Khairulazmi



Santai dengan Filem menarik di hari minggu.Subscribe Langgan RSS

Hari minggu yang santai ni mari kita cerita fasal Filem.

Siapa yang suka filem Fiksyen dan Suspen tentu tak sabar filem ini ditanyangkan.

Bukan, saya bukan cerita fasal Transformer..tapi satu filem aharan J.J. Abram bertajuk CloverField.Satu iklan pendek filem ini telah pun di pertontonkan semasa permulaan tanyangan pembukaan filem Transformer hari itu.

Hasil daripada penayangan iklan itu ,filem ini mendapat liputan meluas termasuk pihak media.Satu strategi marketing yang baik dari team J.J. Abram.

Tak mahu cakap banyak,tengok je iklan filem CloverField di bawah ni (Pasang speaker kuat-kuat untuk lebih thrill):

 

 

Amacam,naik bulu roma tak?Hehe..

Macam-macam spekulasi fasal cerita CloverField ni,ada yang cerita fasal hari kiamat,ada yang cerita fasal raksasa gergasi menyerang bumi dan macam-macam lagi.

J.J.Abram sengaja tidak mendedahkan cerita sebenar filemnya ini supaya semua orang berteka-teki dan tidak sabar menunggu tanyangan perdana filem CloverField nanti.

Anda rasa filem ini cerita pasal apa?Hari kemusnahan bumi?Penaklukan makhluk asing?Bencana alam semula jadi?

p/s: Tengok iklan cerita ni teringat pula cerita War of the Worlds arahan Steven Spielberg yang mana ceritanya bagi saya indah khabar dari rupa iklan.Harap-harap filem CloverField ini tidak menguciwakan.





Leave a Comment

Required
Required (Won't be published)
Optional
Avatar
Add your picture!
Join Gravatar and upload your avatar. It's free!