.Capaian di bandar-bandar utama didapati lebih baik berbanding capaian di bandar kecil ataupun pinggir bandar mahupun kampung.
Maka dengan ini buleh disimpulkan (untuk masa ini), jika anda ingin mencari penyelesaian/solution bagi keperluan 3G broadband untuk bisnes anda, adalah lebih baik untuk anda cari lokasi yang strategik terlebih dahulu.RM68 utntuk kebanyakan pakej 3G broadband dilihat sebagai satu alternatif bagi sesiapa yang inginkan capan internet tanpa had kepada dial-up 56k yang mana jika dihitung ianya jauh lebih jimat.Tetapi itu bergantung juga kepada tahap kebolehcapaian dan keboleh percayaan perkhidmatan yang diperolehi oleh pelanggan.
Akhir kata, pilih lah dengan bijak untuk kesenangan di hari mendatang
p/s: Jika anda menggunakan 3G bulehlah kiranya beri testimonial kepada perkhidmatan yang anda langgan.Terima kasih.




January 13th, 2008 at 6:45 pm
As you know, the 3.5G (especially for Maxis) is only implemented in Big Cities like KL, JB and Penang. Maxis is starting to move forward with other cities as well. It is similar to Celcom.
The problem with these operators is that 20% of the customers are using 100% of the bandwidth. Customer download abusively using P2P or bittorrent sites are killing the bandwidth of the other users. They are trying to stop this by blocking the ports etc..
By the way, there is a limit whereby how many users connected to the network using 3.5G while other will still be using 3G.
January 20th, 2008 at 5:57 am
Pada pandangan gua la… paling best servis setakat nie adalah DIGI Broadband… tidak mengecewakan malah kekadang tue lebih laju dari Maxis Broadband atau Celcom Broadband.
January 20th, 2008 at 7:09 am
bro, brape rate dload u dapat guna digi tu?
January 21st, 2008 at 5:33 pm
iZZi’s “4G” is not the real 4G technology.they’re just fooooling those who know little on WiMAX.this is so unethical.they claimed to b the only 4G provider.but the truth is,4G is not yet released.research on 802.16n is still in progress n expected to release by end of this year.4G can provide up to 100Mbps data rate for mobile n 1Gbps for fixed, but not up to 1Mbps only as provided by iZZi.maybe “4G” tu cuma nama product diorang,but it is so uncool to take advantage on people’s limited knowledge.baik letak “44G” ke..”100G” ke..penipu cam maxis gak.
January 22nd, 2008 at 3:03 pm
hehe..yes bro..like I said in my post izzy just doing marketing gimmic ..or would I say izy is a scam? hehe..
scam lah sebab claim 4G dalam iklan tapi dlm reality speed nak sampai 3G pun susah..
harap kementerian telekomunikasi ambil berat isu ni, jangan biarkan telco service provider buat marketing “melampau”..
February 17th, 2008 at 4:36 pm
ni sedikit tambahan info…kalo maxis dan celcom memperkenalkan pakej 3g, tapi bagi digi ia hanya memperkenalkan pakej broadband berasaskan edge….perlu diingat kawasan dan liputan 3g hanya boleh didapati dikawasan bandar2 besar dan masih terdapat beberapa kawasan terutama perkampungan yg tidak mendapat liputan 3g, jadi memilih pakej digi broadband adalah terbaik utk pengguna seperti ini, kerana digi boleh support edge dikawasan yg juga ada liputan gprs, bermakna kawasan perkampungan dapat menikmati kelajuan ini iaitu 284 kbps, berbanding celcom dan maxis diluar kawasan 3g hanya 56kbps jer…Pilih pakej berdasrkan tempat anda berada dan utk kegunaan masa depan…
April 15th, 2008 at 9:13 am
Saya telah guna DiGi EDGE sejak 2005. Saya amat berpuas hati perkhidmatan ini. Dulu untuk pakej Unlimited RM99/bulan sekarang menjadi RM66 sejak hujung tahun lepas (November2007). Selepas Maxis dan Celcom memperkenalkan Unlimited 3G dengan kadar RM68. Bagi suppliment unlimited pula dengan harga RM33 sahaja. DiGi tidak merasa tergugat dengan meletakan harga RM66 pakej tersebut mungkin mereka percaya speed Maxis 3G dan Celcom 3G tak akan selaju mana kerana perlu berkongsi laluan dengan perkhidmatan suara/sms/MMS/video call menyebabkan berlakunya pengurangan speed. Pemerhatian saya speed yang boleh dicapai DiGi EDGE dengan menggunakan speedometer dari http://www.tm.net.my mengunakan modem handset NOKIA6201 dengan sambungan bluetooth 7-20KBps (56kbps-160kbps) untuk dalam liputan EDGE dan 3-5KBps (24-40kbps) untuk liputan GPRS.
