Paypal paksa pengguna Malaysia punya bank US untuk terima pembayaran?
Posted by: khairul in Perbankan, US bank, paypalMinggu lepas kecoh satu Malaya apabila Paypal samada membuat kesilapan teknikal ataupun sengaja meletakkan syarat memasukkan butir-butir akaun bank US bagi menerima pembayaran.
Ramai pengguna Paypal diMalaysia yang merungut apabila berhadapan dengan isu ini.Saya juga tidak terlepas dari kemelut ini apabila penyedia perkhidmatan yang saya hendak beli tidak dapat menerima pembayaran akibat tiada akaun bank US.
Ekoran daripada senario diatas email saya dibanjiri soalan-soalan berkenaan cara membuka bank US.
Mereka yang mengenali saya dari blog saya yang lagi satu tentu tahu yang saya pernah menawarkan perkhidmatan dengan memberi panduan bagi membuka akaun bank US.
Saya mula memberikan khidmat ini sejak akhir tahun 2005,dimana ketika itu saya hanya menawarkan kepada rakan-rakan sekerja saya.Ada empat atau 5 orang pada ketika itu yang tolong dan kini semua daripada mereka telah mempunyai akaun bank US masing-masing.
Sejak daripada itu lebih ramai yang meminta perkihmatan yang sama dan buleh dikatakan semuanya tiada masalah.
Pada awal tahun ini saya telah pun membuat keputusan untuk berhenti daripada menawarkan perkhidmatan itu setelah ade beberapa sumber yang memberi informasi berkenaan pembukaan akaun bank US secara percuma.
Walaupun ada sumber-sumber percuma ini,tetapi masih ramai yang bertanyakan soalan bagaimana hendak memohon akaun bank US.
Dengan ini saya membuat satu lagi keputusan iaitu saya akan menulis satu halaman panduan dalam bahasa melayu untuk membuka akaun bank US dan mungkin juga saya akan kepilkan satu salinan e-book sekali.
Mungkin dalam minggu hadapan saya siapkan semua sekali.
Tunggu…






May 24th, 2007 at 1:45 am
[…] Paypal paksa pengguna Malaysia punya bank US untuk terima pembayaran? […]
August 5th, 2007 at 3:32 am
Tak perlu la bro. Tak payah bukak akaun US pun boleh terima duit Paypal.
Cuma pastikan ko bukak akaun premier atau business. Itu jer.
August 5th, 2007 at 3:42 am
Hehe..bukan camtu la geng..
mase aku tulis topik ni,paypal ada brplem dengan dia punya sistem.Mase tu sesiapa yang tak punya bank untuk withdrwal paypal tak dapat terima duit.
Tapi selepas beberapa hari selepas paypal baiki problem tu dah buleh terima seperti biasa
August 20th, 2007 at 2:02 am
Aku guna VCC untuk verified paypal. Setakat ini tak ada masalah. Ada tak yang guna VMI debit card kat sini atau buka akaun maybank kat singapore?
Yang sakit sekarang. Nak cari sape yang nak beli paypal..:(
August 24th, 2007 at 1:08 am
Aku byk guna duit PayPal utk beli servis2 kat internet gak, spt hosting,ebook,software,online shopping… etc
August 26th, 2007 at 12:31 am
titan,
VCC tu ok ke?
sebab kalau virtual Money Card ni risikonya agak tinggi.Tapi ianya masih pupolar sebagai alternatif pengeluaran paypal.
VMI tu pun saya tak pernah dan mungkin tak berani cuba.
Setakat ni saya berpuas hati dengan debitcard us bank.
spoket,
samalah kite..
biasanya saya tak akan keluarkan semua paypal di ATM mesin.
saya akan tinggalkan beberapa usd untuk tujuan membeli apa2 barangan yang menarik terutamanya jika ada limited offer yang betul2 murah/menarik.
September 12th, 2007 at 11:46 pm
Brader Titan,
Klu nk jual paypal punya fund, pegi lowyat.net, masuk forum bahagian garage-sales, bukak satu topic jual paypal. Sure laku klu bagi rate yg menarik. Saya mmg selalu beli dari situ, boleh dpt rate 1 USD = 3.2/3.3