Panduan Video Marketing : youtube dan wordpress blog
Posted by: khairul in video marketing, tags: video marketing, youtubeSaya pasti sebahagian besar dari anda mesti penah dengar tentang video marketing betul tak?
Jika sebelum ini jika sebut sahaja video marketing tentunya mereka fikir amat susah dan makan masa begitu lama serta leceh hendak menlaksanakan sesuatu tugas video marketing.
Tetapi sebenarnya ia amatlah mudah dan buleh diprakftikan oleh sesiapa sahaja yang ada sedikit kemahiran mencari video di youtube dan juga edit video menggunakan Windows Movie Maker.
Panduan yang saya berikan kali ini terbahagi kepada 4 bahagian.
1) Mendapatkan video sediada di internet ( youtube ,veoh dan lain-lain)
2) Memuaturun dan memasang perisian menukar format flash video ke pada format yang buleh dibaca oleh Movie Maker.
3) Edit dan umah video mengikut keinginan dan kreativiti anda menggunakan Windows Movie Maker.
4) Upload semula ke youtube seterusnya ke laman web atau blog anda.
Langkah pertama : Muaturun fail video
Bagi panduan kali ini saya hanya tuntuj bagai mana hendak download fail video dari youtube.
Caranya ialah dengan menggunakan perkhidmatan youtubex.

Masuk ke laman www.youtubex.com dan kemudian masukkan alamat video youtube anda ditempat yang disediakan dan tekan butang download.Selesai muat turun anda perlu menukar nama fail kepada *.flv .Contoh nama fail yang kita download dari youtubex = video1 maka kita harus tukar kepda video1.flv,itu sahaja.
Ada lagi beberapa perkhidmatan muaturun lain dan ada diantranya membulehkan kita download terus ke format *.avi tetapi kaedah itu akan dibincangkan dalam topik akan datang.
Langkah 2 : Menukar format dari format flash video kepada Windows Media Video.
Bagi tugas ini kita perlu dapatkan satu perisian WinFF.Buleh muaturun percuma disini : download WinFF.
Selesai download dan install anda buleh memulakan kerja penukaran format video.

1.Klik pada butang Add ,dan (2) pilih video format yang dikehendaki.Dalam panduan kali ini saya memilih format WMV.3)pilih distinasi video output dan akhir sekali (4) klik butang start converting.
Satu paparan seperti dibawah akan keluar semasa proses penukaran format video :

Proses penukaran video selesai apabila perkataan Press any key to continue keluar.
Tekan Enter dan anda sedia untuk langkah seterusnya.
Langkah 3 : Edit video mengikut kretiviti anda menggunakan Windows Movie Maker.
Bagi mereka yang menggunakan perisian Microsoft Windows XP SP2 keatas anda sudah pun mempunyai Windows Movie Maker terbina dalam.
Apa yang anda perlu buat ialah import fail video yang telah anda buat tadi dan edit mengikut kehendak anda,contoh nya anda buleh letak efek seperti watermark ,subtitle dan lain-lain efek tambahan yang membulehkan video anda rasa ingin di tonton ramai.
4) Langkah terakhir ialah muat naik semula video ke youtube dan blog anda.

Jika anda belum mendaftar di youtube sesungguhnya anda terlepas satu peluang besar dalam segmen pemasaran video di internet.Pendaftaran adalah percuma dan selepas anda dapat masuk ke akaun youtube,anda buleh muat naik seberapa banyak fail video yang anda suka (ada had bagi setiap video yang dimuat naik pada satu-satu masa).Anda buleh ambil peluang ini bagi menjayakan kempen pemasaran video secara berkesan.
Memuat naik ke youtube adalah mudah.Setelah anda masuk ke akaun youtube anda,akan ada satu butang/icon muatnaik(upload) di sebelah atas kanan anda,guna butangĀ ini untuk upload video yang telah anda buat tadi.
Selesai upload anda akan diberi alamat serta kod (Embed) ayng buleh anda gunakan untuk dikepilkan bersama didalam blog anda.
Bagi membulehkan kod Embed berfungsi pada topik blog,anda harus terlebih dahulu buang sementara fungsi visual editor di blog anda.Caranya ialah dengan masuk ke laman admin dan pergi ke menu users > ambil bahagian profile> dan buang pilihan Use the visual editor when writing.
Contoh hasil daripada panduan ini buleh dilihat di topik yang baru saya buat sebentar tadi disini : iTeknologi
Selamat mencuba.






July 21st, 2007 at 4:01 am
Satu panduan yang amat baik la, TQ gmos, sebelum saya dah try convert dari FLV ke WMV, video ok tapi audio dia problem plak.
July 21st, 2007 at 6:08 pm
Sungguh detail. gud2..
off topic - lawa la theme nih..mesti yg berbayar punya..teruskan menulis tip2 yang berguna
July 22nd, 2007 at 12:23 pm
go to vixy.net ..terus boleh save in whatever format that u need..xyah convert2 lepas download..
July 22nd, 2007 at 4:06 pm
Meor,
Sama-sama,
setakat ni saya guna teknik ni tak ada masalah dari segi audio..kita cun lar.
eches,
Thanks eche.
Theme ni free ler..hehe
tu ada credit kat bawah sekali..banyak tu siap berseponser link lagi..
fayz,
thanks fayz,
saya tahu ada satu site yang bleh convert ke avi..tapi kalau banyak2 jenis format tu ni baru jumpe..thanks again.
Oh..tapi macam mana dengan download speed kalau nak dibandingkan download direct(*.flv) dengan menggunakan site converter ni..sama ke ada slow sikit?