Gambar Kereta Proton Gen2 Sedan Versi Baru
Posted by: khairul in auto, tags: gen2-sedan, protonProton Sedan Gen2.
Sehari dua ini saya lihat banyak dah gambar kereta proton gen2 sedan tersebar samada di blog ataupun forum.Maka saya pun taknak ketinggalan mengulas tajuk yang sedang “hot” ini.
Semua orang tahu yang Proton sekarang ni sedang menghadapi krisis dalaman berkenaan “partnership” dengan kompeni automotif luar.Adakah mereka betul-betul terdesak ketika ini?Tak usah bimbang,bukan ke “Orang Besar” kita sudah bilang yang Proton ini tak akan “bungkus”.Ye la ~ itu kan produk juga aset negara mestilah orang utama negara pun kene “backup”.
Ok lah cakap banyak tak mau,ni diantara gambar-gambar proton gen2 sedan baru yang dapat saya “kutip” di internet :-






Ni pula diantara kebarangkalian spesifikasi proton sedan gen2 :-
Versi Budget :
- 1.6MT SOLID - RM45,350.00
- 1.6MT METALLIC - RM45,800.00
- 1.6AT SOLID - RM48,350.00
- 1.6AT METALLIC - RM48,800.00
Versi Pertengahan :
- 1.6MT METALLIC - RM49,800.00
- 1.6AT METALLIC - RM52,800.00
Versi Premium :
- 1.6AT METALLIC - RM55,800.00
Berikut pula ialah sebahagian perubahan dan perbandingan model GEN.2 sedan dengan GEN.2 versi lama:-
1) Makanisma buka tutup pintu telah di naik taraf
2) Bekas takungan minyak hitam telah di perkukuhkah supaya tidak mudah retak
3) Power Windows atau pembuka tingkap automatik juga telah dinaik taraf
4) Pemegang atau pengukuh badan hadapan telah ditambah satu lapisan getah (gasket) supaya pegangan lebih fleksibel dan kurang geseran.
5)Bekas tempat letak barang dibahagian tengah tempat duduk depan sudah ada.
6) Ruang belakang dah ditinggikan dalam 4 cm.
7) Lokasi actuator telah diubah bagi menghilangkan bau semacam dari luar.
8)Boot belkang dah ada kunci.
Ni antara komen saya di salah satu forum tempatan :-
aku pun ada komen pasal proton dari topik2 lepas…
part engineering tu mmg tak nafikan kita ada kemampuan..ya kita banyak belajar sejak proton buat kejesama dengan lotus..
tapi kan tak semua hasil engineering terbaik anak malaysia tu direlisasikan di atas jalan..teruatamanya dari segi kejuruteraan rekabentuk..aku pun dah penah pegi visit R&D lab kat puchong..memang fasiliti untuk develope keta cukup..tapi disebabkan nak cutcost itu ini..biasanya hasil yang baik pada mulanya dikurangkan sikit demi sikit..
semuanya dari “pihak atas”..”lampu ni tak buleh besar sangat,canggih sangat ,bagi dia kecik sikit”..cermin tu luas sgt ..bagi dia kecik sikit..”part ni tukar jadi plastik,tak mau guna kulit..mahal” mcam2 lagi lah..sampai akhirnya rekabentuk asal yang baik tu dah berkurangan..sebab dek nak ngikut kehendak strategi marketing pihak atas..yup!memang proton banyak amik part dari local,tapi semenjak part proton buat sendiri kat sini lah macam2 komplen pasal kualiti timbul..sebabnya QC dari local supplier ni masih banyak kepincangan..kan ke dapat “makan banyak” kalau dapat kontrak dengan proton,buat la sikit R&D tuk tingkatkan kualiti barang dan QC.
satu lagi part ialah nilai harga kerata itu sendiri..kalau dulu proton ambil part dari luar mmg ya patut mahal..tapi semenjak amik part dari dalam sepatunya kos pun dah kurang..tapi tengok harga sampai sekarang masih sama…sampai bila nak makan duit rakyat je?bukan ke elok bagi balik kat rakyat sendiri dengan meletakkan harga setimpal dengan cost/profit ratio yang munasabah..ini tidak..jual di malaysia mahal..tapi bawak keluar jual murah..sakit susah rakyat sendiri sepatutnya diutamakan..bukannya dibebankan dengan “hutang”..