April 17th, 2008 at 1:53 am
skang nie saya baru jer melanggan celcom n digi broadband…
saya nak tanya la… betul ker kalo kita download akan di kenakan caj lain..?
August 5th, 2008 at 12:33 am
Saya juga baru menggunakan DIGI Edge. So far performance mmg ok walaupun maybe tak selaju 3G. pernah satu ketika saya balik kampung yang terletak agak pendalaman sedikit..tak disangka connection Digi EDGE saya lebih dari connection dari rumah saya yang terletak betul-betul dalam kawasan bandar..Selain dari itu packagenya yang agak murah memang mampu bayar kepada sesiapa yg berminatt.
August 8th, 2008 at 10:53 am
saya dah guna celcom dan maxis…pd saya dua2 sama aja…average 200kbps..
August 8th, 2008 at 2:03 pm
Saya baru guna Celcom D68,performance setakat ini ok..di Pekan Kapar tak ada masaalah..signal ok le..saya guna modem E220.Download 370kbps,upload 114kbps.Ada masa dapat signal HSDPA,biasanya signal UMTS.Kalau nak banding dengan streamyx yang saya guna sebelum ni memang le berbeza…,tapi yang bestnya lebih menjimatkan.
September 5th, 2008 at 11:03 pm
Hampir setahun saya menggunakan khidmat Celcom 3G D68, performance setakat ini sangat mengecewakan. Signal tak menentu, fluctuate dan selalu disconnect menyebabkan sukar untuk saya stay online dengan konsisten. Kadang tu waktu kemuncak download speed macam siput mengalahkan dial-up modem kecewa tul la rase nak gigit je enpon nih. Saya pakai pon sebab selalu outstation so mmg desperate nak online. Buat masa ni pilihan tiada cume menunggu kehebatan Wimax yg digembar-gemburkan itu. Sesape yg dah test P1 bolehlah bagi testimonial.
September 6th, 2008 at 12:32 am
Helmi,
kita senasaib.
saya baru sahaja bulan ini cancel D68 subscription.
atas alasan yang sama, “lembab”!
sangat susah nak dapat “3G” asik2 gprs..
kat rumah mmg saya pakai streamyx, beberapa bulan lepas saya saja nak cuba celcom D68 sebab keupayaannya yg mobiliti.
tapi hampa..ditempat saya kerja (bandar klang) pun sangat teruk signalnya, sama juga di rumah..langsung tak dapat “3G”..
kita sama-sama tunggu je la Wimax tu bila dah meluas, kalau ikut atas kertas, memang Wimax ni sepatutnya lebih mantap..sesama kita tunggu,
September 16th, 2008 at 12:44 pm
Dah lebeh setahun sy guna digi broadband. Cukup puas hati, kadang tu mmg slow sikit. Lebeh2 lagi kalau ada kes DSAI, streamyx pun slow gileeer… Apapun, digi mmg best, tu dekat pedalaman sabah tu…kalu dekat bandar besar, mesti lebih best!
http://www.cakapsaja.com
September 17th, 2008 at 3:26 am
Hi Akoo,
betul ke digi best?
yang awak pakai tu digi EDGE ke?
September 20th, 2008 at 6:13 pm
utk pengetahuan umum, sblm melanggan service tu anda kena la test dulu. mmg la service provider akan ckp produk mereka yg terbaik, tp lastly kita sebagai pengguna yg perlu membuat keputusan produk yg mana sesuai utk kita. tak semua kawasan akan dpt liputan 3G di malaysia. walaupun di kl atau selangor, bg yg tinggal di flat atau apartmen signal mmg akan fluctuate disebabkn rintangan bangunan. Faktor2 ini tidak disedari oleh pengguna. sbgai contoh bagi pengguna celcom, anda boleh try terlebih dahulu dgn melanggan ‘Daily Unlimited’ iaitu RM8 selama 24jam dan cuba browse di kwsn anda tinggal utk test keupayaan signal. sekiranya anda puas hati baru la langgan. Ini adlh lbh baik dari terus melanggan tetapi kecewa di kemudian hari. Dlm hal ini pengguna harusla bijak utk menilai service mana yg lebih baik berdasarkan keperluan anda. Saya adlh pengguna voice pckg Celcom dan Hotlink Maxis, manakala Broadband Celcom dan Maxis. So kita tak perlu ‘bias’ kpd mana2 produk sbb yg pentingnya kita sbg pengguna yg bijak memilih.
Saya memilih postpaid celcom kerana dgn penggunaan saya setiap bulan pakej celcom menjimatkan saya disamping dpt call secara percuma kpd keluarga dgn pakej yg ditawarkan. Dgn Hotlink prepaid saya dpt sms kpd kwn2 saya dgn caj berpatutan.
