Archive for September, 2007

Ya, anda tak salah baca.Selepas Google membenarkan ahli adsense dari Malaysia mengeluarkan duit melalui Western Union, hari ini ada satu lagi berita yang pasti membuat anda semua terutamanya penggiat duit online merasa gembira.Saya dapat tahu yang pemilik akaun Paypal dari Malaysia sudah buleh keluarkan duit didalam akaun Paypal menggunakan kad debit/credit Visa/Mastercard.

Baru tadi saya cek akaun Paypal saya dan memang betul ada pilihan untuk keluar duit menggunakan kad Visa yang sama saya guna untuk proses verifikasi  Paypal.

paypal

Dua Pilihan untuk keluar duit :- 1)Bank US dan 2)Kad Visa/Mastercard.

paypal

 Borang pengeluaran wang Paypal menggunakan Kad Visa.

 Menurut sumber masa yang diambil untuk transaksi pengeluaran dianggarkan dalam 5 ke 7 hari bekerja.

Had maksima pengeluaran untuk sehari ialah $500 usd .

Adakah dengan perubahan baik ini menunjukkan Pasaran Internet di Malaysia semakin buleh dipercayai oleh mereka-mereka “disana”?

Popularity: 8% [?]

Comments 24 Comments »

Salam semua.

Pada Bahagian Kedua Penggiat Blog juga sebagai pereka tema blog wordpress ini saya ingin memuji ke atas keikhlasan saudara BoB.
Beliau Sudah beberapa kali melancarkan tema blog wordpress yang baik secara percuma.

Saya tidak pasti bilakah kali pertama saya menjejakkan kaki di blog Bob, tetapi apa yang saya pasti pada ketika itu saya tahu Bob adalah seorang yang pakar dalam bidangnya iaitu mencipta satu tema yang kemas , cantik dan lengkap dengan ciri-ciri terkini. Bob tidak mengetepikan kehendak pembaca dan peminat apabila membuat satu poll atau bancian kepada pelawat bagi mendapatkan satu rekabentuk tema yang menepati citarasa majoriti pembaca blog beliau.

Sedikit mengenai siapa Bob.

Bob Jiwakacau (nama samaran) ialah pemuda Melayu yang baru berjinak dalam arena blog (bagi saya beliau sudah berada setaraf dengan blogger pro).Tinggal di Melaka dan sudah berumah tangga serta mempunyai cahaya mata.

Suka berkongsi pengetahuan dan menulis tentang rekabentuk blog,tip dan membuat duit di intetrnet di blog.Untuk mengenali lebih dekat buleh lah melawat terus ke laman blog Bob di : http://www.blogohblog.com

Setiap kali Bob mengumumkan tema baru sering kali ianya mendapat liputan meluas di dalam mahu pun di luar negara.Dalam masa yang singkat sahaja kedudukan site rank Bob meningkat dengan mendadak.Ini lah kuasa Blog Marketing.Selain cerita-cerita yang datang dari blog-blog dalam dan luar negara Bob juga dilihat ada melakukan pemasaran internetnya sendiri.Antaranya ialah dengan turut serta dalam Servis Sosial Bookmarking seperti technorati , penggunaan bookmark widget dari addthis.com dan juga menyertai komuniti MyBloglog.

Terbaru tema blog wordpress Bob telah di tukar format kepada tema blog untuk blogger.com oleh Jackbook.Jackbook adalah problogger yang juga mahir dalam mereka bentuk tema blog untuk blogger ( blogspot.com).Kini tema Bob versi 2.0 sudah buleh di gunapakai di blogspot.Buleh dapatkan versi Blogger disini : Bob 2.0 versi Blogger.

Harapan tinggi dari para blogger agar Bob dapat teruskan usaha murni beliau memberi apa yang difikirkan terbaik untuk arena blog terutamanya di arena blog tempatan.

bob oh blog

Bersambung dengan blogger yang lain pula.

Popularity: 5% [?]

Comments 5 Comments »

Lama dah tak bercerita tentang arena blog.

