Akhirnya Proton Gen2 Sedan yang digembar gemburkan telah pun di umumkan.
Jam 12 tengah hari tadi (15 Ogos 2007) Proton Persona telah menunjukkan dirinya yang sebenar.

Berikut adalah senarai harga mengikut model dan kelas :-
[ Harga Kereta tanpa insyuran + harga insyuran premium = harga kereta atas jalan]
+Persona 1.6 Auto Versi Premium: RM54,186.50 + RM1,613.50 = RM55,800.00
+Persona 1.6 Manual Versi Pertengahan: RM48,342.50 + RM1,457.50 = RM49,800.00
+Persona 1.6 Auto Versi Pertengahan: RM51,264.50 + RM1,535.50 = RM52,800.00
+Persona 1.6 Manual Versi Asas: RM44,095.50 + RM1,353.50 = RM45,449.00
+Persona 1.6 Auto Versi Asas: RM47,017.50 + RM1,431.50 = RM48,449.00
Seperti yang pernah di bicarakan pada tajuk sudah,nama Persona pernah digunakan untuk kereta proton wira jenis Aeroback bagi pasran di UK.Jadi kenapa Proton masih ingin menggunakan nama lama ini?
Ada yang berpendapat Proton ingin menggunakan nama ini kerana maksud persona itu sendiri mencerminkan sesuatu yang menarik dan memikat.Sememangnya ramai yang masih belum tahu akan “Proton Persona lama” sebab ianya untuk pasaran luar negara maka kebanyakan orang tidak sedar pun yang nama ini pernah digunakan
.

Adakah Proton Persona betul-betul mempersonakan?
Jawapannya hanya dapat diketahui daripada maklum balas dari pemiliknya sahaja.
Tetapi jika dilihat dari segi naik taraf dan kualiti keseluruhan berbandang model sebelumnya memang ada perbezaan.
Di bahagian luaran Proton Persona mempunyai perbezaan panjang 167 mm berbanding Proton Gen2.
Ruang belakang juga telah di tinggi kan sedikit 38mm tinggi berbanding Gen2.
Ruang tangki dikatakan lebih besar dimana ia mampu mengisi sebanyak 50-liter minyak.

Dibahagian enjin Proton Persona secara kasarnya sama sahaja dengan proton Gen2 (82 kW/111.5 bhp pada 6000 rpm atau 148 Nm pada 4000 rpm ).
Mungkin ada yang kecewa terutamnya yang mengharapkan kuasa sebenar injen Campro.Ini kerana enjen Proton Persona yang sama seperti gen2 masih tidak mempunyai pengawalan masa bulehubah dalam sistem kawalan kemasukan engen.Buat masa ini Proton tidak menyenaraikan 1.3liter dalam senarai kenderaan Proton Persona.
Kelas 1.3liter mungkin hanya terdapat pada model kereta Proton yang akan datang (2008) yang mana ianya bakal `menggantikan model Proton Iswara (BLM).
Atomasi gear automatik dikatakan lebih baik dan lancar berbanding Proton Gen2 kerana Proton Persona telah dimuatkan satu program yang lebih baik pada Unit Kawalan Transmisi (TCU) membuatkan pengalaman penukaran gear secara auto lebih lancar dan responsif.
Sistem suspensi juga telah di pertingkatkan dengan penggunaan suspensi multi-link arrangement yang mana memberi lebih keselesaan semasa membelok ataupun pada jalan tidak rata.
Dibahagian dalam pula , Dashboard atau papan antara muka sama sahaja seperti Gen2 tetapi pada Proton Persona kualiti bahan dikatakan lebih baik.

Dibahagian tempat duduk penumpang sudah ada ruang simpanan barang tertutup (glove compartment).
Kedudukan beberapa suis utama telah diperbaiki ini termasuk suis tingkap yang lebih mudah dicapai.

Proton merasakan inilah kereta yang terbaik pernah mereka bina samada dari segi reka bentuk mahupun kualiti.Tetapi yang penting adakah bakal pengguna Proton Persona dapat merasakan perubahan yang dijanjikan?
Sama-sama kita tunggu dan lihat.