Broadband Celcom di kwsn rumah saya di kwsn selayang tidakla berapa laju tetapi saya telah buat report kpd celcom dan mereka jamin mslh ini akan selesai dlm penggal pertama 2009. disebabkan ini saya memilih 3G Maxis utk kegunnaan di rumah kerana full signal HSDPA/3.5G dan setakat ini mmg puas hati ketika melayari internet. Broadband Celcom saya guna di kg saya iaitu di wakaf bharu kelantan. utk makluman semua, saya pernah test streaming berdekatan tesco kb dan siaran yg jelas tanpa gangguan walaupun tgh bergerak dgn kereta. Antara kwsn di KL/Selangor pernah saya test dgn Celcom Broadband dan mendapat kelajuan 3.5G adalah di Ampang, Jln Tun Razak, KL Sentral, Kepong, Shah Alam (dkt Perpustakaan Negeri) dan KLIA.
Kesimpulannya, pengguna sendiri perlu menilai dgn bijak berdasarkan kegunaan sendiri dan pilih dgn bijak pakej dan service yg sesuai. wasalam
September 21st, 2008 at 2:18 am
Terima kasih wan atas penerangan panjang lebar,
memang betul pemilihan pelayan 3g yang mana satu harus dipilih terletak pada tangan pengguna.
sebab itulah saya tak ambil maxis dikawasan saya dan saya cancel celcom D68 setelah tidak puas hati dengan servis mereka.
Saya lihat wan bercerita mengenai pengalaman wan bersama hsdpa dikawasan tertentu, tetapi adakan wan ada membuat testing bagi kelajuan 3G? Saya ada membuat survey di internet dan rata2 pelanggan D68(3G) merungut mereka mendapat servis yang teruk padahal ada pengguna lain dikawsan yuang sama iaitu pengguna 3.5G mendapat servis yang baik.
Dengan kata lain walaupun dikawasan itu pengguna hsdpa(3.5G) dapat servis baik, ia tak menjamin pengguna pakej 3G ditempat yang sama.
buat apa kita perlu subcribe dan bayar lagi kita tak dapat perkhidmatan mereka, betul tak?
pada masa saya subscribe dulu saya duduk kepong, tapi pertengahan tahun ni saya dah pindah ke klang. selama berbulan2 saya takdapat servis disini dan akhirnya membuat keputusan utk unsucscribe.
bukan nak cerita fasal bias atau tidak, tetapi kita bercerita fasal fakta dan ketidak puashatian pelanggan seharusnya tidak boleh diketepikan.
pihak pembekal service peru mendengar setiap rungutan pelanggan supaya mereka dapat melakukan kaizen dengan lebih berkesan.
dan saya pasti pihak berkenaan memang ada ambil tindakan, cuma ianya memerlukan masa.
Saya faham situasi mereka sebab saya pernah kerja di TM di unit LSS, tak kiralah dibahagian admin , marketing atau teknikal , dari pentadbiran dan pengurusan di pusat mahupun akspek teknikal di site saya dah lihat.
Proses pelaksanaan bagi penambah baik sesuatu servis itu memakan masa berbulan2, daripada proses menerima input sehingga imprementation. memang bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa yang singkat.
Jadi saya bukan terus kondem pihak berkenaan, tetapi memberi peluang mereka untuk memberbaiki perkihdmatan mereka. dan bila saya dapati servis mereka sudah pulih atau diperbaiki barulah saya kembali mendapatkan khidmad mereka semula.
September 23rd, 2008 at 2:39 pm
helo semua,
saya ingin kongsi skit ler ttg broadband celcom ni…tapi skrg dh terminate sbb bhgin tmpt tinggal sy tak ada 3g coverage..bg sy ada 3g ka tk ada 3g ka celcom tetap sama jg lambat…sbb line sentiasa sibuk jer…last2 sy tukar Digi Edge.setelah guna Digi ni, hinggalah sekarang cukup puas hati walaupun saya tigal di pedalaman…bila fikir2 balik Walaupun Edge je,adalah lebih baik dari guna 3G sbb Egde apa2pun masih di tengah2 antara 3G dengan GPRS…..so Digi EGDE setakat ni tak mengecewakan saya utk melayari internet walaupun kdg2 lambat skit…..daripada lambat terus dengan D68 Celcom….tak percaya u all cuba la kat digi egde DG66…tu ja pandangan sy dari sabah, papar…..(melinsung summer resort)
September 24th, 2008 at 9:02 am
Hi, baru saja menggunakan maxis 3G selama 4 hari. Setakat ni di area Port Klang masih ok lagi xde tersangkut-sangkut. Betul ke Digi EDGE lagi baik? Berapa kosnya tiap-tiap bulan?
