Sudah sebulan lebih saya menggunakan perkhidmatan wireless 3G dan apa yang buleh saya katakan tentang servis ini ialah setahat puas hati sahaja.
Mungkin sebab saya hanya melanggan pakej minima maka servis yang saya dapat juga minima?
Pada ketika ini terdapat tiga syarikat telco yang menawarkan perkhidmatan jalur lebar 3G iaitu , Maxis dan iZZi “4G”.Digi ada juga menawarkan jalur lebar tetapi gred rendah sedikit daripada 3G iaitu jalur lebar EDGE (29.5kbps ke 236kbps).

Celcom 3G dan Maxis 3G tidak perlu diperkenalkan lagi, tapi mana datangnya iZZi?
iZZi mula diperkenalkan pada suku ke-empat pada tahun 2007.Ia dikatakan mampu memberikan berkhidmatan broadband menggunakan teknologi iBurst sehingga terasa kelajuan “4G”.Tapi adakah ialnya lebih laju dari 3G(284Kbps~384Kbps) dan 3.5G / HSDPA (1.8Mbps~ 3.67.2Mbps~7.2Mbps)?
iZZi di punyai oleh iZZinet sdn bhd dikatakan mempunyai kelajuan 1Mbps.
Secara teknikalnya ianya bukanlah betul-betul menawarkan perkhidmatan 4G.
“4G” yang digunakan dalam selogan iklan hanyalah gimik yang mana menggambarkan perkhidmatan broadband mereka yang laju seperti kelajuan 4G.Secara rasminya tiada lagi 4G, malah 3.5G pun masih baru dan hanya sesetengah negara maju sahaja yang sudah mempunyai perkhidmatan itu.
Pakej iZZione didatangkan dengan 4jenis pakej.iZZione dengan RM66 sebulan, iZZiyou dengan RM98 sebulan, iZZipro Rm118 sebulan dan iZZiteam RM180 sebulan.
Bagi Pakej iZZiyou pelanggan akan dibekalkan modem “4G” jenis USB dengan kontrak 12 bulan untuk bayaran mudah RM98.
Untuk info lebih lanjut berkenaan iZZi broadband buleh la lawat ke laman rasmi iZZinet di www.izzi.com.my
Tak cukup dengan gimik “4G” , timbul pula tanda tanya kemana perginya Wimax yang digembar-gemburkan pada akhir suku pertama tahun 2007 sudah?
Pada masa itu kerajaan ada mengumumkan pemberian spektrum capaian jalur lebar 2.3 GigaHertz tanpa wayar Wimax kepada kepada Bizsurf (M) Sdn Bhd, MIB Comm Sdn Bhd, REDtone- CNX Broadband Sdn Bhd dan Asiaspace Dotcom Sdn Bhd.
Adakah tahun 2008 ini bakal menyaksikan kemunculan perkidmatan jalurlebar Wimax yang pertama?Sama-sama kita tunggu.
Berbalik pada tajuk utama, jalur lebar(Brodband) 3G mana satu kah yang lebih baik?
Sebenarnya sukar untuk menentukan mana satu pembekal 3G yang lebih baik memandangkan banyak aspek yang perlu di ambil kira bagi merumuskan siapa yang lebih baik.
Dari satu aspek infrastruktur pembekal telekomunikasi itu sendiri harus baik.
Dalam kategori ini celcom dilihat mempunyai sedikit kelebihan.Ini di sebabkan bukan sahaja celcom mampu memberi perkhidmatan 3G melalui pencawang celcom sediada tetapi mereka uga mempunyai akses dan kemudahan daripada TM Malaysia.
TM Malaysia merupakan gergasi telekom di Malaysia.Hampir setiap ceruk penempatan mempunyai cawangan nya sendiri.Ini memberikan satu kelebihan kepada celcom untuk meluaskan “jajahannya”. Saya tidak cakap kosong sebab saya pernah memasuki hampir kebanyakan ibusawat telekom yang mempunyai broadband di seluruh Malaysia semasa saya berkhidmat sebagai support dibawah TM LSS Network.Saya lihat sendiri infra 3G milik celcom di kebanyakan ibusawat TM.Tidak hairanlah jika Celcom 3G digelar yang terluas.
Walaupun begitu Maxis juga sudah kita sedia maklum mempunyai pengalaman dalam teknologi komunikasi mudah alih dan juga cukup lengkap dengan infra di merata tempat didalam Malaysia.
Saya antara salah sesorang pelanggan talian mudah alih Maxis sejak tahun 1999 merasakan cukup puas hati dengan perkhidmatan yang diberikan.
Tapi kita ni bercakap tentang 3G, bukan GPRS.Dari pengalaman saya menggunakan 3G dalam beberapa bulan ni.Selalunya sukar bagi saya mendapat signal 3G apabila dikawasan kampung.
Di rumah saya di kawasan kapar-pelabuhan Klang coverage 3G nya agak mengecewakan.Walaupun ada sesetengah tempat saya buleh mendapat 3 bar tapi dikebanyakan tempat saya hanya mendapat 1bar dan selalu terputus sebelum signal bertukar menjadi GPRS.
Sama juga situasi di kampung belah orang rumah saya di kota bharu.Raya haji hari tu saya banyak juga mencuba coverage 3G di salah sebuah wilayah jajahan celcom.Tapi dari apa yang saya dapat masih belum betul-betul memuaskan dimana ianya lebih lambat berbanding dial-up 56kbps.Walaupun begitu saya masih buleh membaca email serta mengemaskini blog cuma ianya memerlukan masa yang agak panjang lebih daripada biasa lah.
Sebelum lupa saya nak bagi tahu, pakej 3G yang saya ambil ialah pakej D68 dimana ianya hanya menawarkan 3G dengan data( SMS) sahaja.Mungkin pakej 3.5Gx mempunyai keputusan yang berbeza.