Tentang komen anda mengenai design ruang dalaman Proton pesona, aku juga ada mendapat berita dari sumber-sumber dalaman mengatakan banyak yang telah di tumpukan untuk memperbaiki kawasan tersebut. Harap -harap proton kali ini belajar dari kelemahan yang lalu. Walau apa pun tahniah kepada mereka, semoga Pesona akan berjaya kali ini.
wei ok tak kete persona ni?
kakak aku pakai keta ni. model termurah utk 1.6. Sedap gak naik keta ni. ruang tempat duduk blakang pun luas & selesa. pick up pun bagus..eheh, mcm salesman proton laks.he he hee..
saya baru bercadang nak beli persona nih. nampak dari segi gaya memang menarik namun ia lambat sangat sampai. dah sebulan aku tunggu nih.. tak sabar nak pakai proton persona.
Cuba check
Proton Persona Naik Harga…effect…1 Jan 2008 min RM1800 to RM3000 utk semua model…
TQ
Haa..!!
naik harga persona …
ni wat aku terbantut nak beli …
apa sebab tu..?
Proton tak sepatut mainMain harga macam ni…
sedangkan quality masih ada yg tak memuaskan..
Leh bungkus Proton macam ni…
harga turun naik turun naik…
sekali padang memang nak beli keta ni..
sekali pandu uji lebih baik dari gen2..
agak lembab untuk memanjat ke 3000rpm..
atas 3100rpm mmg memuaskan…
aku nak beli kalau keluar versi 1.8cps…
kalau ada!!! cam wira limited..
price does’t metter…
janji memuaskan!!!
Aku baru nak tinjau2 keta ni boleh caya tak ah? Klu boleh nak beli la tapi tak tahu kualitinya mempersonakan tak. Harganya berape ya?
Aku baru beli proton persona ni & dah pakai hampir sebulan.So ape komen aku.Sgt bagus! Hati aku mmg terpesona.Pemanduan lancar, belok stabil, selesa, lebih 140 pun xde gegar.So sape2 yg nk beli mmg aku syorkan.Puas hati sungguh & sgt berbaloi!
z03r3l60rxxtxs9c
aku pakai pesona dah setahun lebih. overall…perfomance ok . aku puji pemanduan cuma prob sesetengah part yg proton terlepas pandang. awal2 beli dulu ada prob sket ngan automatic lock pintu depan. pastu alarm lock rosak satu keta. proton tukar baru. then, ok sampai skrang.
setiap kali free service (3 kali),aku akan komen benda yg sama, bunyi bising kat tempat duduk blakang, tapi tak settle gak. last2 aku beli selotape, balut tebal2 besi yang wat bising tu, baru senyap keta tu.
pernah skali spring kat tangki minyak tercabut tiba2, aku report kat proton, technician tu pasang balik ngan muka tak ikhlas, tengok2 lps sehari tercabut lagi. pastu bila next service, aku komen habis2san lah.geram sangat bila first comment buat main2 ja.
honestly, aku tak berapa puas hati ngan service centre proton. sorry to say, i think perodua service centre is better. proton kena wat research lagi untuk penambahbaikan kualiti model kereta dan pusat servis.
ni hanya komen ikhlas dari aku, apa2pon aku still bangga ngan proton coz keluaran tempatan. wish for proton success 8D
ada sapa2 tahu x harga dashboard ori utk persona?gua pnya kereta kna sabotaj…hbis rosak dashboard tmsuk meter
memag la ko unjut 140km lebih x gegar,,,, pton terpesona ko tu 1.6,,,,,ak pkai lmst lari 140km pn xgegar,,bru 1.3,,,,
kami wakil dari takaful ikhlas & takaful malaysia jika ada sesiapa yang ingin membuat insurans kenderaan kereta@motor boleh lah membuat nya di syarikat kami berhadapan pej pos jln jelatak dan lrt jelatek.. tel
aku setuju dgn tea tree oil..
raya ke 4 baru ni keta husband aku rosak tgh hghway so tarik ke tol tapah. masa dok pomen keta tu dtg la org plus sembang2. dia ckp nmpk x saga baru ujung sana tu? dah 3hari(kalau xsilap la tp mmg beberapa hari) tersadai sbb tunggu org proton dtg pomen. diaorg xnak dtg dgn alasan mcm2 mayb sbb nak raya kot..padahal saga tu baru 3bln beli nak xnak owner panggil pomen luar baiki keta tu…