Ya,saya masih disini untuk meneruskan cabaran forex $1000 usd.

Hari ini merupakan hari pertama dalam permulaan satu minggu dagangan (trading).

Kebiasaannya pada hari pertama ini market akan tercari-cari arah melihatkan pasaran tidak menentu (choppy).

Di awal pembukaan pasaran forex,ada bberapa pasangan matawang melihatkan satu bergerakan besar yang ketara meninggalkan satu ruang kosong (gap).Ini disebabkan pengaruh secara tidak langsung yang berlaku pada hari cuti forex iaitu sabtu dan ahad.

Ada posisi apungan saya yang berjaya mengenai sasaran lalu tertutup secara automatik ketika pergerakan besar itu berlaku.Sampai lewat petang hampir kesemua posisi saya telah mengenai sasaran (target profit) samada yang saya buka pada minggu lepas mahupun pada hari ini.

Secara umumnya gelombang hari ini ada kene mengena dengan pergerakan pada hari terakhir minggu sudah.Para analisis teknikal melihat pergerakan hari jumaat lepas telah melengkapkan satu kitaran gelombang dan bermula tengah hari Isnin tadi kita dapat lihat satu pergerakan gelombang baru sudah terbentuk.

Dengan sedikit profit pada hari ini ,kini saya sudah menghampiri separuh penjalanan bagi mencapai sasaran cabaran forex $1000 usd.

liteforex

Jumlah keuntungan terkumpul = $845 usd.
Untung Bersih = $345 usd.
Baki sasaran = $655 usd
a



Leave a Reply