Salah satu lagi aspek dalam penilaian capaian 3G ialah peranti atau modem itu sendiri.
Ada banyak dan brand modem 3G/3Gx/HSDPA buleh didapati dipasaran.Setiap jenis dan brand buleh memberikan prestasi yang berbeza-beza.
Antara jenis modem 3G ialah jenis PCMCIA untuk Laptop/Notebook/Komputer Riba.
3G Express Card untuk Laptop.
dan 3G USB Modem untuk Laptop ataupun Desktop.
Brand 3G modem pula adalah seperti Novatel Merlin, Vodafone, Sierra Wireless
Aircard, Huawei, Option GT MAX, Orange 3G datacard, Maxis datacard, T-Mobile dan banyak lagi.
Harga untuk setiap modem adalah dalam lingkungan RM300 ke Rm1000 ++.
Secara Amnya masih ramai yang kurang berpuas hari dengan perkhidmatan yang ditawarkan oleh mana-mana operator 3G Malaysia pada masa ini.Ini dapat di lihat di forum-forum IT tempatan yang kebanyakan daripada pengguna masih merungut dengan perkidmatan 3G yang mereka langgan.
Faktor coverage / capaian 3G di Malaysia masih menjadi isu utama.Capaian di bandar-bandar utama didapati lebih baik berbanding capaian di bandar kecil ataupun pinggir bandar mahupun kampung.
Maka dengan ini buleh disimpulkan (untuk masa ini), jika anda ingin mencari penyelesaian/solution bagi keperluan 3G broadband untuk bisnes anda, adalah lebih baik untuk anda cari lokasi yang strategik terlebih dahulu.RM68 utntuk kebanyakan pakej 3G broadband dilihat sebagai satu alternatif bagi sesiapa yang inginkan capan internet tanpa had kepada dial-up 56k yang mana jika dihitung ianya jauh lebih jimat.Tetapi itu bergantung juga kepada tahap kebolehcapaian dan keboleh percayaan perkhidmatan yang diperolehi oleh pelanggan.
Akhir kata, pilih lah dengan bijak untuk kesenangan di hari mendatang
p/s: Jika anda menggunakan 3G bulehlah kiranya beri testimonial kepada perkhidmatan yang anda langgan.Terima kasih.


Langgan RSS
Nizam MD
Posted on January 13th, 2008 at 6:45 pmAs you know, the 3.5G (especially for Maxis) is only implemented in Big Cities like KL, JB and Penang. Maxis is starting to move forward with other cities as well. It is similar to Celcom.
The problem with these operators is that 20% of the customers are using 100% of the bandwidth. Customer download abusively using P2P or bittorrent sites are killing the bandwidth of the other users. They are trying to stop this by blocking the ports etc..
By the way, there is a limit whereby how many users connected to the network using 3.5G while other will still be using 3G.
Paypal2u Bloggers
Posted on January 20th, 2008 at 5:57 amPada pandangan gua la… paling best servis setakat nie adalah DIGI Broadband… tidak mengecewakan malah kekadang tue lebih laju dari Maxis Broadband atau Celcom Broadband.
admin
Posted on January 20th, 2008 at 7:09 ambro, brape rate dload u dapat guna digi tu?
sanji
Posted on January 21st, 2008 at 5:33 pmiZZi’s “4G” is not the real 4G technology.they’re just fooooling those who know little on WiMAX.this is so unethical.they claimed to b the only 4G provider.but the truth is,4G is not yet released.research on 802.16n is still in progress n expected to release by end of this year.4G can provide up to 100Mbps data rate for mobile n 1Gbps for fixed, but not up to 1Mbps only as provided by iZZi.maybe “4G” tu cuma nama product diorang,but it is so uncool to take advantage on people’s limited knowledge.baik letak “44G” ke..”100G” ke..penipu cam maxis gak.
admin
Posted on January 22nd, 2008 at 3:03 pmhehe..yes bro..like I said in my post izzy just doing marketing gimmic ..or would I say izy is a scam? hehe..
scam lah sebab claim 4G dalam iklan tapi dlm reality speed nak sampai 3G pun susah..
harap kementerian telekomunikasi ambil berat isu ni, jangan biarkan telco service provider buat marketing “melampau”..
dzhul
Posted on February 17th, 2008 at 4:36 pmni sedikit tambahan info…kalo maxis dan celcom memperkenalkan pakej 3g, tapi bagi digi ia hanya memperkenalkan pakej broadband berasaskan edge….perlu diingat kawasan dan liputan 3g hanya boleh didapati dikawasan bandar2 besar dan masih terdapat beberapa kawasan terutama perkampungan yg tidak mendapat liputan 3g, jadi memilih pakej digi broadband adalah terbaik utk pengguna seperti ini, kerana digi boleh support edge dikawasan yg juga ada liputan gprs, bermakna kawasan perkampungan dapat menikmati kelajuan ini iaitu 284 kbps, berbanding celcom dan maxis diluar kawasan 3g hanya 56kbps jer…Pilih pakej berdasrkan tempat anda berada dan utk kegunaan masa depan…
zamree
Posted on April 15th, 2008 at 9:13 amSaya telah guna DiGi EDGE sejak 2005. Saya amat berpuas hati perkhidmatan ini. Dulu untuk pakej Unlimited RM99/bulan sekarang menjadi RM66 sejak hujung tahun lepas (November2007). Selepas Maxis dan Celcom memperkenalkan Unlimited 3G dengan kadar RM68. Bagi suppliment unlimited pula dengan harga RM33 sahaja. DiGi tidak merasa tergugat dengan meletakan harga RM66 pakej tersebut mungkin mereka percaya speed Maxis 3G dan Celcom 3G tak akan selaju mana kerana perlu berkongsi laluan dengan perkhidmatan suara/sms/MMS/video call menyebabkan berlakunya pengurangan speed. Pemerhatian saya speed yang boleh dicapai DiGi EDGE dengan menggunakan speedometer dari http://www.tm.net.my mengunakan modem handset NOKIA6201 dengan sambungan bluetooth 7-20KBps (56kbps-160kbps) untuk dalam liputan EDGE dan 3-5KBps (24-40kbps) untuk liputan GPRS.
biskut julies
Posted on April 17th, 2008 at 1:53 amskang nie saya baru jer melanggan celcom n digi broadband…
saya nak tanya la… betul ker kalo kita download akan di kenakan caj lain..?
