Hujung minggu sudah menyaksikan satu lagi penambahan dalam aset cabaran forex $1000 usd.
hari jumaat sudah menyaksikan pasaran sangat pasif pada siang hari tetapi ianya berubah sama sekali apabila sesi New York masuk.
Pasaran mula aktif apabila Non-farmpayroll diumumkan,satu data yang ditunggu-tunggu oleh short & medium term trader.Bermula dari itu sehingga lewat pagi menyaksikan pasaran forex sangat aktif.Secara keseluruhannya ia telah menghasilkan satu trending market dimana kita dapat lihat aset amerika termasuk matawangnya mengalami kemerosotan dalam beberapa jam.
Dihujung pasaran forex pada minggu lepas saya telah berjaya mengumpul lebih kurang $720 usd didalam Live akaun Liteforex :-

Masih ada beberapa posisi yang masih aktif dan menunggu untuk profit taking,saya jangkakan minggu depan target atau sasaran untuk posisi itu tercapai.
Kenapa saya berani membiarkan satu-satu posisi itu terapung (floating )?
Ini kerana saya mengambil margin yang sederhana untuk satu-satu posisi jangka sederhana (lebih dari pada sehari).Risk/profit atau risiko berbanding keuntungan adalah minima menjadikan ada posisi saya letakkan stoploss sehingga 100point, target profit @ sasaran nya sudah tentu lebih daripada itu.
Ini yang membezakan antara gaya trading saya dengan sesetengah orang yang menganggap stoploss itu lah penyebab kerugian.
Saya tidak menganggap begitu kerana saya tahu pada masa bila untuk guna pendekatan ini dan pada masa pula ianya tidak sesuai digunakan.
Masing-masing ada cara sendiri , cara mereka mungkin sesuai dengn gaya trading mereka saya pula lebih selesa dengan gaya trading saya.
Its all about market behavior and money management.



Banyak duit masuk bro.
Bagus la tue. Cuma jangan terkantul udah ler.
hehe..tengkiu
harapnya tak kantul lah..kita sama2 tengok nanti.Doakan kejayaan aku dalam cabaran ni.
bagusla cara ko tu , aku pun guna tknik tu jgk .. dan dpt buat banyak pips.. mmbiarkan posisi yg dibeli dlm keadaan trapung utk 2 – 3 hari adlh 1 cara yg paling baik untuk mengurangkan risiko kerugian .. cara paling mudah nak dapatkan keuntungan ialah beli mana2 pasangan semasa nilainya betul2 rendah dari biasa .. analisa untuk seminggu yang dah lepas pun dah cukup untuk ko analisa berapa points yg dia jatuh .. lepas ko beli ko biar je sampai ia melambung naik balik.. tak berapa lama kadang2 ko kna tunggu 2 hari or 3 hari jgk .. dn scara logiknya dgn keadaan ekonomi semasa sekarang .. ko takkan rugi walau sekalipun .. aku tak sempat nak tunjukkan bukti2 trading aku .. nnti ade masa aku email kat ko.. sbb aku dah lama main forex .. tp xde niat nak ajr2 org sbb main forex ni bukan bnda main2.. kalau tsilap langkah mahu pape kdana .. dn ade jgk blh bgolok gadai sbb mncuba nasib dgn forex.. ok aku c.out dulu /. wslm
Terima kasih Bro Sham atas perkongsian pengalaman saudara.
Memang tidak dinafikan areana forex adalah satu platform yang sangat getir ujiannya.Hanya mereka yang berpengalaman dan betul-betul berpengetahuan saja yang mampu bertahan dan berjaya.Saya sendiri tidak berani menyatakan yang saya betul2 tahu fasal forex.tetapi pengalam demi pengalaman mengajar kita lebih dewasa.
cehwah..serius pulak.
Tapi betul,forex ni bukan benda main-main.Belajar betul2 sebelum terjun ke alam forex.Tidak sekali-kali anggap forex ini tempat untuk kita cepat kaya.