Malaysia dah Buleh Keluar Duit Paypal guna Visa / MasterCard?
Posted by: khairul in paypal, tags: keluar-duit-paypalYa, anda tak salah baca.Selepas Google membenarkan ahli adsense dari Malaysia mengeluarkan duit melalui Western Union, hari ini ada satu lagi berita yang pasti membuat anda semua terutamanya penggiat duit online merasa gembira.Saya dapat tahu yang pemilik akaun Paypal dari Malaysia sudah buleh keluarkan duit didalam akaun Paypal menggunakan kad debit/credit Visa/Mastercard.
Baru tadi saya cek akaun Paypal saya dan memang betul ada pilihan untuk keluar duit menggunakan kad Visa yang sama saya guna untuk proses verifikasi Paypal.

Dua Pilihan untuk keluar duit :- 1)Bank US dan 2)Kad Visa/Mastercard.

Borang pengeluaran wang Paypal menggunakan Kad Visa.
Menurut sumber masa yang diambil untuk transaksi pengeluaran dianggarkan dalam 5 ke 7 hari bekerja.
Had maksima pengeluaran untuk sehari ialah $500 usd .
Adakah dengan perubahan baik ini menunjukkan Pasaran Internet di Malaysia semakin buleh dipercayai oleh mereka-mereka “disana”?

(1 votes, average: 4 out of 5)




