Hari ini saya terima satu bungkusan dari FedEx,ia nya dikirimkan dari Chantilly,VA Amerika Syarikat.

Sebenarnya saya telah meminta kad pengganti visa (replacement card) kepada kad debit saya yang hilang minggu lepas.Saya telah menghubungi pihak bank US pada hari rabu dan pada keesokan harinya mereka menghubungi saya bagi mengesahkan permohonan kad pengganti.

Hari ini saya telah pun menerima kad berkenaan,sungguh cepat customer servis dari bank US ini.

Dengan adanya kad ini hilang lah kegusaran saya dalam memikirkan pengeluaran wang dari Paypal.Saya fikirkan saya akan didenda apabila memberitahu yang saya telah kehilangan kad debit bank US,tetapi apa yang saya lihat tiada apa-apa bayaran dikenakan bagi mengeluarkan kad pengganti visa ini.

Alhamdulillah,sudah lebih setahun saya menggunakan Bank US dan debit card visa nya,setakat ini tiada apa-apa masalah dalam pengaliran keluar masuk wang samada dari dalam ataupun luar negara.

Pengeluaran dari Paypal mengambil masa tiga hari bekerja.

Proses tunai dari cek Google mengambil masa lebih kurang dua minggu menggunakan airmail biasa(kos penghantaran lebih kurang RM5) ,dan jika mnggunakan FedEx(caj mahal sikit) kurang seminggu buleh ‘clear’.

Banyak lagi faedah dah kemudahan apabila memiliki akaun bank US ini.

Berikut adalah beberapa kelebihan memiliki akaun dan debit kad dari bank US :-

  • Membuka akaun bank US dengan hanya menggunakan salinan Kad Pengenalan dan tanpa sebarang deposit.
  • Buku Cek dan Debitcard Percuma(untuk debitcard ada syarat minima deposit).
  • Menggunakan akaun bank US untuk verifikasi akaun Paypal dan membuleh kan anda mengeluarkan duit dari Paypal.
  • Melakukan ‘ACH transfer’ pada mana institusi kewangan US lain.
  • Tunaikan cek dari institusi bank Amerika dengan lebih cepat,contoh cek dari Google Inc.
  • Perbankan secara online.Akses akaun anda melalui internet banking.

Sebarang pertanyaan berkenaan bank US buleh ajukan di forum khas saya disini :-

http://onlinebisnes.com/forum



4 Responses to “Terima Sampul FedEx - Visa Kad Debit Bank US”
  1. son says:

    bro.. minta letakkan url untuk ke website visa debit card tu. saya pun teringin nak mohon 1 card macamm tu. thanks

  2. onlinebisnes says:

    Saya ada sediakan sumber bagaimana nak buka akaun bank US dan debitcard itu di forum saya :-
    http://onlinebisnes.com/forum

  3. khairilz says:

    xjumpe pun?bagila link die kat sini…

  4. zamry says:

    mcm mana nk apply kad debit fexex?tingin nk guna kad debit usa.bro bagi link url?

Leave a Reply