Awas! ‘Phishing Site’ Lamanweb bank US dan paypal di dalam e-mail
Posted by: khairul in Perbankan, Phishing site, US bankAwas! Phishing Site US bank di dalam e-mail .
Senario laman tiruan ataupun lebih popular dipanggil “Phishing site” semakin menjadi-jadi.
Terbaru ialah “phishing site” seperti laman web Bank US seperti yang saya guna.Saya telah menerima “phishing site US bank” ini sejak awal bulan ini.Saya kira ada dua email “phishing site” yang lebih kurang sama dihantar kepada saya dalam tempoh dua minggu.
Contoh kandungan email “phishing site” :-

~ contoh kandungan email ‘phishing site us bank’ yang saya terima ~

~ contoh kandungan email ‘phishing site paypal’ yang saya terima ~
Sebelum ini saya juga pernah mendapat “phishing email” yang menyamar seperti laman web paypal.com , e-gold.com malam maybank2u.com.my dan pbebank.com.my (publicbank) .
“Phishing site” adalah satu jenis penipuan berkelas tinggi.Modus operandinya ialah dengan mewujudkan satu laman tiruan yang hampir sama dengan laman asal.
Kemudian mereka akan menghantar email secara rawak ataupun individu-individu tertentu yang mereka sasarkan.Di dalam email berkenaan terdapat satu pautan yang akan menghubungkan mangsa dengan laman tiruan.
Kebiasaannya mereka memberi amaran tertentu supaya mengemaskini akaun bank ataupun akaun sesuatu website dan jika tidak dikemaskini tindakan susulan akan dikenakan.
Mereka yang kurang arif tentang penipuan begini selalunya akan terdedah kepada kebocoran maklumat peribadi ataupun lebih teruk kehilangan akaun bank.
Ini berlaku apabila mangsa pemangsa memasuki laman tiruan dengan username dan password sebenar.Ini membolehkan si penipu dapat menggunakan username dan password simangsa tadi untuk digunakan bagi memasuki laman sebenar.
Langkah Berjaga-jaga.
Jadi apakah langkah terbaik bagi menghindar atau mencegah kita daripada tertipu dengan “phishing site email” ini?
Jawapannya ialah dengan menghubungi pihak berkenaan.Contoh jika email itu dikatakan datang dari maybank,kita telefon terus pihak maybank dan bertanyakan adakah benar pihak maybank ada menghantar email yang berkehendaki kita mengemas kini butir peribadi melalui laman web tertera didalam email berkenaan.
Kebiasaannya pihak bank terutamanya tidak akan sekali menghantar email bagi pengguna mengemaskini sendiri butir peribadi.Jadi jika anda terjumpa email yang mencurigakan adalah baik membuat laporan terus ke pihak yang berkenaan.




May 24th, 2007 at 1:45 am
[…] (more…) […]
January 29th, 2008 at 11:54 am
[…] url dlm email pun xbuleh jugak. buleh baca entry pasal paypal phising email ni di blog saya :- Awas! ‘Phishing Site’ Lamanweb bank US dan paypal di dalam e-mail - Khairulazmi dot com paling selamat ialah taip address paypal dengan lengkap di blowser dan login dari sana.tengok […]