Mungkin ada di antara anda yang perasan blog saya yang lagi satu tu,yang membincangkan tentang dagangan matawang asing atau nama polularnya forex.

Bagi sesiapa yang masih blur-blur tentang apa itu forex buleh lah muaturun e-book forex saya secara percuma di portal onlinebisnes .

Bila sebut fasal forex,pelbagai andaian serta tanggapan yang keluar dari mulut atau pun akal fikiran seseorang berngantung pada pengalamannya atau pun cerita dari mulut ke mulut.

Bagi mereka yang Muslim terutamanya mereka sudah tentu akan mempersoalkan hukum hakam, halal dan haram perdagangan forex.

Saya bukan lah orang yang layak untuk membincangkan hukum hakam ni,tetapi hasil daripada soal jawab dan perbincangan dari pihak yang terlibat ada beberapa perkara penting yang saya dapat kumpulkan.

Berikut adalah diantara beberapa perkara tersebut :-

Institusi Forex mengamalkan Riba?

Tidak semua institusi forex mengamalkan riba ini kerana ada Institusi yang menyediakan akaun tanpa riba iaitu akaun jenis Islamik.

Perjanjian dan akad jual beli.

Mengenai perkara ini mereka menjelaskan bahawa setiap institusi forex ada menyediakan Perjanjian bertulis yang perlu ditandatangani oleh setiap pemegang akaun.Bakal pemegang akaun harus membaca dan memahami dahulu terma dan syarat jual beli matawang asing sebelum menandatanganinya,itulah perjanjiannya.

Mempunyai Penasihat syariah yang memantau kesahihan,ketelusan serta kredibiliti Institusi Forex.

Ini salah satu perkara yang penting di mana jika satu-satu institusi forex itu ada menyatakan yang ia ada menyediakan akaun Islamik seharusnya ia perlu di sahkan dan dipantau oleh Penasihat syariah yang bertauliah.Jika anda inginkan lebih keyakinan seharusnya anda bertanya kepada wakil Broker anda dengan lebih lanjut.

Bertukar matawang asing / ber’forex buleh(diharuskan) tetapi bukan kerana keuntungan.

Kita harus lihat perkara ini dari pelbagai sudut.Berniaga dengan negara asing secara tidak langsung kita akan terlibat dalam forex.Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang sememangnya berdagang matawang asing.Seperti peniaga yang mengharapkan keuntungan dalam perniagaan mereka begitu juga dengan profesyen pedagang matawang,mereka melabur dan mengharapkan pulangan yang lebih baik daripada modal mereka.

Sesungguhnya perniagaan apa pun ada risikonya.

Begitu juga didalam perdagangan matawang,mereka yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman selalunya mempuyai cara bagi mengurangkan risiko dengan membuat analisis yang betul serta mengamalkan pendekatan pengurusan wang yang betul.

Jika masa dan keadaan mengizinkan,saya akan keluarkan satu e-book susulan daripada e-book pertama saya.Kali ini saya akan menerangkan sedikit topik pengurusan wang dalam meminimakan risiko dan memambah baik pulangan.Juga saya akan sentu bab analisis teknikal berasaskan Elliottwave yang menjurus kepada berdagang jangka sederhana.

Buat masa ini sebarang perbincangan lanjut berkenaan topik di ebook pertama saya buleh diutarakan didalam forum online bisnes.

Sekian.



6 Responses to “Forex ~ Berdagang Matawang Asing secara Online?”
  1. cikgu azleen says:

    heheh.. hajat hati teringin gak nak main forex ni.. tapi bila tengok bermacam2 graf dengan term term yang tak berapa nak faham.. rasa maleh pulak.. nanti bila duit den cukup, den upah jer orang lain mainkan, buleh tak??

  2. krul says:

    Kalau betul2 minat buleh belajar pelan2.
    kalau nak cepat belajar kene la cari cfu yang betul2 berpengalaman.Biasanya den tak saran upah orang lain trade,baik belajar sendiri dan trade sendiri.
    Sekarang ramai dah otai forex yang adakan kelas dan seminar forex,den sarankan cari seminar forex yang ber asaskan pengajaran Elliottwave.Seperti kelas Bro Soros1 tu.

  3. Panduan cari duit,Bisnes,Perniagaan Usahawan Internet » Blog Archive » Sembang Berdagang Matawang Asing ( Forex ) says:

    […] lama dah rasanya tak cerita fasal forex di blog ni sejak tulis topik fasal kefahaman forex bulan April […]

  4. humphrey bunhia says:

    mcm mana nak join ni?????

  5. admin says:

    humphrey,
    email tu email humphrey kan?
    Ada pakai YM?kalau ada nanti saya add & buzz humphrey.

  6. Syed Ashadi says:

    Saya mmg mengikuti blog2 Mr.Admin sblm2 ni…So skrg trade guna broker mane?Saya skrg dok study pasal Elliot wave..Amik masa jgkla nk phmkn wave2 ni..

Leave a Reply