Dea
Posted on August 5th, 2008 at 12:33 amSaya juga baru menggunakan DIGI Edge. So far performance mmg ok walaupun maybe tak selaju 3G. pernah satu ketika saya balik kampung yang terletak agak pendalaman sedikit..tak disangka connection Digi EDGE saya lebih dari connection dari rumah saya yang terletak betul-betul dalam kawasan bandar..Selain dari itu packagenya yang agak murah memang mampu bayar kepada sesiapa yg berminatt.
kerja sambilan
Posted on August 8th, 2008 at 10:53 amsaya dah guna celcom dan maxis…pd saya dua2 sama aja…average 200kbps..
jamili
Posted on August 8th, 2008 at 2:03 pmSaya baru guna Celcom D68,performance setakat ini ok..di Pekan Kapar tak ada masaalah..signal ok le..saya guna modem E220.Download 370kbps,upload 114kbps.Ada masa dapat signal HSDPA,biasanya signal UMTS.Kalau nak banding dengan streamyx yang saya guna sebelum ni memang le berbeza…,tapi yang bestnya lebih menjimatkan.
Helmi
Posted on September 5th, 2008 at 11:03 pmHampir setahun saya menggunakan khidmat Celcom 3G D68, performance setakat ini sangat mengecewakan. Signal tak menentu, fluctuate dan selalu disconnect menyebabkan sukar untuk saya stay online dengan konsisten. Kadang tu waktu kemuncak download speed macam siput mengalahkan dial-up modem kecewa tul la rase nak gigit je enpon nih. Saya pakai pon sebab selalu outstation so mmg desperate nak online. Buat masa ni pilihan tiada cume menunggu kehebatan Wimax yg digembar-gemburkan itu. Sesape yg dah test P1 bolehlah bagi testimonial.
khairul
Posted on September 6th, 2008 at 12:32 amHelmi,
kita senasaib.
saya baru sahaja bulan ini cancel D68 subscription.
atas alasan yang sama, “lembab”!
sangat susah nak dapat “3G” asik2 gprs..
kat rumah mmg saya pakai streamyx, beberapa bulan lepas saya saja nak cuba celcom D68 sebab keupayaannya yg mobiliti.
tapi hampa..ditempat saya kerja (bandar klang) pun sangat teruk signalnya, sama juga di rumah..langsung tak dapat “3G”..
kita sama-sama tunggu je la Wimax tu bila dah meluas, kalau ikut atas kertas, memang Wimax ni sepatutnya lebih mantap..sesama kita tunggu,
Akoo
Posted on September 16th, 2008 at 12:44 pmDah lebeh setahun sy guna digi broadband. Cukup puas hati, kadang tu mmg slow sikit. Lebeh2 lagi kalau ada kes DSAI, streamyx pun slow gileeer… Apapun, digi mmg best, tu dekat pedalaman sabah tu…kalu dekat bandar besar, mesti lebih best!
http://www.cakapsaja.com
khairul
Posted on September 17th, 2008 at 3:26 amHi Akoo,
betul ke digi best?
yang awak pakai tu digi EDGE ke?
wan
Posted on September 20th, 2008 at 6:13 pmutk pengetahuan umum, sblm melanggan service tu anda kena la test dulu. mmg la service provider akan ckp produk mereka yg terbaik, tp lastly kita sebagai pengguna yg perlu membuat keputusan produk yg mana sesuai utk kita. tak semua kawasan akan dpt liputan 3G di malaysia. walaupun di kl atau selangor, bg yg tinggal di flat atau apartmen signal mmg akan fluctuate disebabkn rintangan bangunan. Faktor2 ini tidak disedari oleh pengguna. sbgai contoh bagi pengguna celcom, anda boleh try terlebih dahulu dgn melanggan ‘Daily Unlimited’ iaitu RM8 selama 24jam dan cuba browse di kwsn anda tinggal utk test keupayaan signal. sekiranya anda puas hati baru la langgan. Ini adlh lbh baik dari terus melanggan tetapi kecewa di kemudian hari. Dlm hal ini pengguna harusla bijak utk menilai service mana yg lebih baik berdasarkan keperluan anda. Saya adlh pengguna voice pckg Celcom dan Hotlink Maxis, manakala Broadband Celcom dan Maxis. So kita tak perlu ‘bias’ kpd mana2 produk sbb yg pentingnya kita sbg pengguna yg bijak memilih.
Saya memilih postpaid celcom kerana dgn penggunaan saya setiap bulan pakej celcom menjimatkan saya disamping dpt call secara percuma kpd keluarga dgn pakej yg ditawarkan. Dgn Hotlink prepaid saya dpt sms kpd kwn2 saya dgn caj berpatutan.
Broadband Celcom di kwsn rumah saya di kwsn selayang tidakla berapa laju tetapi saya telah buat report kpd celcom dan mereka jamin mslh ini akan selesai dlm penggal pertama 2009. disebabkan ini saya memilih 3G Maxis utk kegunnaan di rumah kerana full signal HSDPA/3.5G dan setakat ini mmg puas hati ketika melayari internet. Broadband Celcom saya guna di kg saya iaitu di wakaf bharu kelantan. utk makluman semua, saya pernah test streaming berdekatan tesco kb dan siaran yg jelas tanpa gangguan walaupun tgh bergerak dgn kereta. Antara kwsn di KL/Selangor pernah saya test dgn Celcom Broadband dan mendapat kelajuan 3.5G adalah di Ampang, Jln Tun Razak, KL Sentral, Kepong, Shah Alam (dkt Perpustakaan Negeri) dan KLIA.