September 28th, 2008 at 5:56 pm
Dear sonar,
kawan serumah saya skrg ne melangan maxis broadband hsdpa 3.6G, masalahnya skrang ialah connection speed tidaklah sehebat sprti mana mula2 melanggan. Lepas shja 5@6 hari connection tak taulah nak kata apa… mmang “LEMBAB” nak mampus.. dahlah tu trsekat pula ngan contrek 18bulan… setakat ne.. saya bnyak trbaca diforum online mngatakan celcom broadband lagi baik berbanding dgn maxis..
October 6th, 2008 at 6:31 pm
i dah pernah pakai 3g maxis lembab sgt tak stable jadi i terminate n sekarang pakai tmnet broadband 1mb about rm99 sebulan memuaskan hati so far with the speed tak pernah sangkut ke apa…… tentang digi edge tak try lagi dgr pulak edge mmg kurang sangkut maybe tapi kalau download apa2 stuff mesti tak begitu laju pasal edge speed dia limited to download
October 12th, 2008 at 1:52 am
ape kejadah ni maxis bayar 90lebih sebulan.mule2 ok phtu hampeh speed power ah skit?
October 14th, 2008 at 4:07 pm
bodoh la bagi sesapa yg langgan service mahal2 tapi speed mcm siputbab*..
duit tu rugi jer..laju x penting, yg penting kepuasan hati korg..
kalau buang duit bebnyk, tapi hati x puas, buat pe?
baik ko bagi kt aku jer duit tu..
October 14th, 2008 at 4:20 pm
aku pernah guna digi EDGE..
==”:[:
aku kena tipu (oleh ………….), dia ckp bayar advance untuk 5 bulan, pastu dg rebate balik duit tu (fxx u laaaaaaaaaaa)
dia ckp edges ni laju, pastu siap bagi aku test internet screamxy dia (dia ckp yg tu dg punya line == fxxxx lg)…
pastu, aku pun tertipu..bila aku dah bagi ic aku semua, dia ckp kena bayar rm50 untuk registration..sblum x ckp pun..
kalau korg nk tau, mamat ni kerja kt dg kat jalan india kut (kat KL laa, dkt ngan putra/star lrt (yg ada stesen titiwangsa))…aku cari dia, tapi dia dah pindah tempat lain (fxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)…kalau aku jumpa dia lg, bumi lah jawapannya…
pasal speed edges dg, maximum donlod speed aku pernah dapat ialah 30KB/s (yg ni mmg paling maximum, takkan lebih dari ni).. tapi time sibuk tu tak dapat 30 KB/s laaa..
kalau heavy downloader, jgn ambik dg… aku donlod 8GB dalam 10 hari.. lepas tu, selalu dc (dalam 15 minit).. aku on jer, tgh syok2 surfing tetibe dc (haiiyooooooooooo)… dg ni untuk pengguna yg tak mementingkan speed, yg penting dpt check email n surf yahoo ke atau ape2 laaa…
skrg ni, aku bercadang nk amik celcom.. nk test dpt hsdpa ke x.. aku pernah nampak org yg guna celcom hsdpa ni dlod speed dia 40KB/s je (x stabil lagi)… lagi laju dari iziisux (kot) (aku pernah pakai iziiisuxxx, mula2 ok, tapi bila dah ramai org yg guna, jadi cam syallll)..
so, silalah langgan screamyx; lebih stabil… kalau p2p user, korg leh guna torenfluksssx.. 30 jer untuk sebulan (murah2)…
October 27th, 2008 at 1:46 pm
i da gune digi broadband unlimitted rate Rm66/month.
mase mule2 gune mmg lmbat gile ar..
but makin ari slalu on9,, so da mkin laju ar..
better than other..
kalaw nk chatting..email. n g lain2 tu mmg best ar..
yg tak brape best bile nk download youtube ke,,
mmg lmbat..
but still bley thn laa..
try la..
then u compare from other services..
October 29th, 2008 at 11:00 am
setakat surfing, dial-up pun OK..
kalau nak surfing, email, chatting, baik ambil yg pay per use..
x sampai 50 pun sebulan..
kalau untuk HEAVY DOWNLOADER, baik ambil streamix (rumah) @ celcuum (portable = hostel)..
lebih baik korg tny dulu member2 yg pernah pakai..chiaow
November 16th, 2008 at 4:13 pm
boleh tlng??? aku ni 1st timer nak advise + view ckit…aku pakai maxis tp kekadang leh baut aku high blood…..chowwwww
November 18th, 2008 at 6:13 pm
Nie nak tny skt??antara kelajuan internet 7.2mbps dan 100.00mbps yg mana lebih laju???tolong jawab….plzzzzzzzzz
tahnk you