Proton Gen2 Sedan Versi Baru.
Secara umunya saya suka rekebentuk exterior gen2 baru ni.Tapi kualiti bahan terutamanya interrior (dalaman) tu kene tengok la juga , kalau masih ditakuk lama ermm..susah la nak cakap kan.Paham-paham je la..
Sapa ada pandangan tentang sedan baru ni buleh la tinggal di ruang komen.




August 2nd, 2007 at 7:36 am
Cantik jugak design baru ni.
August 5th, 2007 at 6:34 am
aku memang tak suka Gen2 sejak dia keluar lagi (waktu tu aku keje kat Proton Tanjung Malim). Dia modify pun benda yang sama je.
Kalau keluar kete Gen2 Sedan ni memang aku tak tertarik pun.
August 6th, 2007 at 5:52 pm
hehe..
masing-masing punya pendapat sendiri.
mmg tak nafikan proton masih banyak kelemahan dari segi kualiti produk juga after sales cust servis,tetapi sekurang-kurangnya ada la sedikit peningkatan dalam pengetahuan teknologi buatan automotif..
cuma yang hairan-nya,Bila Gen2 keluar design dah kira OK,ada perubahan..tapi kenapa pula stok design savvy yang dikeluarkan selepasnya mengecewakan?
Seperti sengaja kembali kepada zaman badi proton tiara..tak ambil pengajaran dari pengalaman lepas ke?
August 9th, 2007 at 12:35 am
I plan nak tukar kete gen2 sedan ni..u all rasa ok tak? my hubby minat ngk rupa dia macam bmw katanya..tapi kita belum lagi tgk secara live…ngapa tak delagi kat showroom proton yerk?…
August 9th, 2007 at 1:43 am
Kalau Saya mmg belum buleh nak komen lagi sebab kereta tu belum lagi keluar.
Kene tunggu pelancaran dan testdrive sendiri untuk rasa samada ada improvement ataupun sebaliknya.
November 22nd, 2007 at 1:57 am
akum…semua.
Proton gen2 hatchback memang cantik. sepatutnya ia tak payah gunakan nama gen2 tapi the all new iswara. persona pula iswara sedan.
sokong kepada anda yg kata savvy tu akan ikut jejek tiara, masing2 dengan thumup masa pelancaran oleh ceo mereka, tapi jan lupa empat jari lagi thum ke bawah! kengkawan pasti dah lihat gambar saga baru kan itu pun jenis savvy di sedan kan so fikir2kan lah…cantik ke kereta tu….
wasallam
January 11th, 2008 at 6:36 am
saya suka dgn semua product proton. at least they can come out with a new, contemporary & unique design. cuma saya berharap jgn indah khabar dari rupa sahaja.
January 13th, 2008 at 8:26 am
yaa mmg cntk model terbaru ni,saya juga nak try,harap bila dah keluar nnt tak lah terlalu jau beza nya dari ceta je….mesti beli nie beb…:>
January 28th, 2008 at 10:05 am
proton gen2 sedan ni memang cantik gila
January 29th, 2008 at 4:15 am
persona…menwan ati…i arap kualiti kreta persona baru ini
lebih baik.bgitu juga dngan model baru saga blm…arap2 proton dpat mngekalkan kualiti yg ad pda persona dan blm…n moga proton dpat mngluarkan kreta yg lbey bgus dri jpun..hdup slamanya proton….
January 29th, 2008 at 3:13 pm
ism,
nampaknya gen2 tu tak buleh dah nak namakan iswara, sebab saga baru dah keluar, mungkin nanti akan keluar versi iswara untuk saga baru tu..
Esya,
saya pun mmpunyai harapan yang sama dengan U
cici,
ermm..cici ?macam pernah dengar nama ni..dulu ada pernah jion putera.com tak?
Siti Raliya,
dah terpesona dengan persona lah tu ye?hehe..
sYayut,
sama jugak, harap kualiti produk dan servis sebelum dan selepas jualan dapat lebih mantap gitu..
March 4th, 2008 at 7:30 pm
saya nak tanya mcm mana prosedur nak beli kereta