Kesimpulannya, pengguna sendiri perlu menilai dgn bijak berdasarkan kegunaan sendiri dan pilih dgn bijak pakej dan service yg sesuai. wasalam
khairul
Posted on September 21st, 2008 at 2:18 amTerima kasih wan atas penerangan panjang lebar,
memang betul pemilihan pelayan 3g yang mana satu harus dipilih terletak pada tangan pengguna.
sebab itulah saya tak ambil maxis dikawasan saya dan saya cancel celcom D68 setelah tidak puas hati dengan servis mereka.
Saya lihat wan bercerita mengenai pengalaman wan bersama hsdpa dikawasan tertentu, tetapi adakan wan ada membuat testing bagi kelajuan 3G? Saya ada membuat survey di internet dan rata2 pelanggan D68(3G) merungut mereka mendapat servis yang teruk padahal ada pengguna lain dikawsan yuang sama iaitu pengguna 3.5G mendapat servis yang baik.
Dengan kata lain walaupun dikawasan itu pengguna hsdpa(3.5G) dapat servis baik, ia tak menjamin pengguna pakej 3G ditempat yang sama.
buat apa kita perlu subcribe dan bayar lagi kita tak dapat perkhidmatan mereka, betul tak?
pada masa saya subscribe dulu saya duduk kepong, tapi pertengahan tahun ni saya dah pindah ke klang. selama berbulan2 saya takdapat servis disini dan akhirnya membuat keputusan utk unsucscribe.
bukan nak cerita fasal bias atau tidak, tetapi kita bercerita fasal fakta dan ketidak puashatian pelanggan seharusnya tidak boleh diketepikan.
pihak pembekal service peru mendengar setiap rungutan pelanggan supaya mereka dapat melakukan kaizen dengan lebih berkesan.
dan saya pasti pihak berkenaan memang ada ambil tindakan, cuma ianya memerlukan masa.
Saya faham situasi mereka sebab saya pernah kerja di TM di unit LSS, tak kiralah dibahagian admin , marketing atau teknikal , dari pentadbiran dan pengurusan di pusat mahupun akspek teknikal di site saya dah lihat.
Proses pelaksanaan bagi penambah baik sesuatu servis itu memakan masa berbulan2, daripada proses menerima input sehingga imprementation. memang bukan sesuatu yang boleh dibuat dalam masa yang singkat.
Jadi saya bukan terus kondem pihak berkenaan, tetapi memberi peluang mereka untuk memberbaiki perkihdmatan mereka. dan bila saya dapati servis mereka sudah pulih atau diperbaiki barulah saya kembali mendapatkan khidmad mereka semula.
joe
Posted on September 23rd, 2008 at 2:39 pmhelo semua,
saya ingin kongsi skit ler ttg broadband celcom ni…tapi skrg dh terminate sbb bhgin tmpt tinggal sy tak ada 3g coverage..bg sy ada 3g ka tk ada 3g ka celcom tetap sama jg lambat…sbb line sentiasa sibuk jer…last2 sy tukar Digi Edge.setelah guna Digi ni, hinggalah sekarang cukup puas hati walaupun saya tigal di pedalaman…bila fikir2 balik Walaupun Edge je,adalah lebih baik dari guna 3G sbb Egde apa2pun masih di tengah2 antara 3G dengan GPRS…..so Digi EGDE setakat ni tak mengecewakan saya utk melayari internet walaupun kdg2 lambat skit…..daripada lambat terus dengan D68 Celcom….tak percaya u all cuba la kat digi egde DG66…tu ja pandangan sy dari sabah, papar…..(melinsung summer resort)
sonar
Posted on September 24th, 2008 at 9:02 amHi, baru saja menggunakan maxis 3G selama 4 hari. Setakat ni di area Port Klang masih ok lagi xde tersangkut-sangkut. Betul ke Digi EDGE lagi baik? Berapa kosnya tiap-tiap bulan?
Puchong_ boy
Posted on September 28th, 2008 at 5:56 pmDear sonar,
kawan serumah saya skrg ne melangan maxis broadband hsdpa 3.6G, masalahnya skrang ialah connection speed tidaklah sehebat sprti mana mula2 melanggan. Lepas shja 5@6 hari connection tak taulah nak kata apa… mmang “LEMBAB” nak mampus.. dahlah tu trsekat pula ngan contrek 18bulan… setakat ne.. saya bnyak trbaca diforum online mngatakan celcom broadband lagi baik berbanding dgn maxis..
kenakaren
Posted on October 6th, 2008 at 6:31 pmi dah pernah pakai 3g maxis lembab sgt tak stable jadi i terminate n sekarang pakai tmnet broadband 1mb about rm99 sebulan memuaskan hati so far with the speed tak pernah sangkut ke apa…… tentang digi edge tak try lagi dgr pulak edge mmg kurang sangkut maybe tapi kalau download apa2 stuff mesti tak begitu laju pasal edge speed dia limited to download
dlied
Posted on October 12th, 2008 at 1:52 amape kejadah ni maxis bayar 90lebih sebulan.mule2 ok phtu hampeh speed power ah skit?
bangkai
Posted on October 14th, 2008 at 4:07 pmbodoh la bagi sesapa yg langgan service mahal2 tapi speed mcm siputbab*..
duit tu rugi jer..laju x penting, yg penting kepuasan hati korg..
kalau buang duit bebnyk, tapi hati x puas, buat pe?
baik ko bagi kt aku jer duit tu..
bangkai
Posted on October 14th, 2008 at 4:20 pmaku pernah guna digi EDGE..
