Aiseh~ Hari ni dah masuk hari ke-2 blog onlinebisnes dan blog elliottwavesignal offline.
Nape ye?
Sebenarnya ada sedikit gangguan dari data center dimana letaknya server blog onlinebisnes.com.
Saya ada menerima email dari namsahaz berkenaan hal Planned outage yang bakal (sedang berjalan) dilakukan dan berkehendakan semua pelanggan membuat simpadan data (backup) sebelum kerja-kerja planned outage dijalankan pada hari Jumaat jam 5:00 petang (13July07) .
Berkenaan laman elliottwavesignal.com pula saya tak dapat apa-apa berita berkenaan gangguan server atau sebarang planned outage yang membuatkan ianya offline.Adakah peng-u.net sedar akan perkara ini?Ataupun saya sendiri yang terlepas pandang…hurmm.
Nasib baik saya ada satu lagi hosting yang menempatkan beberapa blog dan website saya yang lain termasuklah blog ini ( khairulazmi.com).Ter-ubat jugalah kemaruk untuk ber-blog..hehe.
Moral storie disini ialah, usah letakkan semua telur anda didalam satu bakul..kata omputihnya “don’t put all your eggs on one basket ” ..huh! speaking~
Maksudnya tersiratnya,jika kita ada beberapa website/domain,adalah lebih elok jika di bahagi-bahagikan kepada beberapa perumah (hosting).Supaya jika satu rumah nak naik taraf/baik pulih,kata omputihnya “renovate”..maka buleh la kita duduk di rumah yang satu lagi.
Misal kata lah, kita tak ada tempat lain untuk ber-blog.Satu-satu itu lah blog yang kita ada.Apa yang kita nak buat kalau kita tak buleh akses blog kita selama beberapa hari?
- Pergi usik blog orang lain dengan bagi komen-komen “bernas” untuk hialngkan gian menulis blog…
- pergi ke forum-forum dan buat topik baru seabgai tempat lepas gian/geram berkenaan isu yang anda hadapi..
- Inilah masanya untuk anda buka semula myspace/frienster yang telah lama anda tinggalkan…
- Buka satu blog percuma di blogger.com ataupun wordpress.com.
- Beli lagi satu domain dan sewa satu lagi hosting dan mulakan satu lagi blog sendiri sebagai bekalan diwaktu sesak sebengini.
- bebuat tak tau dan abaikan saja blog anda sementara ia masih diselenggarakan dan bersosial diluar alam maya (offline).
- apa lagi yer?…
Kalau anda mana satu yang anda buat?
Admin Edit :
Baru tadi pergi ke blog hafiz peng-u dan keluar pop-up neyatakan ada gangguan pada server mereka sama seperti yang dialami oleh namsahaz..hoho.Ini bermaknya server namsahaz dan special hosting dari peng-u duduk dalam bangunan yang sama la ye?Ok lah yang penting lepas planned outage semua kembali kepada keadaan asal.



Kalau saya.. saya anto emel bedebuk2 kat admin..
tanya admin kenapa berlaku perkara begitu..
biasalahkan hak pengguna..
walaupun kadang2 diorang tak jawab pun
http://datakl.com ade server stable