Cabaran Forex $1000 usd dah Tamat? Apakah Kesudahannya?
Posted by: khairul in Forex, cari duit, tags: cabaran-forex-1000usd, khairulazmiMemandangkan dah larut malam ni(Jam tunjuk pukul 12:30 pagi) dan esok pulak kene bangun keje jadi straight to the point orang putih cakap,baru sebentar tadi saya telah pun menamatkan cabaran forex $1000 usd.

Secara ringkasnya saya telah menamatkan cabaran forex $1000 usd ini dalam 29 hari mengikut dari tarikh saya mula buka posisi yang pertama pada 12 Julai 2007 dan berahkir sebentar tadi jam 11:58mlm 10 Ogos 2007.
Jumlah kasar baki wang didalam akaun forex saya ialah $1662 usd , tolak dengan deposit yang saya masukkan $500 usd menjadikan margin keuntungan bersih bersamaan $1162 usd dalam masa 29 hari.
Sedikit Analisis Forex dari apa yang saya dapat dari cabaran ini.
Pasangan matawang yang menjadi pilihan utama ialah GreatBritain Pound vs US Dollar (GBP/USD) dan GreatBritain Pound vs Japanese Yen (GBP/JPY).
Kenapa saya suka kedua-dua pasangan matawang ini? Mungkin kerana saya sudah terbiasa dengan matawang GBP dan selalu juga mengikuti perkembagan semasa dari negara-negara yang berkenaan.
Pendekatan Elliott wave masih lagi menjadi pilihan utama saya bagi menentukan kedudukan untuk masuk keluar pasaran disamping mengutamakan pengurusan wang yang betul semasa menggunakan margin.
Tak semua posisi yang saya letak itu mencapai sasaran ,ada yang untung dan ada juga yang rugi.Tetapi saya akan pastikan setiap kali saya tutup posisi yang rugi ia akan disusuli dengan posisi yang profit ataupun seri ,orang putih cakap break-even.
Saya sudah sediakan satu laporan lengkap kesemua aktiviti dagangan matawang saya di satu muka surat.
Buleh Klik disini untuk ke muka laporan berkenaan :- Laporan Akaun Lengkap Cabaran Forex $1000 usd.
Saya ucapkan terima kasin pada sapa yang beri sokongan dalam cabaran ini.Syukur kepada-Nya kerana diberikan kekuatan untuk saya tamatkan cabaran ini dengan jayanya.Harapnya pada masa depan lebih murah rezeki hendaknya.
Sebelum saya tutup laporan terakhir cabaran forex ni,saya sajikan dengan satu video pendek yang sempat saya muat naik di youtube sebentar tadi.Video ni menunjukkan platform live minilite yang saya gunakan dalam cabaran ini.Lain hari jika di izinkan saya akan ulas lagi berkenaan platform minilite dari liteforex.Sampai jumpe lagi di cabaran yang akan datang.Selamat menonton :-
Tengok video cabaran forex di youtube :-
Tengok video cabaran forex di manggatv =www.tengok-cabaran-forex-di-manggatv.com








August 11th, 2007 at 12:44 am
Tahniah bro!
August 11th, 2007 at 5:44 am
Terime kasyeh
August 12th, 2007 at 5:34 am
tahniah.
August 12th, 2007 at 5:07 pm
Tahniah, tahniah
Berjaya menggalas cabaran dengan cemerlang.
Untuk post akan datang boleh kot detailkan tentang pendekatan elliot wave tu ekk
August 12th, 2007 at 8:08 pm
tak faham kata 500usd tapi 50k account?
August 13th, 2007 at 7:21 am
Kalau hanzahar ada ikut perkembangan cabaran $1000 usd forex ni,saya ada bagi tahu yang saya guna akaun live liteforex dari jenis MiniLite.
Dalam akaun ini nilai duit di kira menggunakan cent.50 000 itu merujuk kepada 50 000 cent usd atau bersamaan $500 usd.
Harap penerangan ini jelas
August 13th, 2007 at 10:17 am
emm, fund usd500 ikut wiretransfer atau lain²?
withdrawl ke bank atau lain²?
August 13th, 2007 at 12:17 pm
Buleh direct deposit dalam akaun melalui wakil guna local bank..
Deal direct dengan owner Liteforex/mas
August 14th, 2007 at 1:33 pm
sy ingin tau e.khai ni mmang full time trader or etc , dan sy nak tau jgk e.khai selalunya live trading sebagai ’swing trader’ or ‘day trader’ or ’scalper’, dan kalau boleh sy harap e.khai dpt bagi pendapat antara 3 cara trade di atas yg mana yang paling e.khai suka dn knape..
August 14th, 2007 at 1:56 pm
salam sham,
forex ni saya buat part time je.
Pendekatan saya dalam trading ialah trading mengikut trend berdasarkan teori Elliott wave.
Kalau market dalam keadaan trending saya akan trade ikut hala tranding wave shj(medium term).
Tapi kalau market dalam ranging,cara trade saya juga ranging dengan kata lain swing high/low,biasa juga time ranging saya main intraday.
Scalping saya amat jarang sekali,kecuali saya betul2 yakin akan posisi yang saya hendak masuk sebab risiko nya sangat tinggi.
January 15th, 2008 at 1:50 pm
asskum..
saudara khai,
setakat ini u guna liteforex ok ke?
senang tak nak keluarkan duit?
cepat masuk dlm akaun mbb/cimb tak?
terima kasih.
January 15th, 2008 at 4:58 pm
Hai eejamwave,
liteforex setakat ni ok.
deposit cepat..dalam tempoh 12jam dah masuk akaun..
keluar pun dah beberapa kali saya withdraw(masuk maybank) mmg takde masalah..:)
June 14th, 2008 at 7:38 am
Cabaran Forex $1000 usd dah Tamat? Apakah Kesudahannya? | Khairulazmi…
Secara ringkasnya saya telah menamatkan cabaran forex $1000 usd ini dalam 29 hari mengikut dari tarikh saya mula buka posisi yang pertama pada 12 Julai 2007 dan berahkir sebentar tadi jam 11:58mlm 10 Ogos 2007….
August 22nd, 2008 at 6:05 pm
Hey bro, just want to know if u learn this forex tgrading on ur own or u got attend any class or any sifu to teach u. At the moment, I only heard of FX trading but dare not enter coz the risk is extremely high.
And after looking at your summary result, it seems that FX is easier to earn money than the stock market though a lot of terms shown on the results are like aliens for me.
Thanks!