==”:[:
aku kena tipu (oleh ………….), dia ckp bayar advance untuk 5 bulan, pastu dg rebate balik duit tu (fxx u laaaaaaaaaaa)
dia ckp edges ni laju, pastu siap bagi aku test internet screamxy dia (dia ckp yg tu dg punya line == fxxxx lg)…
pastu, aku pun tertipu..bila aku dah bagi ic aku semua, dia ckp kena bayar rm50 untuk registration..sblum x ckp pun..
kalau korg nk tau, mamat ni kerja kt dg kat jalan india kut (kat KL laa, dkt ngan putra/star lrt (yg ada stesen titiwangsa))…aku cari dia, tapi dia dah pindah tempat lain (fxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx)…kalau aku jumpa dia lg, bumi lah jawapannya…
pasal speed edges dg, maximum donlod speed aku pernah dapat ialah 30KB/s (yg ni mmg paling maximum, takkan lebih dari ni).. tapi time sibuk tu tak dapat 30 KB/s laaa..
kalau heavy downloader, jgn ambik dg… aku donlod 8GB dalam 10 hari.. lepas tu, selalu dc (dalam 15 minit).. aku on jer, tgh syok2 surfing tetibe dc (haiiyooooooooooo)… dg ni untuk pengguna yg tak mementingkan speed, yg penting dpt check email n surf yahoo ke atau ape2 laaa…
skrg ni, aku bercadang nk amik celcom.. nk test dpt hsdpa ke x.. aku pernah nampak org yg guna celcom hsdpa ni dlod speed dia 40KB/s je (x stabil lagi)… lagi laju dari iziisux (kot) (aku pernah pakai iziiisuxxx, mula2 ok, tapi bila dah ramai org yg guna, jadi cam syallll)..
so, silalah langgan screamyx; lebih stabil… kalau p2p user, korg leh guna torenfluksssx.. 30 jer untuk sebulan (murah2)…
ZeeRA
Posted on October 27th, 2008 at 1:46 pmi da gune digi broadband unlimitted rate Rm66/month.
mase mule2 gune mmg lmbat gile ar..
but makin ari slalu on9,, so da mkin laju ar..
better than other..
kalaw nk chatting..email. n g lain2 tu mmg best ar..
yg tak brape best bile nk download youtube ke,,
mmg lmbat..
but still bley thn laa..
try la..
then u compare from other services..
bangkai
Posted on October 29th, 2008 at 11:00 amsetakat surfing, dial-up pun OK..
kalau nak surfing, email, chatting, baik ambil yg pay per use..
x sampai 50 pun sebulan..
kalau untuk HEAVY DOWNLOADER, baik ambil streamix (rumah) @ celcuum (portable = hostel)..
lebih baik korg tny dulu member2 yg pernah pakai..chiaow
jobi
Posted on November 16th, 2008 at 4:13 pmboleh tlng??? aku ni 1st timer nak advise + view ckit…aku pakai maxis tp kekadang leh baut aku high blood…..chowwwww
Fasha
Posted on November 18th, 2008 at 6:13 pmNie nak tny skt??antara kelajuan internet 7.2mbps dan 100.00mbps yg mana lebih laju???tolong jawab….plzzzzzzzzz
tahnk you
mantoya
Posted on December 4th, 2008 at 10:16 amPernah ke dapat internet 7.2mbps? apatah lagi 100mbps? tak pernah ku dengarnye..
Kalau kat ISP wujudlah tu. Tapi kita sebagai pengguna akhir (end user) rasanya tak pernah dapat tahap tu.
Sebab, dari ISP cam TMNET tu, dia bagi link dari stesyen dibandar ke taman/blok/kampung dengan satu link, 2/10/100/mbps ikut yang mereka fikirkan patut, masuk ke DSLAM (pencawang/suis untuk xDSL) pastu baru masuk ke kabel tembaga telefon line ke rumah/pejabat kita. Tulah yang kita dapat ADSL/SDSL sampai 4mbps. Kita kena kongsi talian 2/10/100 tu dengan tah berapa ramai lagi pengguna ADSL.
Kalaupun kita ada modem yang sambung ke komputer kita pakai 10/100mbps ethernet, takat tu je yang 10mbps atau 100mbps. Dari modem ke DSLAM tulah yang kita dapat 384/512/1m/2m/4m. Takde yang 7.2m setakat ni kut.
Kalau kat wireless 3G, dapat 3.6m ke 7.2m ke, tu sambungan modem ke base station. Pastu kena kongsi line dari base station lompat beberapa link baru sampai ISP.
Namun, kalau ada pilihan kat local network, pakailah yang tinggi je. senang nak transfer files.
Chael
Posted on December 6th, 2008 at 6:45 pmSy bru guna maxis dlm sebulan lebih. Dpt pakej yg x kontrak. RM118 per month. Masa kat hostel (area puncak alam-sek u10), kelajuannye blh tahan. Takdelah rse mcm nak sawan klu tgh nak wat research. Juz pandai putus2. Nak download video mmg 1 hal. Kdg2 lgsg tak dpt connect. Huh!
Skg ni cuti, tgl kat bdr bru sentul. Btol2 dkt tren sttn. Mkin menjd2 plak sawan putus connection maxis brdbd nih! Klajuan biasa…
My fren guna celcom, RM68 per month. x guna modem. Katanye, laju. Youtube pun laju. Igt nk stop maxis n try celcom. Due 2 harga yg lebih murah lur…tp berbaloi ke? or digi? area puncak alam n pedalaman sabah…digi boleh survive x?
Comment pls…
mantoya
Posted on December 14th, 2008 at 4:30 amSatu benda kita semua terpaksa terima ialah, sambungan jarak jauh untuk komunikasi kosnya tinggi. Jadi, ia adalah “sumber terhad” atau “limited resource.”