September 29th, 2007 at 3:33 pm
walawei! thanks a lot for da info
September 29th, 2007 at 3:44 pm
Same-same
September 29th, 2007 at 3:49 pm
Info baru ni.
Thanks… Ramai orang kita boleh melompat keriangan!
September 29th, 2007 at 4:05 pm
[…] Menurut gmos(sumber saya lah nihh) di dalam blog beliau (baca di sini) , beliau telah melihat sendiri pilihan untuk mengeluarkan wang didalam akaun beliau tertera […]
September 29th, 2007 at 10:08 pm
Info yang amat menarik, semoga perkembangan terbaru Paypal ini akan mengembirakan IM-IM di Malaysia ini.
Thanks
September 29th, 2007 at 10:24 pm
Khairul dah cuba ke kemudahan tersebut? Mau tak?
September 30th, 2007 at 12:46 am
Sama-sama Abooain,
Maizul,
sebenarnya segan nak cakap ni..bukan tak mau cuba tapi tak dpat nak coba sebab tak cukup syarat minima $10usd untuk keluar duit dari paypal
Ingat nak cuba juga nanti bila cukup syarat.Tapi rasanya tentu dah ada rakan-rakan kita yang dah cuba tu,kita tunggu berita dari diorang pula.
September 30th, 2007 at 2:24 am
Aku dah cuba keluar $40 hari nie pakai PB debit card..ape2 hal nati aku crita
5-7 Hari gak amik masa
September 30th, 2007 at 3:47 am
Saya dah cuba pindahkan USD10 ke kad kredit PBB hari ni. Jika dah clear nanti saya akan update di http://sukeri.com/malaysian-dah-boleh-keluarkan-wang-paypal/
October 1st, 2007 at 1:56 am
Terima Kasih Mat & Sukeri,
Apa-apahal nanti update ye
October 1st, 2007 at 3:21 am
Tq gmos for the info.Good news ni..
October 2nd, 2007 at 9:11 am
thanks bro for this update..
i found ur blog from forum WC..
October 3rd, 2007 at 8:36 am
Wow! Great!.. Easier for me to withdraw all my money, btw, what’s the charges rate?
October 6th, 2007 at 6:37 pm
memang berita baik…kalo dah berjaya kluarkan guna debit card cth PB debit card..post la ek…huhhu
October 22nd, 2007 at 8:46 am
tapi, kalau guna *eonbank freedom card, boleh tak guna utk kluar duit dari paypal ni??
*kad ni aku baru beli kat 7-eleven. rm25. topup rm60 min. dah 2minggu activate, tapi blum sampai lagi pin number. tension btol aku..
October 22nd, 2007 at 10:16 am
baloot,
kad eonbank freedom tu ade visa/mastercard tak?
kalau ada mmg besar kemungkinan buleh keluar paypal dalam tu la.
October 25th, 2007 at 10:34 pm
tol ke?
October 26th, 2007 at 5:47 am
ya nasrul aimie,
dah ada pun rakyat malaysia yang yang berjaya keluarkan paypal ke debit card mereka.
October 27th, 2007 at 2:10 pm
Terima kasih dengan maklumat yang diberi. Bersemangat lagilah nampak gayanya.
October 30th, 2007 at 3:07 pm
Memang bagus! Dah tunggu lama ni.
January 4th, 2008 at 7:13 am
Assalaumualaikum
Terima kasih saudara Nizam atas pemberitahuan PayPal ni. Cuma saya rasa ada pembetulan skit. HANYA card yg mempunyai VISA SAHAJA yg boleh withdraw duit daripada Paypal, kad MasterCard belum boleh lagi.
Memang, kalau nak DAFTAR (bukan withdraw duit) dengan PayPal, kita boleh menggunakan apa2 card kredit atau debit yg ada VISA / MasterCard, tapi masalahnya kalau nak withdraw duit, hanya VISA saja yg dibenarkan. Pelik jugak Paypal nih, patut dia bagi ler pilihan utk kita withdraw dgn kedua2 card tak kisah samada VISA atau MasterCard sbb bila nak bukak akaun Paypal, boleh pulak guna MasterCard. Time nak withdraw lak dia tak bagi guna MasterCard. pelik, pelik.
So, pada sesapa yg ada hasrat nak withdraw duit dari PayPal dgn menggunakan Eon bank Mol card ataupun Ambank NexG, mintak maaf banyak2 ler, mmg tak boleh bawak kuar sbb kedua-dua card tu ialah Mastercard dan bukan VISA.
Oleh itu, pilihan yg terbaik buat masa ni ialah mana kad kredit atau kad debit yg ada logo VISA. Kalo kad kredit, mmg banyak yg ada VISA, cuma bagi kad debit, setakat yg saya tahu, yg mempunyai VISA (pada masa ini) hanyalah kad debit Public Bank sahaja.
Sekian harap maklum
Joey JukeBox
untuk mendapatkan lirik2 lagu dan terjemahan lagu dari Bahasa English ke Bahasa Malaysia yg terhebat, sila lah ke http://www.blogspot.com
January 4th, 2008 at 10:54 am
Terima kasih Joey Jukebox atas highlight berkenaan kad mastercard tu.
nanti saya update posting dengan maklumat yang awak beri.
tq
January 23rd, 2008 at 9:37 am
..saya ada amek aw surveys online…dan die kata da dapat 75 dollar…die boleh redeem guna paypal…adakah ini benar…betulkah wang itu benar2 ada..
apakah saya perlu membuat debit card untuk mengeluarkannya..musykil2
February 19th, 2008 at 2:15 pm
Ambo nak keluarkan ngan Accent kad tak boleh,, belum aktif.
May 18th, 2008 at 12:00 am
Ada dengar boleh guna atm/debit card al-rajhi.. ade sape2 yg dah try dan bjaya?
June 10th, 2008 at 7:59 am
bagus la satu perkembang internet merketing kat malaysia
August 30th, 2008 at 6:05 pm
waaaaa….ada bagus…msia bagus..duit bagus..hehehe…lg senangla kita nak join program2 buat duit ni
August 31st, 2008 at 9:06 pm
[…] Melihat pada topik saya, ‘misi keluar duit dari Paypal ke Bank tempatan‘ ia merupakan topik susulan kepada topik paypal saya yang lepas-lepas. Saya pernah bangkitkan mengenai isu ini hampir setahun yang lalu disini keluar-duit-paypal-guna-visa. […]
October 3rd, 2008 at 6:16 pm
kalau guna visa kredit kad maybank boleh ker?