Nah ,hari ni saya nak berkongsi dengan pembaca tentang blogger Malaysia.Mereka yang saya nak cerita ni bukan sekadar blogger tetapi juga mempunyai kelebihan dalam mereka laman web dan mencipta tema bagi blog wordpress.

Individu yang pertama ialah Moses Francis.Empunya blog wpthemesplugin.com.
Saya mula terserempak dengan blog ini semasa saya memuaturun tema wordpress blog “Mezzzo 3 column” .Pada masa itu saya langsung tak tahu yang  Moses ni sebenarnya orang Malaysia sehinggalah saya terbaca tentang satu cerita tentang malaysia di satu lagi blog nya di www.imosesmedia.com.

Laman wpthemeplugin mendapat reputasi yang tinggi ketika dua tema wordpressnya mendapat perhatian ramai:
wpthemeplugin

Sedikit latar belakang Moses Francis.
Mases, jejaka lingkungan 20-an sudah mula membuat duit di internet dengan sepenuh masa pada akhir tahun 2004.

Apa yang Moses buat dalam dunia internet?
Sebagai pereka tema,Jualbeli nama domain , pengiklan Google Adsense , Text-link-Ads ,menyertai komuniti forum dan sosial network seperti Mybloglog.

Hobi?
Penggemar bolasepak (peminat-kipas-susah-mati Manchester United),ahli musik / menyayi,futsal dan suka makan dan makan :)

Saya secara peribadi suka membaca blognya di wpthemeplugin yang banyak membri informasi terbaru dalam dunia blog bersama wordpress.
Semoga Moses terus menyumbang dan menyokong arena blog dimasa masa mendatang.

Saya rasa cukup setakat seorang dahulu,penat juga tulis blog ni,idea nak tulis tu ada tapi memandangkan mata dah kuyu dan esok nak kene sahur pagi jadi kita sambung esok je la ye.
Kot kot lepas sahur tu buleh sambung kita cerita lagi no.Ok salam.

Popularity: 3% [?]

Comments 5 Comments »

Asyik cerita topik cari duit je lama-lama pun pening juga.

Mari kita bersantai seketika dengan gambar dan video anugerah era 2007 di Genting Highlands yang baru berlangsung ahad sudah.

Saya tak ada astro dirumah ,masa malam anugerah era tu pun saya duk tertengok dengan orang rumah mase makan kat luar.Dapat la tengok sekejap tu pun habis makan je kita orang terus cau.

Jadi pada sesiapa yang tak berkesempatan tengok live.

Sekarang dah ada video clip anugerah era yang saya jumpe di youtube.

Buleh tengok kat sini : http://www.youtube.com/user/videokl

Lagi cerita hot mengenai anugerah era ialah isu fesyen.Ramai artis tunjuk fesyen terkini semasa di red carpet di anugerah era 2007 hari tu.

Macam-macam ragam ,a ada fesyen seksi ,ada fesyen seksa,tak kurang yang tak cukup kain ,fesyen tampal2 kain..macam-macam lagi lah..

Kat bawah ni antara artis anugerah era yang HOT pada malam itu.Gambar-gambar ni di ambil/pinjam dari blog budiey.com.

Ni gambar hot Velvel Anugerah era :-

velvet anugerah era 2007

Hoho..sapa yang kantoi jeling velvet punya chamber tu? :D

Lagi gambar HOT, kali ni gambar Ella anugerah era 2007 :-

ella anugerah era

Ada macam-macam lagi lah cerita pasal Anugerah Era 2007 ni.. cerita Linda on dengan baju kontrolvesi nya tu.

Ok lah nak tutup topik ni dengan satu video klip dari salah satu persembahan pada anugerah era , lagu Memburu Impian dendangan kristal dan Kazar.Video lagu ni yang sibuk sangat orang umah nak tengok.Sekarang dah dapat tengok dengar lah sampai puas.

Popularity: 7% [?]

Comments 5 Comments »

Close
E-mail It