Kalau sambungan jarak dekat dalam satu bilik, atau satu bangunan tak lebih 100 meter, senang saja dan agak murah. Pasang kabel UTP, signal pun dah tak lepas kalau lebih 30m. Mana nak dapat 100mbps lagi. Tapi boleh lagi guna fiber optik. Ke bangunan sebelah boleh la lagi sangkut2 kat mana2 tiang. Nak ke pekan lain dah kena ikut peraturan majlis daerah dsb. Pakai WIFI boleh la cover 100m radius. Kalau banyak2 wifi, jem jugak. Kalau nak jugak, boleh buat wireless backhaul, kosnya sanggup ke nak tampung sendiri.
Sudahnya telco jugak yang boleh buat infra ni. Atas kekangan sistem dan kos, sambungan jarak jauh hanya sedikit sahaja dan kenalah dikongsi dengan bijak sesama pengguna, dengan telco mengurus sebaiknya sumber terhad itu.
Ingatlah. Yang kita bayar untuk broadband sebenarnya terlalu murah berbanding buat sendiri talian tu, atau menyewa talian persendirian (private line) atau talian sewa (leased line). Jadi gunalah secara berhemah. Usah download/upload benda2 yang tak berfaedah, tambah lagi yang menyalahi undang2.
khairul
Posted on December 15th, 2008 at 12:04 pmhuhu… betul cakap mantoya tu..
tapi sebagai customer diorang mana nak fikir tu semua..
diorang fikir diorang bayar servis tu, so sepatutnya diorang dapat la apa yang kompeni telco tu claim.
kalau telco tu claim 3.6Mpbs dah tentu diorang nak selaju 3.6Mpbs kan..
customer taknak tahu prob telco, itu urusan dalaman telco.kalau ada masalah kasi setel la.
kalau tak boleh bagi servis cakap awal2 tak boleh bagi, lagi bagus kalau langsung tak pakai servis daripada bayar tapi hanya dapat guna 5 ke 10% servis daripada apa yang telco tu claim..
tengok kat company2 yang diamanah kan oleh kerajaan utk implementasikan aplikasi WIMAX, brape kompeni je yang berjaya lancar perkhidmatan tu?
kesihan kat pengguna yang mengharap perkidmatan WIMAX ke rumah mereka..
nampaknya kene tunggu lagi la beberapa tahun baru dapat merasa High Speed Wireless Broadband..
camna pun setakat ni masih puas hati dengan khidmat streamyx.
cuma tak mobile lah..huh!
~~DiGiZiii~~
Posted on December 22nd, 2008 at 11:12 amSaya berpuas hati apabila menggunakan (PREPAID DIGI)!!!!!Kerana dia adalah kadar rata terendah di Malaysia ini…..!!!!!Liputan dia pun terluas macam celcom & maxis!!!So kalau boleh,,semua orang menggunakan SIM CARD DIGI!!!!
mantoya
Posted on December 24th, 2008 at 10:03 amFaktor manusia biasalah tu. Nak bayar paling sikit. Nak dapat paling banyak.
Kat pihak pembekal perkhidmatan pun satu hal. Marketing tau tarik pelanggan je, janji gila2 punya, tapi tak tau sistem dan kemampuan sistem secukupnya. Kalaupun teknikal dah bagitau limitation, sales bukan peduli pun, janji ada sales. Ada Mashuk.
Ni macam wireless. Tau ke diorang sales ni specs dan cara kerja wireless. TDMA, CDMA point to multipoint dan lain-lain.
Masa nak beli WiFi access point, wireless router dlink-300 haritu, salesman kata berapa banyak WiFi client pun boleh sambung. Tapi mana ada cakap benda ni shared. Yang kalau 1 client je boleh dapat 54Mbps, kalau dah 2, kenalah bagi2 dan seterusnya. belum lagi masuk overhead. Kalau ada 10 pun semput jugak. Nak transfer file slow semacam giler sebab dah biasa fast-ethernet.
Ini pulak sambungan jauh. piring microwave yang telco pakai sekarang banyak sistem PDH 2mbps, 8mbps, 34mbps. Kalau yang 140mbps kena pakai piring besar dan selalu untuk link jauh 40km. Lagi jauh kena lagi besar piring, dan ikut jarak gelombang / frekuensi . hehe panjang [ulak kalau cerita microwave ni.
Tapi gitulah. kebanyakan tak tau teknikal. taunya salahkan pihak lain je.
mantoya
Posted on December 27th, 2008 at 6:27 amLaaa.. janganlah semua orang pakai DiGi.. nanti digi akan jem jugak. Lain la kalau nanti Digi dapat semua frequency assigned kat celcom , maxis n umobile.
Kena ada competition. pembangunan berhenti atau slow nanti kalau dah jadi monopoli. takdelah lagi dapat “kadar rata terendah digi” macam tu.
Jaka Kembung
Posted on January 14th, 2009 at 7:06 amCelcom Broadband Package..
Celcom d68 ( Basic): RM68/mth – unlimited access – speed up to 384kbps- 3G, without contract –
modem beli asing (RM 399 – RM 499 – Huawei brand E160G – 1yr warranty)
Registration : RM68 (upfront) – tolak 1st mth bill
Celcom d98(Advance): RM98/mth – unlimited Access speed up to 3.6Mbps- HSDPA, without contract –
modem beli asing (RM 399 – RM 499 – Huawei brand E160G – 1yr warranty)
Registration : RM98(upfront) – tolak 1st mth bill
Celcom rm99 ( Basic)- contract – coming with modem (Huawei brand E160G – 1yr warranty): RM99/mth x 18mth – speed up to 384kbps
Registration :RM 199(upfront)
Celcom rm129 ( contract) – coming with modem (Huawei brand E160G – 1yr warranty): RM129/mth x 18mth – speed up to 384kbps
Registration :RM 199(upfront)
hehe.. brochure diambil kat member dealer celcom..
then pinjam modem dia nak try ( plus belasah dia nye d98 package).. so far dah 3 minggu aku pinjam, tak mengecewakan.. aku lepak area Klang, Shah Alam, Puchong – town area semua aku dapat High Speed, yang best tgk youtube takde sangkut..kengkadang je sangkut kira-kira dua tiga lahzah pastu canteekk je.. download memang kow2 la.. terus aku lupa streamyx jap.. kalau aku pi area Pahang, JB, Penang kat town memang High Speed tapi tak semua area la, for sure area kampung tak cover.. kat klang valley pun tak semua area cover..
So far kalau nak try broadband ni try gi kat booth diorang ( biasa ada depan supermarket/mapley 24hrs ) – pastu suruh diorg buat demo, pastu suruh diorg check coverage tempat korang nak tengok ( kalau gi celcom nye web pun ade, check kat coverage map)
then tgk tempat tu ada cover high speed ka..3g ka..gprs ka.. kalau hang pi beli yang d98 pastu tempat hang just cover 3g, baik beli yg d68.. hehe.. jadilah pengguna bijak!!
Maxis?? Digi ?? hmm.. aku surf web diorg tgk coverage map..hmm.. tak tau nak cakap ape la..baik korang tgk sendiri coverage depa.. sebab gua ni kerja selalu travel, so coverage area ni penting bagi aku..even gprs sekalipun.. Bijak membeli..Menang memakai..
aku pakai broadband ni bukan ape, nak tunjuk eksyen kat org kampung! lepak kedai kopi pakai broadband..memasing dok jeling2 tgk gua…HUA HUA HUA Riak sungguh!!
Rasa macam artis dangdut !! Siap ada org tanya tokey, kedai dia ade wifi ke?? Muakakakaka..
Kalau sesape area Klang-Shah ALAm -Puchong-Kajang nak try broadband celcom ni, contact budak ni : amat: 012-xxxxxxx ( door to door servis pun dia leh buat) haha cam fedex la pulak.. apa ade hal tolong promote member..
Adiosss..AmigoSS
Jaka Kembung
Posted on January 14th, 2009 at 7:14 am*Ralat ;; pembetulan..
Celcom rm129 ( contract) – coming with modem (Huawei brand E160G – 1yr warranty): RM129/mth x 18mth – speed up to 384kbps
Registration :RM 199(upfront)
sepatutnya ditulis seperti ini:
Celcom rm129 ( contract) – coming with modem (Huawei brand E160G – 1yr warranty): RM129/mth x 18mth – speed up to 3.6Mbps ( HSDPA)
Registration :RM 199(upfront)
Maaf atas kesilapan info : tau member aku ni n celcom nyer dealer, marah plak kang..
Adiosss..
hery
Posted on January 29th, 2009 at 7:11 amaku guna celcom d68…aku duduk area seksyen 6 shah alam lebih kurang 1 kilometer dari opis celcom..seakat ni mmg aku puas hati…HSDPA ada tapi pandai ilang2 mcm biskut ..walaupun kerap tukar UMTS(3G)…speed dwnload dalam 35kbps-60kbps..
hery
Posted on January 29th, 2009 at 7:20 amakum semua..aku ada baca artikel tentang modem sierra AirCard 595U USB…modem ni ranking nmbr 1 pilihan pengguna wireless USB dari segi performance,stabil dan kelancaran melayari internet..so sesiapa yg ada guna, explain la sket….
mantoya
Posted on January 29th, 2009 at 10:44 amBukan ke WiMax ni macam extension pada WiFi?
Wifi boleh connect AP ke client pada kelajuan 11, 54, 105Mbps dan antaranya.. tapi kalau banyak device nak connect ke AP, kenalah bahagi2 dan tolak lagi untuk kedua2 hala hingga effective transfer jadi kecik sekali.
Wimax sebab nak kena share dengan lagi banyak device, lagilah kecik transfer rate. Berapa max mbps dan max concurrent user, sapa2 tau?
hery
Posted on February 7th, 2009 at 11:23 pmSemalam aku on da way balik kmpg sg.kelambu,banting…setahu aku kat sana 3G mmg tak ade langsung kecuali la keluar pegi pekan banting tu…tapi semalam aku tengok kat line hp aku ada tertulis E kat line bar tu…dalam hati aku bila masa plak celcom ada servis EDGE ni..ingat kan hp aku dah sewel…hehehe…bila aku buka broadband guna modem e220..mmg sah celcom dah ada ada servis EDGE ni..setahu aku maxis dan digi je ada…so dapat la aku online menggunakan servis EDGE ni…takla seteruk GPRS….boleh la..download speed dalam 10kbps-18kbps…
mantoya
Posted on February 13th, 2009 at 4:38 amcelcom ada EDGE? roaming tak? kalau betul, elokla sikit.
Kalau ke arah Banting dah ada EDGE, kat Kuala Selangor dah ada 3G. Cumanya, setakat Kuala Selangor. Lepas je jambatan, dah takde “3G” kat tepon. Tanjung karang pun takde. Atas lagi ada ke sapa2 tau?
hery
Posted on February 13th, 2009 at 3:02 pmMemang celcom dah ada servis EDGE ni…hp aku tu memang tak menipu yg celcom dah ada EDGE ( hp aku jenis sony ericsson W910i)..masa balik shah alam, aku try test la buka modem huawei e220 tu…..aku ubah setting software modem tu CHOOSE CONNECTION TYPE—> GPRS PREFERRED atau GPRS ONLY..mmg signal EDGE yg keluar….nak kata roaming tu tak tau la plak,,,aku cadangkan supaya bro, kalau guna apa2 modem usb, kalau takde signal 3G kat tmpt yg bro sebutkan tadi, tukar setting 3G–>GPRS …kalau kelaur EDGE,maknanya roaming la tu…kat bawah ni image celcom EDGE yg aku capture masa baru nak wat connection…..
http://i60.servimg.com/u/f60/13/10/87/55/celcom10.jpg
mantoya
Posted on March 11th, 2009 at 5:02 pmOkey… aku pun dah beberapa kali dapat EDGE celcom. mutaakhir kat KL ni, sejak beberapa hari lepas, masa dalam bangunan, tempat agak ke dalam sikit. lambang 3G tak keluar, tapi bila bukak website, keluar huruf “E”. so memang celcom punya EDGE lah ni. Eloklah. masa takde 3G, dapat pakai EDGE. takle teruk sangat…
mourinho
Posted on March 13th, 2009 at 8:35 amSaya dah pakai maxis,celcom dan digi. Yg paling teruk ialah maxis sbb tak stabil. Celcom mula jer laju pastu slow. Digi adalah serdahana sbb connection ialah EDGE. Tapi dah 3 tahun saya pakai Digi, dari damansara,ke kg bongek n.9,kepala batas penang smpailah ke alor setar kedah talian adalah paling konsisten. Dia takdelah slow macam Celcom bila kita dah over limit 5gb. Digi broadband baru diperkenalkan dlm feb 2009 masih hanya liputan di klang dgn limit 50gb di mana Wimax hanya 20gb.You fikirlah sendiri!
Pasai pa org buat roti canai dia lipat kain ke atas?? Jawapan – nak lipat kain ker, nak angkat kain ker, nak buang kain ker,,,Pasai dia la …biaq pi kat dia
mourinho
Posted on March 24th, 2009 at 8:46 amDigi just changed their broadband policy for 20gb limit under EXtreme package. Check out their website. They have changed in just weeks since the launching date. Gosh…i hate these Malaysian telcos..
joko
Posted on March 30th, 2009 at 12:18 ambodoh smua. kene tiru celcom
mantoya
Posted on April 2nd, 2009 at 9:20 amapa nak buat. teknologi yang ada tak membenarkan downloading keterlaluan dalam wireless telco.
LIMITED RESOURCE bro. Sendiri mau ingat la.
Kalau resource bro banyak, silalah apply sendiri punya link. Siap duit jela.
Mana mungkin telco nak biarkan majoriti orang suffer, semata2 kerana nak bagi sebahagian kaki download berseronok je.
Fikir sendiri la.
mourinho
Posted on April 2nd, 2009 at 1:10 pmbiaq pi kat dia lah lydia. Nak jadi labu..labulah jadinya..kalau beli tebu, tebu lah dapatnya. kalau beli roti canai, you fikir sendirilah…
Wana
Posted on April 8th, 2009 at 10:24 amwei klau upload speed kebiasaan utk broadband advance brape arh??……
pok nik
Posted on June 7th, 2009 at 1:08 pmsy dah pakei brodban UMOBILE 3.6mbps sjk akhir tahon lepas..kat mane2 blog xder mane yg comment pasal umobile brodband ni….
1st..donload ok laju,ku bulih terima…
2nd..tp bila terover donload,kadang2 surf intenet pd peak time akn jd lembap giler..waktu biasa ok,peak time je…nak kate dah kena ‘throtle down speed’ xlah pulak sbb donload cam biase je…surf je slow…
3rd..bile aku jarang2 donload pd satu2 bulan, surf jadi okey pd peak time…hu2.mark aku nak kate ok ke tak adlh bukak m2u or bukak utusan/bharian…ms slow gampang m2u xleh bukak langsung..
orait,juz share je………………
tal-one
Posted on July 23rd, 2009 at 3:04 amsalam sejahtera..
ermm..
setelah baca kebanyakan komen kt cni..
mcm mau cncle beli clecom broadband..
memandangkan sy tinggal d pedalaman sabah(sook, keningau)
memerlukan service yg terbaik….
gimana sih..
kepala ku pusing baca mcm2 pendapat…
^_^
ad
Posted on August 24th, 2009 at 1:31 pmbrdband y aku gne clcm D68/mth..stkat ni mmg ak xbrp puas hati la..
aku dok kt uum sintok.pdlman gak r.tp ada line 3G kire ok la.but time aku blik umh kt lendu,a.gjh area uitm lendu gak r kan,mmg mcm siput tul time on9.skt ht gle gua..
taikunx
Posted on October 12th, 2009 at 4:49 amMasalah utama Wireless bradband (3G) di Malaysia ialah kesesakan talian kerna pengguna bertambah ramai dan server pembekal talian tidak dapat menampung keperluan atas talian, pembekal mesti mahu untungkan
johary
Posted on November 3rd, 2009 at 4:50 amhi kawan2,apakah yg terbaik utk khidmat internet mudah alih skrg?Saya tinggal di cheras dan dikawasan rumah pangsa. Tinggal di flat 17 tkt dgn menggunakan khidmat P1 wimax amat mengecewakan,celcom 3g juga mengecewakan..tak payahlah sebut lain..kecuali Streamix..tp saya tidak mahu ada telefon rumah. Jadi apa yg patut saya pakai utk kegunaan rumah seperti saya.
khairul
Posted on November 4th, 2009 at 6:27 ammmg tak banyak pilihan kalau duduk tingkat tinggi2 ..
pakai streamyx je la jawabnya..amik pakej tanpa yuran telefon..sekarang tak pasti ada lagi tak pakej tu..cuba tanya kat kedai telekom
Fathi
Posted on November 16th, 2009 at 4:51 pmsalam…
saya nk tny….broadband ne yg trbaik skg nie ek…..?
Maxis, digi or celcom…?
becoz saya nk try jugak……..
Fathi
Posted on November 16th, 2009 at 4:57 pmape coverage for Kota Kuala Muda, Kedah and penang….?